Monday, June 18, 2007

Komitmen PTS Memandaikan Bangsa Berniaga

Ini satu lagi buku bagi membantu mereka yang hendak belajar memulakan bisnes sendiri.

Buku-buku bisnes lebih mudah dijual dibandingkan dengan buku-buku pengurusan.

Buku-buku pengurusan tidak dapat dijual meletup-letup, kalau pulang modal, kita sudah bersyukur. Kalau ada untung, kita amat-amat bersyukur.

Mengapakah pembaca Melayu suka membeli buku-buku bisnes tetapi kurang suka membeli buku-buku pengurusan?

Inilah misi dan perjuangan PTS, iaitu menerbitkan buku-buku yang membantu bangsa menjadi lebih pandai.

Banyak orang tidak faham ayat ini: Kemahiran mengurus perniagaan adalah paling penting dimiliki oleh orang bisnes.

Kemahiran mengurus bisnes adalah lebih penting daripada kemahiran mencipta produk ataupun kemahiran menjual. Jika kita tidak mempunyai produk, kita masih boleh mendapatkan produk yang bagus. Jika kita tidak pandai menjual, kita masih boleh mendapatkan jurujual yang bagus.

Jika kita tidak pandai menguruskan perniagaan kita sendiri, pengurus paling baik yang kita ambil bekerja dengan syarikat kita pun cabut lari meninggalkan kita....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: KP DBP Mahu Paksa Pelajar Belajar Sastera Previous entry: Teori Sastera Ciptaan Tokoh Tempatan
Alang Kelana Al-Fulijami  on  06/19  at  06:44 PM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Tahniah Tuan Sazmy, sekalung tahniah buat tuan, dan syabas untuk PTS.
——-

afyan  on  06/19  at  08:16 PM

Saya amat-amat bersetuju. Bak kata Puan tempoh hari: “peniaga yang bagus, mampu menjual pasir kepada orang Arab!”

Saya akan pegang kata-kata puan sebagai pedoman dan modal bisnes saya, insya-allah!

afyan  on  06/19  at  08:24 PM

(Sambungan)

Saya masih tertunggu-tunggu tulisan-tulisan puan berkenaan tentang idea-idea bisnes sebagaimana yang pernah puan tulis tentang bisnes cara nabi Muhammad suatu ketika dahulu.

Hmm…. akan saya sambung dalam buku! Sekarang sedang bergelut dengan 5 buku yang sedang ditulis serentak.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/20  at  09:55 AM

Alhamduillah, syukur kepada Allah dan terima kasih kepada PTS buku ini dapat diterbitkan. Diharap maklumat yang dikongsikan dapat dimanafaatkan oleh pembacanya.

Terima kasih Tuan Alang. Saya pun turut mengucapkan tahniah kepada tuan atas terbitnya buku “Di Bawah Payung Aisah” hari ini (20 Jun 2007). Tidak lupa juga terima kasih atas sinopsis tuan untuk Novel Siri Profesion yang dijadikan contoh kepada lain-lain penulis projek tersebut.

Sepanjang saya mengenali tuan dan melihat pendekatan kerja tuan, memang tuan seorang yang kreatif, berdisplin dan teratur cara kerjanya. Moga tuan dapat terus menghasilkan karya-karya yang hebat lagi.

Banyak peniaga baru, selepas mereka berjaya mendapatkan modal pinjaman, mereka tidak tahu cara-cara betul menggunakan dan menguruskan wang modal pinjaman. Elok dituliskan buku kedua ini. Tanya bisnesman yang sudah kukuh kewangannya, minta tip-tip daripada mereka berkenaan segala macam kesilapan yang peniaga mungkin lakukan…

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: