Komunikasi Nonverbal: ‘Cultural Mirroring’
Di kiri adalah foto YB Elizabeth Wong yang memakai pakaian wanita Melayu tradisional sewaktu beliau mengunjungi Tuan Guru Nik Aziz bagi mengucapkan terima kasih atas sokongan moral yang beliau terima daripada YAB Menteri Besar Kelantan itu sepanjang masa beliau mengalami musibah politik baru-baru ini.
Bagi orang biasa, tingkah laku YB Eli itu lazimnya dibaca sebagai tingkah laku berpura-pura, palsu, tidak datang dari hati yang ikhlas, dan helah politik semata-mata.
Namun, dalam bidang psikologi sosial, tingkah laku YB Eli memakai baju kurung ini disebut 'mirroring'.
Fungsi mirroring (istilah Melayunya, 'bercermin') adalah mencipta persepsi positif berdasarkan perkongsian faktor-faktor keserupaan bersama.
Dalam kes ini, YB Eli dan Tuan Guru Nik Aziz adalah sama-sama anggota parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat, yang berkongsi beberapa perjuangan yang serupa, khususnya perjuangan menegakkan keadilan dalam sistem pemerintahan negara ini.
Tuan Guru Nik Aziz adalah seorang Melayu tradisionalis, yang kuat agamanya, dan berbudi jujur mulia. Sebagai simbol persamaan (mirroring) YB Elizabeth datang dengan memakai baju kurung tradisional (imej Melayu tulen), bertudung panjang (imej agama) dan memilih tema warna putih (imej ikhlas).
Nota: Pemimpin-pemimpin Melayu UMNO (dan isteri-isteri mereka) sering kali tampil di tengah-tengah khalayak rakyat bawahan dengan melanggar prinsip-prinsip mirroring, di mana antara mereka dengan rakyat bawahan hampir tidak ada keserupaan. Pelanggaran yang dilakukan itu menyebabkan timbulnya pelbagai persepsi negatif terhadap diri mereka, sekaligus terhadap UMNO itu sendiri, oleh rakyat biasa.


-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam puan Ainon,
Lama tak bersua, jika bersua pun puan agaknya tak kenal saya. tapi ilmu puan tua da saya terima…di DBP dan di PTS. Mudah2an Allah membalasnya..
Berkaitan mirroring ini, mengapa agaknya p[emimpin kita tak mahu amalkan. Apakah mereka tak mahu hiprokrit lantas memilih derhaka, iaitu derhaka kpd perintah tuhan mereka? apakah derhaka itu tanda ikhlas dan lebih baik dari berpura2 baik hipokrit.?
Pada pendapat puan apakah pemimpin politik harus belajar bidang psikologi sosial, sebagai usaha mengimbangi bidang psikologi politik? dan dimana pula letaknya dasar [ematuhan terhadap agama?
Saya menunggu pamdangan puan dgn penuh minat.
Salam,
Benar catatan ini.
Wasalam.
Post a comment