Monday, January 14, 2008

KOMSAS: Karya Sasterawan Negara Tidak Diajarkan di Sekolah Lagi

Komuniti sasterawan terkejut apabila Berita Harian semalam melaporkan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran Malaysia tidak lagi akan menggunakan karya para Sasterawan Negara (SN) dan para pemenang SEA Write Award, bagi subjek komponen sastera (KOMSAS), baik di sekolah menengah mahupun di sekolah rendah.

Alasan yang diberikan oleh PPK adalah karya mereka terlalu sarat dengan pemikiran tinggi-tinggi sehingga pelajar-pelajar tidak faham.

Bukan itu sahaja yang mengejutkan komuniti sastera. Kejutan satu lagi adalah PPK juga tidak lagi menggunakan khidmat sarjana sastera sebagai anggota kumpulan yang memilih teks baru komsas. Sebaliknya PPK memanggil sekumpulan guru-guru sastera di sekolah sahaja.

Bagaikan belum cukup, komuniti sastera dikejutkan lagi apabila guru-guru itu memilih karya seperti penulis Ahadiat Akasyah dan Sharifah Abu Salim bagi menggantikan teks komsas yang ada. 

Sifu akan mengeluarkan komen rasmi berkenaan isu ini. (Sedang berfikir.... menggunakan lateral thinking!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Dunia Sastera
(10) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kenyataan Rasmi UNEKA tentang Isu Karya SN Tidak Dipilih oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Previous entry: Pembelian PNM: Ada Penulis Dapat Betis, Ada Penulis Dapat Paha
Ayu Darlu  on  01/14  at  11:55 AM

Puan Sifu yang dihormati,

Saya fikir penggubal kurikulum dan guru-guru sastera juga perlu menghadiri kursus penulisan teknik surah Yusuf. Walaupun mereka tidak menulis, tetapi mengetahui falsafah dan konsep penulisan novel yang membina generasi adalah satu kebaikan bagi mereka. Justeru mereka mempunyai panduan bagaimana memilih bahan yang bersesuaian dengan perkembangan intelek, rohani, fizikal dan emosi di samping tidak mengabaikan cita rasa remaja masa kini.

Semata-mata mengikut rentak alunan populariti tanpa prinsip tertentu adalah berbahaya. Akibatnya akan terhasillah remaja yang menjadikan ikon dan plot dalam sesuatu cerita sebagai jalan cerita hidupnya. Remaja sangat mudah terpengaruh dan pembacaan memberi kesan yang mendalam dalam jiwa remaja terutamanya mereka yang kurang mendapat bimbingan. Kesan pembacaan sememangnya kurang nyata berbanding dengan kesan menonton filem. Ada kanak-kanak yang cuba terjun setelah menonton cerita Superman, ada pula yang ingin terbang menggunakan kipas seperti yang digunakan oleh Doraemon dan Nobita. Begitu juga dengan kesan membaca novel. Ia akan menyelinap masuk ke dalam jiwa dan minda tanpa disedari.

Kesimpulannya, memilih penulisan yang baik sangat penting untuk menjamin minda dan jiwa generasi muda terbina dengan positif.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/14  at  11:59 AM

Ahadiat Akasyah jadi teks KOMSAS? Gila! Rosak budak-budak…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/14  at  12:23 PM

Salam,

Tetapi bukankah ia memberi kelebihan pada buku-buku PTS itu sendiri.

Kerana PTS menerbitkan buku yang mudah dibaca. Budak-budak pun minat baca. Kelebihannya buku-buku PTS bukan mazhab bentuk semata-mata.

Mungkin ada karya penulis PTS dapat dimasukkan dalam KOMSAS.

grin

Siti Hajar  on  01/14  at  12:23 PM

Salam,

Apabila membaca berita itu tempoh hari, saya terfikir: Ibu bapa berlumba-lumba ingin menonjolkan anak-anak mereka bijak-bijak dan pandai-pandai, namun panel pemilih ini pula menganggap pelajar-pelajar ini bodoh-bodoh belaka, dengan membuat kesimpulan teks SN terlalu berat untuk mereka.

Adakah mereka ini tidak punya anak-anak? Adakah mereka ini pembaca novel pop tegar? Tidakkah mereka bimbang akan kesan pembacaan ke atas anak-anak? Adakah mereka menghalalkan remaja bercinta-cintaan di alam persekolahan?

mohamad kholid  on  01/14  at  02:38 PM

Tidak semestinya teks SN berat-berat.  Cuba lihat Saudagar Besar dari Kuala Lumpur & Rimba Harapan (Keris Mas), Konserto Terakhir (Abdullah Hussain), Tulang-tulang Berserakan (Usman Awang) atau Pantai Harapan & Citra (Arenawati) - boleh dipermudah dengan dibuat edisi pelajar yang lebih ringkas.  Saya fikir, pakar-pakar sastera kelahiran PPK itu perlu muhasabah diri - mungkin juga tidak pernah mendengar novel-novel diatas atau turut sama menggilai Ahadiat…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/14  at  03:10 PM

Salam,

Saya fikir, tidak semua novel saudara Ahadiat Akashah (puluhan tajuk) itu picisan. Saya fikir juga, PPK tidak setega itu bagi memilih novel-novel picisan yang porno.

Pentingnya, melihat apa yang ditulis, bukan siapa yang menulis. Berlapang dada.

rastom  on  01/14  at  06:17 PM

Jangan PPK tersilap Ahadiat yang mana satu….mungkin disangkakan Achdiat Karta Miharja hehehehe!

saiFz  on  01/14  at  06:30 PM

Ahadiat Akashah ada buku Budak Setan I - untuk Form 1, Budak Setan II - untuk Form 2, Budak Setan III - untuk Form 3. Kan sesuai gitu…

Panaharjuna  on  01/15  at  06:34 PM

Ha!? biar betul!!!

Alang  on  01/17  at  12:22 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

“Ahadiat Akashah ada buku Budak Setan I - untuk Form 1, Budak Setan II - untuk Form 2, Budak Setan III - untuk Form 3. Kan sesuai gitu…

Jadi, kalau ikut sifir turutan begitu, “Gigolo” dan “Kamasutra” untuk pelajar tingkatan 5 dan akan ada soalan wajib dalam kertas BM1 ..?? smile

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: