Saturday, February 20, 2010

Komik Kanak-Kanak bagi Mendorong Mereka Supaya Mahu Cepat Pandai Membaca


Banyak lelaki mengesahkan bahawa semasa zaman kanak-kanak mereka menjadi amat terdorong mahu cepat belajar membaca kerana tersangat ingin tahu apa yang tertulis dalam komik yang mereka pegang.

Malah banyak pelajar Cina dan India memberitahu bahawa mereka belajar Bahasa Melayu dengan membaca komik Melayu.

Inilah faktor yang mendorong PTS komited pada usaha menerbitkan komik-komik khusus untuk kanak-kanak dengan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT).

Ketua unit Komik-M, Tn. Wan Zuhairi, memberitahu bahawa PTS akan menerbitkan satu judul komik kanak-kanak setiap bulan.

Pada masa ini cabaran utama yang kita mesti atasi adalah persepsi negatif ibu bapa dan guru-guru tentang pengaruh komik. Majoriti masih percaya bahawa kegiatan membaca komik tidak mempunyai nilai positif pada prestasi akademik dalam peperiksaan.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Rakyat Malaysia Membaca di Mana-mana Previous entry: BACA@KTM di Stesen Seremban
Pakdi  on  02/21  at  03:01 PM

Puan,

Arwah emak dan arwah bapak saya tidak menghalang kami adik beradik membaca komik seperti Gila-Gila, Humor selagi mana pelajaran dijaga. Malah, kami juga selalu membeli Doraemon, komik kung fu Hong Kong dan komik-komik lain.

Kesannya, lama kelamaan kami semua suka membaca pelbagai jenis buku, ada pelbagai buku fiksyen dan bukan fiksyen dalam koleksi kami. Dan sampai satu masa genre komik itu kami tinggalkan sendiri.

Bila saya ke kedai-kedai buku mamak khususnya, yang ada menjual komik sebegitu, bila terdengar ada ibu bapa yang marah anak-anak mereka yang mahukan komik yang dijual, saya rasa sedih juga. Sebab saya dan adik-beradik baca komik juga, boleh buat koleksi lagi, dan alhamdulillah kami semua habis belajar di universiti. Seorang sudah dapat PhD, seorang lagi sedang buat PhD malah 3 daripada adik-beradik kami adalah pensyarah.

Itu pengalaman keluarga saya sendiri. Walaupun komik zaman kami kecil dahulu tidak macam komik PTS, tetapi itulah bahan bacaan awal kami yang membolehkan kami terus membaca sehingga sekarang.

Pakdi

Masayu  on  02/21  at  04:09 PM

Puan,

Saya sangat setuju dengan Pakdi, antara komik kesukaan saya masa kecil sudah tentu komik Gila-Gila. Habis semua koleksi komik tersebut dipunggah dan dikhatam beberapa kali. Apabila rasa tidak cukup,perpustakaan sekolah adalah sumber mendapatkan buku.

Komik Gila-Gila meninggalkan nostalgia dan ianya sebagai titik mula pendorong minat membaca. Sudah pasti kali ini saya akan cuba mempraktikkan cara yang sama buat anak-anak.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.