Konten Buku Mobile: Mencari Remaja Gila-Gila Game
Buat masa ini majoriti buku yang laku dijual sebagai konten mobile adalah buku-buku yang ditargetkan kepada remaja kerana ia dijual-beli menggunakan handphone.
Salah satu ciri tingkah laku remaja adalah mereka sukakan bahan-bahan yang mengandungi unsur hiburan. Game adalah unsur hiburan.
Siapakah yang pandai menulis buku-buku cerita dan novel yang digabungkan dengan unsur game? Sasterawan? Penulis matang? Penulis remaja?
Penulis yang pandai mencipta game adalah mereka yang suka bermain game. Tetapi lebih banyak mereka yang pandai bermain game tidak pandai menulis buku cerita.
Barangkali sudah sampai masanya kita menubuhkan pasukan yang terdiri daripada penulis dan pencipta game bagi menghasilkan buku-buku konten mobile yang digemari remaja.
Kita sangat mahukan remaja yang otaknya gila-gila supaya datang ikut serta dalam bengkel menulis konten mobile yang akan dikendalikan oleh Tuan Syaizul Amal nanti.
Bagi saudara yang mempunyai anak remaja yang kaki main game, bawalah mereka hadir bengkel kita.
Pada zaman ini kita sudah menyaksikan bagaimana banyak remaja yang gila-gila berpeluang menjadi kaya raya dengan mencipta pelbagai produk internet.
Remaja yang menciptakan game bagi buku konten mobile PTS-METADOME berpeluang memiliki harta intelek dan menikmati royalti daripada game yang mereka cipta.
.
.
Salah satu ciri tingkah laku remaja adalah mereka sukakan bahan-bahan yang mengandungi unsur hiburan. Game adalah unsur hiburan.
Siapakah yang pandai menulis buku-buku cerita dan novel yang digabungkan dengan unsur game? Sasterawan? Penulis matang? Penulis remaja?
Penulis yang pandai mencipta game adalah mereka yang suka bermain game. Tetapi lebih banyak mereka yang pandai bermain game tidak pandai menulis buku cerita.
Barangkali sudah sampai masanya kita menubuhkan pasukan yang terdiri daripada penulis dan pencipta game bagi menghasilkan buku-buku konten mobile yang digemari remaja.
Kita sangat mahukan remaja yang otaknya gila-gila supaya datang ikut serta dalam bengkel menulis konten mobile yang akan dikendalikan oleh Tuan Syaizul Amal nanti.
Bagi saudara yang mempunyai anak remaja yang kaki main game, bawalah mereka hadir bengkel kita.
Pada zaman ini kita sudah menyaksikan bagaimana banyak remaja yang gila-gila berpeluang menjadi kaya raya dengan mencipta pelbagai produk internet.
Remaja yang menciptakan game bagi buku konten mobile PTS-METADOME berpeluang memiliki harta intelek dan menikmati royalti daripada game yang mereka cipta.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Quote “Barangkali sudah sampai masanya kita menubuhkan pasukan yang terdiri daripada penulis dan pencipta game bagi menghasilkan buku-buku konten mobile yang digemari remaja.”
Saya setuju. Sebenarnya ramai yang main permainan komputer mempunyai imaginasi yang tinggi. Saya juga sedang tulis novel mengenai teknologi permainan komputer. Ia adalah untuk KarnaDya, disebabkan ia tidak mengikut surah Yusuf. Akhirnya watak utamanya mati, dia juga sering ‘cheat’ duit tax. Heh heh.
Biasalah, anti hero.
.
Sdr. Fox,
Jangan jadikan watak tidak ideal sebagai hero sebab buku meninggalkan kesannya ke atas minda pembaca, apatah lagi pembaca remaja. Ingat, penulis tidak terkecuali daripada dipertanggungjawabkan akan apa yang ditulis. Penerbit pun tidak terkecuali. Pastikan royalti yang diperoleh itu berkat.
——-
Sdr. Fox,
Walaupun kita tahu cara hendak salah guna sistem, diam-diamkan sahaja!
Jangan salah faham, dia terlalu gilakan membaca dia menipu melibatkan tex exempt untuk pembelian buku. Kena baca novel baru faham. Ia dibuat begitu untuk menyindir. ada orang sindir dia, dia pun balas “Awak guna perisian aslikah?” Heh..heh..
Ah ya, remaja gila game .. bercakap tentang game http://www.fablefox.com . Nanti akan ada novel game untuk metadome.
Barangkali, ya pasti. Mungkin ada orang tidak tahu, wujudnya seorang selebriti dalam dunia online-game.
Saya bukanlah seorang yang suka bermain permainan sebegitu (tetapi suatu ketika dahulu semasa belasan tahun ya) dan pernah menjadi selebriti untuk satu jenama online-game popular.
Kalau saya sebut nama saya, pasti… sebetulnya elok saya rahsiakan.
Saya mempunyai peminat saya sendiri. Mereka menyukai saya bukan kerana saya seorang gamer, tetapi kerana saya menganalisis permainan itu dengan baik, dan beberapa kali mencipta jalan cerita berdasarkan permainan tersebut, selain mencipta grafik-grafik berkomputer untuk senjata-senjata baru bagi permainan online tersebut.
Saya juga mengkaji kaedah-kaedah bekerja, dan apakah tarikan yang menyebabkan permainan online tersebut menjadi kegilaan ramai.
Selain itu saya juga mengkaji kelemahan permainan tersebut, menemui tips-tips atau formula untuk memenangi permainan tersebut. Semua kajian ini menjadikan saya seorang terkenal.
Disebabkan kajian tersebut, saya berjaya menjadi seorang tokoh, dan sangat dikenali oleh Game Moderator (orang yang bertanggungjawab mengendalikan permainan tersebut) dan tokoh-tokoh serta noob (gamer baru).
Lihat sahaja nama watak saya di dalam permainan tersebut, semua orang (pemain) akan menegur. Malah ada puak (clan atau guild) yang menggunakan nama watak saya sebagai nama puak mereka.
Namun zaman sudah berlalu. Saya lebih berminat dengan dunia realiti berbanding dunia permainan siber. Pengalaman tetap pengalaman. Menjadi seorang selebriti, dengan ramai peminat, saya ada kisah berkaitan itu.
Semasa zaman sekolah dulu saya ada membaca buku LoneWolf. Buku permainan.
Saya pernah menggunakan perisian BASIC atau QBASIC untuk mencipta permainan seperti ini dahulu. Sebelum mengetahui mengenai BASIC, pada usia 12 tahun, saya pernah menggunakan BATCH, iaitu command sedia ada dalam DOS, dengan memanipulasikan perisian Norton Commander sebagai base, untuk mencipta permainan seperti LoneWolf.
Malangnya penggunaan BATCH yang terlalu banyak menyebabkan penggunaan memori overflow. Ketika itu saya menggunakan komputer yang sangat ketinggalan zaman. Tidak ada tetikus, cuma papan kekunci. CGA, saiz cakera keras sekitar 400mb dan memori 768kb.
Saya ada watak ciptaan saya sendiri. Ketika berusia 16 tahun, saya mencipta watak-watak untuk permainan tersebut.
Nampaknya, Duke Amiene memang bersedia untuk menghasilkan novel-game! Harap dapat berkongsi pengalaman bersama kami yang baru dalam bidang ini.
Ya! Apa yang penting dalam novel permainan ialah mewujudkan banyak plot konflik dan plot tindakan di mana pembaca (pemain) boleh membuat keputusan.
Apa yang penting dalam prosel novel-game ialah mencipta carta alir yang mengandungi plot-plot dan kemudian pilihan (tindakan atau keputusan pembaca).
Dalam kes ini pilihan boleh jadi:
1. Pilihan Dialog - dialog akan menentukan apa yang akan berlaku antara pemain (pembaca) dengan watak tertentu. Contohnya, dialog yang baik boleh mewujudkan persahabatan atau mempermudahkan urusan dan perundingan.
2. Tindakan - tindakan dalam aspek ini bermaksud pergerakan, sama ada perkara yang digunakan atau pergerakan arah.
Sebenarnya saya berpendapat, lebih mudah membuat novel game berasaskan cerita-cerita atau novel-novel sedia ada di dalam PTS. Kita cuma menjadikan plot-plot penting untuk mengubah cabang cerita sehingga menghasilkan penamat yang berbeza daripada cerita asal atau mengikut cerita asal.
Ada novel-game linear dan ada novel game tidak linear jalan ceritanya. Novel-game yang menarik ialah novel game yang tidak linear jalan ceritanya. Novel-novel ini agak kompleks tetapi boleh dipermudahkan dengan mencipta carta alir plot terlebih dahulu.
Terdapat banyak bentuk permulaan dan penamatan novel game, di sini saya mahu mengulas, sekilas lalu, mengenai dua jenis novel-game sahaja:
Novel Game dengan dua penamat:
Antara titik permulaan cerita A ke penghujung cerita B atau C, akan ada terdapat banyak garis-garis kehidupan (aliran carta) yang bersimpang siur. Pemain (pembaca) akan membuat pilihan apabila melalui garis-garis yang bertindan, dan ini menyebabkan jalan ceritanya berbeza-beza. Penamat B mungkin kejayaan dan penamat C adalah kegagalan.
Novel Game dengan pelbagai penamat:
Novel game ini akan bermula dengan permulaan A dan berakhir dengan penamat A atau B. Contohnya, Penamat A mungkin hero berjaya membunuh antagonis dan menyelamat heroin. Penamat B hero berjaya membunuh antagonis tetapi heroin mati. Penamat C pula mungkin hero yang dibunuh oleh antagonis.
Sekiranya ada masa lapang pada minggu hadapan. Saya akan menulis entri khas mengenai novel-game ini, berdasarkan pengalaman saya belasan tahun lepas, di dalam blog saya.
Novel Game Berasaskan Blogger
Sekian dahulu. Jika ada masa, saya akan menggunakan blog saya sendiri untuk mencipta contoh novel game menggunakan HTML kod yang sangat ringkas menggunakan Blogger. Tidak begitu sukar! Saya yakin sesiapa yang memiliki blog boleh membuatnya. Kesukarannya adalah apabila hendak membuat jaringan antara plot dan pilihan. Ini agak leceh, tetapi boleh dilaksanakan dengan kesabaran.
Mungkin minggu depan.
Pasti novel-game berasaskan novel sedia ada di PTS akan meningkatkan lagi jualan-jualan buku PTS.
Oh, ya. Untuk mempermudahkan mencipta novel-game dengan menggunakan Blogger, saya akan menggunakan reverse post-entry method. Saya tidak tahu apa definisi sebenar, tetapi ini nama untuk teknik yang saya cipta sendiri sekejap tadi :p
Menerusi teknik ini, selepas menyiapkan carta alir plot, permulaan dan penamat, saya akan mula mengepos entri-entri penamat dahulu.
Kemudian saya mencipta link-link untuk entri-entri sebelum entri penamat.
Seperti kita berjalan mundur ke belakang. Setapak demi setapak sehingga balik ke permulaan.
Inilah teknik mudah untuk sekali sunting sahaja dalam penciptaan novel-game berasaskan web atau weblog.
Saya akan menggunakan Blogger untuk tujuan ini. Nantikan kemunculan contoh novel game ini di blog saya, pada minggu depan.
Assalamualaikum Amiene Rev,
Kami sedang dalam proses membangunkan Interactive Novel Engine.
Mungkin boleh bertukar-tukar pendapat mengenainya. Sekiranya siap dibangunkan, ia akan membawa manfaat besar kepada penulis dan blogger menceburi bidang penulisan.
Wasalam
Syaizul
Assalamualaikum Puan Sifu,
Game ala-‘fulijami’ pun boleh diterimakah?
Hey, Duke! Pernah guna monitor CGA? He..he..he.. saya pun, tetapi komputer itu tidak ada cakera keras, asyik kena tukar-tukar disket, terutamanya bila main Ultima 6 - ada 6 keping disket !!!
Saya pun pernah guna GW BASIC! Waktu 16 tahun, hampir-hampir buat game seperti DOOM menggunakan enjin Pie In The Sky. Waktu umur 12 tahun, pernah juga guna Domark World Construction Set untuk buat dunia virtual. Tak sangka dalam CGA pun boleh buat 3D. Sebenarnya, banyak juga permainan simulasi 3d dalam mod CGA. he..he..
Ada masa kita berbual-bual lagi
Quote “Kami sedang dalam proses membangunkan Interactive Novel Engine.”
Baguslah, yang saya buat simple sangat, sekadar untuk kegunaan peribadi buat sementara waktu. http://www.fablefox.com
Saya tunggu-tunggi Interactive Novel Engine
Seperti yang saya janjikan. Demo Novel Game menggunakan HTML yang sangat mudah di dalam Blogger telah disediakan di blog saya.
Jaringannya adalah seperti berikut:
http://dukeamienerev.blogspot.com/2007/09/demo-novel-game-adam-budak-jujur.html
Post a comment