Komik-M PTS Menggunakan Bahasa Melayu Tinggi
![]()
![]()
PTS Millenia Sdn. Bhd. mempunyai unit penerbitan komik. Unit itu sudah menerbitkan 18 siri "Komik-M" (singkatan Komik-Malaysia). Dua orang pegawainya adalah Tuan Wan Zuhairi dan Tn. Alif Firdaus.
Setiap bulan PTS menerbitkan minimum 2 judul komik.
Menurut Tuan Wan Zuhairi, ciri-ciri utama yang membezakan komik terbitan PTS daripada komik lain dalam pasaran adalah:
(i) Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Melayu Tinggi (BMT) bukan Bahasa Melayu Rendah (BMR). Dengan demikian, bahasa dalam komik terbitan PTS dipastikan betul tatabahasanya dan sistem ejaannya.
(ii) Kandungan dan lukisan komik PTS adalah syariah-compliant. Ini bermakna, dalam komik PTS tidak terdapat unsur-unsur yang menyalahi hukum-hakam agama.
(iii) Watak-watak dalam komik terbitan PTS adalah watak-watak Alam Melayu, oleh itu komik-komik tersebut mendukung aspek-aspek budaya Melayu yang positif.
Tiga ciri utama itu membolehkan komik-komik PTS dibaca oleh anak-anak dengan selamat.
Menurut Tn. Wan Zuhairi, siri Komik-M adalah satu lagi media yang digunakan bagi memenuhi moto PTS "Memandaikan Bangsa".
Lembaga Pengarah PTS sudah bersetuju bahawa unit komik di PTS Millenia itu satu hari nanti akan dijadikan sebuah anak syarikat sendiri supaya PTS dapat berjuang memandaikan bangsa dengan lebih tangkas dalam sektor Laut Biru ini.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment