Konflik Nilai: Dilema Petugas Jabatan Editorial
Berniaga bahan bacaan dengan orang Melayu menghendaki produk saudara selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Melayu.
Produk-produk bernilai murni seperti itu memberikan 2 kekuatan survival kepada bisnes saudara:
(1) Saudara dapat mengekalkan kepakaran, kesetiaan dan perkhidmatan staf saudara sehingga hari mereka bersara wajib. Ini bermakna saudara dapat menyimpan kepakaran mereka daripada dicuri oleh syarikat lain.
(2) Produk saudara dapat dibeli bagi bacaan seisi keluarga, sesuai dibekalkan ke perpustakaan awam, dan dapat dijual ke sekolah-sekolah.
Ambil contoh kes ini: Sebuah penerbit besar menerbitkan majalah dan buku-buku yang sangat digemari oleh pembeli muda, khususnya pembeli perempuan muda.
Selepas beberapa belas tahun dalam pasaran, staf jabatan editorialnya yang senior sudah mencapai usia matang, sudah berkeluarga, sudah mempunyai anak-anak belasan tahun, malah ada yang sudah pergi menunaikan ibadah haji.
Dalam fasa hidup matang, mereka mula menilai semula gaya hidup dan punca rezeki mereka, lalu dalam diam mengalami konflik jiwa.
Dari satu sudut mereka bekerja menerbitkan bahan-bahan yang tidak seluruhnya selaras dengan agama, yang mereka sendiri tidak mahu anak-anak mereka membacanya, justeru mereka tahu setiap hari mereka berdosa.
Dari sudut lain mereka mula malu kepada anak-anak mereka sendiri, sebab ada anak-anak mereka yang belajar di sekolah agama berasrama, justeru mereka pulang ke rumah dan mempersoalkan produk yang ibu bapa mereka hasilkan setiap bulan.
Dari satu sudut yang lain, mereka sudah sedar kesilapan itu dan mahu mencari punca rezeki yang lebih baik, tetapi di mana, dan bagaimana.
Imej mereka sebagai editor yang pakar dalam menerbitkan majalah dan buku-buku yang tidak seluruhnya selaras dengan agama menyebabkan mereka tidak dianggap sesuai diambil bekerja oleh rumah-rumah penerbitan buku-buku konvensional.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan Sifu,
assalamu’alaikum.
Satu lagi subjek teras di dalam mengendalikan bisnes atau organisasi, dilontarkan ke minda kita! Ianya amat sesuai untuk santapan pagi.
Mungkinkan pernah kita bertanya soalan ini. “Mengapa sesebuah organisasi yang mantap operasi dan bisnesnya memaparkan Visi, Misi dan Nilai Teras organisasinya?” Adakah sekadar untuk menghiasai dinding-dinding bilik mesyuarat, dalam lif atau ruang lobi? Sebenarnya ada rasional bijaknya.
Ringkasnya, NILAI TERAS itulah yang “mengikat” kepakaran, ketaatsetiaan dan keseronokan bekerja di organisasi. Senario tersebut akan menghindarkan konflik nilai setiap yang menganggotai organisasi itu.
——-
Sebenarnya, mengikut pengalaman saya, konflik nilai ini adalah ukuran kesucian diri bagi seseorang yang mahu memelihara martabat dirinya di sisi tuhan. Sudah tentu pada akhir zaman, konflik ini dihadapi oleh semua orang yang memandang tinggi soal-soal beragama. Dan soal mentaati Allah dan rasul bukan suatu yang mudah, dewasa ini, bukan hanya sekadar mengikuti hukum yang fekah sahaja.
Apabila usia meningkat dewasa dan kematangan diri memerlukan kita memerhatikan sesuatu dengan ‘lebih jauh’, perkara-perkara kepincangan ‘kecil’ yang sebelum dan selama ini diremehkan akan mulai menimbulkan persoalan yang besar.
Bagi anggota PEKOMIK yang menghadiri sessi taklimat di Menara Integriti pada 7 julai yang lalu, sudah tentu keratan akhbar yang dipamerkan menjelaskan kepada kita betapa kepincangan ‘kecil’ yang dahulu tidak diambil pusing kini sudah jadi perkara besar yang membarah di dalam masyarakat.
Di dalam hal ini saya bersetuju dengan pandangan Ustazah Palsu, bahawa kerja-kerja yang dihasilkan kini sebenarnya turut memberi kesan di waktu-waktu mendatang. Anak-anak yang dahulu tidak memahami, apabila mereka sudah dewasa dengan fahaman dan fikiran yang sempurna agamanya, tidak mustahil akan ‘mencela’ generasi terdahulu.
Turki, zaman Mustafa Kamal Artatuk adalah bukti sejarah yang jangan sesekali kita lupakan.
Hanya sekadar fikir di atas iman dan amal. Allah lebih tahu.
Post a comment