‘Rahsia Bisnes Mamak’ Membuat Kongres India Muslim Terkejut
Gara-gara buku ini, 2 hari lalu, ibu pejabat PTS menerima panggilan tidak diduga daripada Tuan Mohd Fazil bin Abdullah, Pengerusi Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Wilayah Persekutuan.
Beliau pada hari itu menerima tidak kurang daripada 200 panggilan telefon dari ahli-ahli KIMMA di seluruh Malaysia. Sesiapa pun, kalau menerima panggilan sebanyak itu tentu terkejut.
Akibat panggilan beliau itu, pejabat PTS pun huru-hara kecil dibuatnya.
Semuanya akibat artikel ini klik di sini.
Artikel ini ditulis oleh seorang pengulas buku, bukan oleh pengarang-pengarang buku ini.
Semuanya disebabkan oleh isu "mandrem"! Isu mendrem memang membuat orang tertarik mahu membaca artikel ini.
Akibat kecoh-kecoh itu, pihak PTS, pengarang buku dan KIMMA setuju mahu bekerjasama memberi penerangan yang betul kepada orang ramai tentang rahsia bisnes Mamak bertahan.
Kita berterima kasih kepada pengulas buku ini yang telah menyebabkan PTS berkenalan dan menjalin hubungan baik dengan Tuan Mohd. Fazil bin Abdullah.
Syukur kepada Allah. Ini semua rezeki yang tidak disangka-sangka.
Hasil tersiarnya artikel ini, kedua-dua pengarang, Tuan Zamri dan Tuan Faisal, sudah dihubungi oleh penerbit TV3 yang mahu mengundang mereka sebagai tetamu.
Hmmm... makin naiklah bisnes Mamak!
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamu’alaikum Puan Sifu,
Syabas untuk kedua-dua ahli ‘Geng Mamak’ ini.
Tahniah PTS.. !!!
Terima kasih kepada PTS dan Tuan Faisal yang memberikan saya peluang menulis buku ini. Rahsia Bisnes Mamak adalah medium memandaikan bangsa dengan ilmu yang betul dan mempelajari yang terbaik dari kaum lain seperti disarankan dalam formula hujurat 13. Moga-moga ia menjadi karya yang relevan dan evergreen.
Terima kasih kepada semua.
ZAMRI MOHAMAD
http://www.motivasimindamu.blogspot.com
http://www.terbitbukusendiri.wordpress.com
Post a comment