Wednesday, April 08, 2009

Komunikasi Nonverbal: Mulut Besar

 

 

 

 

 

 

 

 

Dua foto di atas menunjukkan perempuan-perempuan perayu undi BN membuka mulut mereka besar-besar kepada para pengundi di Bukit Gantang. (Foto disalin dari blog Tuan MSO)

Tingkah laku membuka mulut besar-besar di khalayak ramai dilakukan oleh perempuan-perempuan UMNO, baik yang muda mahupun yang sudah hampir tua. Tingkah laku itu mempunyai kesan negatif yang serius kerana ia boleh mencetuskan perasaan benci kepada yang memandang.

UMNO perlu memberi kursus dan latihan kepada ahli-ahli perempuannya, baik Wanita UMNO mahupun Puteri UMNO, berkenaan prinsip-prinsip dan teknik-teknik komunikasi nonverbal yang mematuhi hukum-hakam budaya Asia  -  yakni budaya Melayu, Cina dan India.

Dalam sifir komunikasi nonverbal Melayu, perempuan yang mempamerkan mulut besar di khalayak ramai dilihat sebagai perempuan yang kurang baik akhlaknya, meskipun mereka memakai tudung.

Pada masa ini, isu 'pengurusan persepsi' adalah isu kritikal. Pergerakan Wanita UMNO dan Puteri UMNO perlu segera mendapatkan khidmat cultural consultants bagi membetulkan pelbagai persepsi negatif rakyat terhadap anggota-anggotanya. 

Disebabkan selama ini UMNO dengan jayanya telah dapat mengekalkan kemenangan dengan menggunakan kuasa wang, kuasa pentadbiran dan kuasa undang-undang, ia tidak menggunakan kuasa persepsi.

Parti-parti dalam PR pula, sebagai parti-parti yang underdog, sangat serius dalam pengurusan persepsi rakyat terhadap mereka. Inilah kunci kejayaan PR mengubah persepsi pengundi yang suatu masa dahulu amat negatif kepada persepsi amat positif terhadap perjuangan PR.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Siri 'Young Aisyah' Dicetak 5 Ribu dan Laku Elok Previous entry: Buku Kaunseling
Ketua UMNO Cawangan  on  04/08  at  01:10 PM

Assalamualaikum Puan yang empunya UNIKA ini.

Semoga terus diberikan kekuatan untuk terus berjuang memartabatkan bahasa dan Bangsa Melayu.

Tahniah atas usaha gigih puan dalam perjuangan sehingga menjadi antara penyumbang terbesar sehingga tersungkurnya keangkuhan dan kesombongan pemimpin-pemimpin UMNO-BN dalam dua PRK ini.

Kita semua perlu gandakan usaha dan azam bagi memastikan Parti Elitis Melayu ini terus berkubur bersama-sama Elitis Melayu yang takbur itu pada PRU-13.

Sedikit luahan rasa. Setiap kali Puan memasukkan entri dengan hiasan wajah-wajah Pemimpin Pakatan Rakyat, sejuk mata dan hati saya memandangnya. Rasa aman dan tenteram jiwa saya.

Sebaliknya jika entri yang puan siarkan dengan hiasan wajah-wajah pemimpin dari UMNO, meluap-luap rasa meluat saya menatap wajah mereka yang bersekongkol untuk menjahanamkan bahasa dan bangsa sendiri.

Sesungguhnya, budak hingusan yang seawal usia 12 tahun sudah dihantar ke England hingga besar panjang, tidak ada jiwa Melayu dalam diri mereka. Hidup membesar dalam suasana elit di England dan menerima sistem pendidikan di sana memang tidak boleh diharap untuk membela nasib sistem pendidikan kita di sini. (Boleh rujuk akhbar arus perdana yang dengan megah dan bangga meneceritakan kisah masa hingusan pemimpin UMNO itu).

Jika Ketua UMNO Cawangan yang lebih 30 tahun hidup bersama-sama dengan UMNO boleh berkata begini, tunggu sahajalah kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/09  at  09:51 AM

Tok Dalang Mahathir

Akhirnya Dr. Mahathir kembali semula masuk UMNO Barunya yang ditubuhkannya tahun 1987. Kembalinya beliau menandakan UMNO bakal menanggung bebanan umpama “biawak hidup”.

Melihat suasana di kediaman Najib menyambut Mahathir membayangkan kepada kita “bencana” bakal menimpa negara kita. Jika dulu Sri Perdana dikuasai oleh “Budak Tingkat 4”, kini Sri Perdana bakal di"remote control” oleh Mahathir. Lebih ganas, lagi dahsyat!

PM Najib jadi patung wayang kulit, dan Mahathir jadi Tok Dalangnya!

Mahathir memiliki rekod buruknya sepanjang 22 tahun menjadi PM. Antara rekod buruknya, pembunuhan Memali, pemecatan Ketua Hakim, memalukan Raja-Raja Melayu, menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu, penyelewengan wang Petronas untuk selamatkan syarikat perkapalan anaknya, dan menghapuskan Bahasa Melayu dalam Subjek Matematik dan Sains.

Hari ini Mahathir “mencemar diri yang kotor” memberi ucapan di Bukit Gantang. Antara ucapannya menyuruh rakyat sokong PM Najib. Mengapa Mahathir bersusah payah datang ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau?

PM Najib menjanjikan “perubahan” baru dalam pentadbirannya. Kita yakin perubahan baru itu adalah hasil ilham dan cetusan idea Dr. Mahathir. Antara perubahan bakal dialami oleh rakyat Malaysia hasil gabungan Tok Dalang dan patung Wayang Kulitnya ialah:

i) Jambatan Bengkok bakal dibina semula.
ii) Anak Tok Dalang jadi Menteri.
iii) PPSMI diteruskan.
iv) Harakah bakal diterbitkan 2 minggu sekali.
v) Kes AK Lingam di"bakul sampahkan”.
vi) Raja-Raja Melayu bakal di"londehkan” kali kedua.
vii) Sistem Kehakiman dan Rasuah diparas bahaya.

Tinggal satu persoalan, ke mana akan perginya “Beruk Jalanan” Si Khairy menantu Pak Lah?

Boleh anda bayangkan suasana pertemuan Tok Dalang dengan Si Beruk Jalanan?

Macam Jejak Kasihkah?

Tidak lupa, adakah Si Nazri Aziz akan cium tangan Tok Dalang yang pernah dikutuknya?

Selamat kembali Dr. Mahathir ke “tampuk pemerintahan”. Nampaknya nikmat Tuhan berikan padanya selama 4 tahun untuk berzikir dan berwirid di atas sejadah tidak digunakan sebaik-baiknya. Walau bagaimanapun, liang lahad semakin hampir. Itu pasti!

Selamat kunjungi salam persahabatan:
http://tokpepijat.blogspot.com/

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/09  at  02:14 PM

Serupa ikan di kolam ditabur makanan.
Ha ha ha.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: