Konsep ‘remaja’ dan Sastera Islami: Sudut Pandang Teori Surah Yusuf
Apabila kita bercakap tentang 'novel remaja', suatu perkara yang menarik adalah konsep 'remaja' itu sendiri. Perkataan 'remaja' (dulu disebut 'rumaja') adalah pinjaman daripada bahasa Sansekerta (Sanskrit). Bahasa Melayu tidak mempunyai satu istilah khas yang serupa dengan 'remaja'.
Dalam teori syariah, dari sudut kategori usia, tidak ada istilah Arab yang serupa maknanya dengan 'remaja'. Yang ada adalah antara 'belum baligh' dan 'sudah baligh'. Dalam teori syariah, ada hukum untuk individu yang belum baligh, dan ada hukum untuk individu yang sudah akil baligh.
Pengaruh teori undang-undang Barat menyebabkan kita menggunakan istilah 'remaja' dengan maksud yang serupa dengan istilah 'juvenile' (juvana). Jadi dalam teori undang-undang Barat ada hukum untuk 'kanak-kanak', ada hukum untuk 'juvana' justeru ada mahkamah juvana, dan ada hukum untuk 'dewasa'.
Disebabkan dalam syariah tidak terdapat pembedaan antara kategori 'remaja' dan 'dewasa', maka kita berdepan dengan suatu persoalan teoretis yang menarik bagi difikirkan tentang validiti konsep 'sastera remaja'.
Dari sudut syariah, apakah hujah, dan di manakah dalilnya, yang mendukung sikap kita yang menciptakan pembedaan dengan mengatakan 'ini novel untuk remaja' dan 'ini novel untuk dewasa'?
Kembali kepada al-Quran, tidak ada cerita-cerita dalam al-Quran untuk remaja dan cerita-cerita untuk dewasa. Satu al-Quran untuk semua kategori umur. Kisah Nabi Yusuf dalam surah Yusuf diturunkan untuk semua kategori usia.
Demikian juga cerita-cerita yang terdapat dalam al-Hadith. Cerita-cerita itu adalah untuk semua kategori umur.
Jika al-Quran dan al-Hadith sendiri menyampaikan cerita-cerita untuk semua kategori usia, apakah wajar penulisan sastera Islami membedakan-bedakan cerita berdasarkan perbedaan braket usia?
Tuhanlah yang lebih mengetahui.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Saya terfikir puan…, kalau PTS letak kategori Novel Akil Baligh, agak-agak ada sambutan tidak?
——-
Sdr.Panah,
Sastera Awal Dewasa. Ermmm… lateral thinking nih!
Saya rasa mungkin juga ada katagori usia ini. Kerana Islam melihat perbezaan-perbezaan ini secara nyata. Tentulah kanak-kanak berbeza dengan dan remaja pula berbeza dengan dewasa. Dalam bahasa Arabpun ada beberapa perkataan yang boleh disamaertikan dengan remja contohnya murohiq atau fata.
Fata atau pemuda ada disebut dalam Al-Quran seperti yang ada dalam Surah Al-Khafi yang menceritakan tentang pemuda-pemuda yang menyelamatkan aqidah mereka dengan melarikan diri ke gua.
Begitu juga kanak-kanak, ada disebut dalam Al-Quran. JIka tidak silap saya perkatan sobi, sibyan, tafli dan sebagainya.
Segi kategori kemungkina wujud bukan disebabkan mengikut cara barat yang membuat kategori itu tetapi berdasarkan manusia itu sendiri memerlukan kategori dan pengelasan.
Dr. Najib Al-KIlani sendiri seorang penulis novel dan penganjur sastera Islam dalam beberapa bukunya telah menulis sebauh buku berkaitan dengan sastera Islam kanak-kanak. Saya kurang ingat pula tajuknya yang tepat dalam bahasa Arab.
Post a comment