Monday, November 06, 2006

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-VII

Kongres akan dibuka malam nanti oleh YTM Tengku Razaleigh Hamzah di DBP. Ia akan berlangsung pada hari Selasa dan Rabu. SifuPTS akan bersama-sama dengan pejuang-pejuang Bahasa Melayu sepanjang kongres. Kita tangguhkan kuliah sehingga kongres tamat.

Lawan Tetap Lawan!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Pengumuman
(16) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kisah Seorang Gubenor Previous entry: Baca Genius Indonesia
rastom  on  11/06  at  03:03 PM

YA! LAWAN TETAP LAWAN!
Puan, Jangan lupa di Kongres nanti semarakkan kewujudan blog kepada ramai!
——-

faizul bin kamaruddin  on  11/06  at  06:01 PM

Jangan lupa perjuangkan teknik surah Yusof Puan itu.

faizul bin kamaruddin  on  11/06  at  06:29 PM

Tanya mereka juga kenapa orang cina yang sudah lama duduk di malaysia masih pelat untuk menuturkan bahasa melayu(malaysia) dan mengapa fasih pula bila berbahasa Inggeris.

Kang  on  11/06  at  09:54 PM

Lawan tetap lawan! Mata pelajaran Matematik dan Sains mesti dikembalikan kepada bahasa sebelum ini—bahasa orang Melayu. Jepun, Korea, Thailand tak fasih bahasa Inggeris tetapi menjadi negara maju nombor satu di Asia. Negara yang fasih dengan Inggeris (rojak, seperti Malaysia) adalah negara termiskin di Asia Tenggara. Tahu kan? Filipina!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/07  at  12:03 AM

Salam Semua!

Ya! Saya setuju dengan saranan saudara Kang. Saya yang mengajar di IPT sejak 25 tahun yang lalu, terbelenggu dengan pencapaian pelajar kita yang semakin membimbangkan terutamanya kebelakangan ini. Untuk mendapat pelajar melayu ijazah kelas pertama…jauh panggang dari api..Setakat ini hanya seorang sepanjang saya berkhidmat, itupun semasa polisi pengajaran dalam bahasa inggeris belum berkuatkuasa. Kini, sebab utamanya adalah dihimpit oleh masalah kefahaman. Buku teks dalam Bahasa Melayu tidak boleh dipakai lagi disebabkan pengajaran MESTI disampaikan dalam bahasa inggeris. Puan Ainon mampu melakukan sesuatu…Kami berdiri di belakang dan sentiasa memberi sokongan….

Wasalam…

zeti  on  11/07  at  08:22 AM

Saya setuju dengan semua.
Bahasa Melayu tidak kemana, nak cakap orang orang putih pula tunggang langgang. Itu yang jadi bahasa rojak. Apa yang dia orang panggil? Manglish? Iskk…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/07  at  05:33 PM

ada gambar orang tengah isap rokok ke?,tak sesuai untuk budak-budak tu…hehehehe…nanti budak-budak kole kacang tengok, tak elok….

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/07  at  05:35 PM

oppp! dah petang! saya salah pos!

dingin  on  11/07  at  09:03 PM

jadi apa resolusinya

alang kelana  on  11/07  at  09:27 PM

Semoga Puan Sifu kembali dengan semangat yang lebih kental dan dayajuang yang berlipat ganda.

rastom  on  11/07  at  10:34 PM

Yang ke VII atau yang ke VIII? Apa misteri dalam angka ini? Sila ke Halwa Romantis untuk sambung diskusi sementara Sifu pulang bawa berita prosiding Kongres tersebut.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/08  at  07:21 AM

Lawan jangan tak lawan!!!!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/08  at  07:23 AM

ya, bersemangat sekali nampaknya pejuang2 bahasa PTS semua. saya nak tumpang sekaki. Hidup Bahasa Melayu!

Faizul bin kamaruddin  on  11/09  at  10:23 AM

marilah mengenali saya melalui laman blog saya ini atau klik sahaja pada nama saya http://www.pezul.blogspot.com

Faizul bin kamaruddin  on  11/09  at  11:12 AM

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa yang saya lihat sekarang ini di Malaysia ini ialah, pejuang bahasa berusaha memperjuangkan bahasa melayu manakala ahli politik (kerajaan) memperkasakan bangsa melayu untuk berjaya menjadi bangsa yang gemilang cemerlang dan terbilang. Mahathir mahu bangsa melayu maju oleh itu dengan mempelajari sains dan matematik dalam bahasa inggeris kununya akan meningkatkan kecerdasan pemikiran bangsa melayu itu sebab menggunakan bahasa bangsa yang maju itu. Benarkah bahasa memainkan peranan terpenting dalam kemajuan sesuatu bangsa? Bagaimana pula dengan negara Jepun yang mana mereka semua amat mengagungkan bahasa mereka. Negara matahari terbit itu majukan. Saya kira bahasa bukan masalahnya dalam memajukan bangsa melayu, sebaliknya sikap dalam diri masing-masing perlu berubah(sudah banyak kali diucapkan) .Eloklah baca buku MOTIVASI karya Dr. HM Tuah Iskandar. Bangsa melayu kena beri tekanan pada diri masing-masing untuk maju kehadapan. Bahasa Melayu itu pula harus di agungi kerana ia melambangkan jati diri kita bangsa melayu dan juga sebagai rakyat malaysia. Tidak kiralah cina ke india ke juga melayu , cuba pergi merantau ke seluruh pelosok dunia dan cuba tuturkan bahasa melayu(malaysia).Agaknya kaum-kaum serata dunia dapat tahu tak yang anda ini bangsa apa dan dari negara mana? Sebab itulah bahasa melau itu kena di perjau8ngkan sebagai jati diri kita orang melayu dan rakyat malaysia yang berbilang kaum.  Ini pandangan saya, saya tidak boleh tahan menyimpannya dalam kepala . -suara remaja malaysia-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: