Kontrak F1 di Kementerian Pelajaran
Baca di sini bagi mengetahui apa itu projek "F1 In School".
Sangat jelas dalam berita yang dilaporkan itu bahawa Hishamuddin Tun Hussein bercakap dengan gaya dia adalah salesman bagi gajet-gajet syarikat F1 itu.
Pada masa ini berbuih-buih mulut komuniti bisnes dan komuniti pendidikan bercakap tentang gosip kononnya sebuah syarikat yang bernama "F1 In School Sdn. Bhd." yang dikaitkan dengan nama seorang bisnesman Cina "Roy Chu", yang akan diberi kontrak RM189 juta oleh menteri pelajaran bagi membekalkan peralatan projek robot F1 itu.
Bagi komuniti pendidikan pula, mereka mempersoalkan mengapa harus mata pelajaran rekacipta diajarkan kepada murid dengan cara mewajibkan mereka merekacipta kereta robot F1 menggunakan gajet-gajet dan sofwer yang akan dibekalkan oleh syarikat "F1 In School Sdn. Bhd." Sedangkan mata pelajaran rekacipta dapat diajarkan menggunakan banyak peralatan lain yang lebih murah dan efektif.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Harap RPK dapat hidu penyangak2 ni… depa ni ada kaitan dgn BK Tan!
Mangkuk punya menteri. Subjek rekacipta diajar untuk menghasilkan perekacipta negara dan menggalakkan murid-murid dlm bidang kreativiti. Kreativiti terhasil bila ada kekangan dan keperluan. Apa keperluannya untuk ajar murid potong kayu buat kereta lumba mainan?
Di US, budak Sekolah Teknik Daerah Sussex (http://www.cfdesign.com/sussex/default.asp) reka kapal selam. Yang ni pulak, anak Chicano (Mexican) kalahkan students MIT (http://www.wired.com/wired/archive/13.04/robot.html) dlm underwater robot competition.
Dalam pertandingan NICE 2007, students MRSM dan TIKL yang berjaya sebagai finalists belanja tak sampai RM 500 pun untuk hasilkan rekacipta masing2.
Berhemahlah sikit dengan duit rakyat tu Datuk Hisham.
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Tak sangka Suzana peka ye. Saudari dari MRSM ke? Terkejut saya dengan rujukan web site yang diberi. Menteri patut baca tulisan saudari. Saudara Ahmad Rani, saya ingin betulkan sedikit. Takut ter’bombastic’. RM189 tu masih x pasti utk berapa sekolah. Mungkin perluasannya kepada sekolah bagi Fasa 2. Tapi khabarnya, RM600K bagi 1 sekolah! Ni kena semak di bahagian Perolehan, Kem. Pelajaran atau pergi sendiri ke sekolah yang jalankan program ini dan cuba rujuk “invoice"nya. Ada ‘bunyi’ mengatakan satu mesin yang nak potong kereta kayu tu harganya RM130K. Saya tak boleh bayangkan mesin macam mana itu. Rasanya saya pun kena pergi sendiri melihat daripada dengar cakap-cakap orang. Yang pasal La Vida Robot tu sekolah menengah kita standard LEGO je. Tanya SASBADI yang muncul di akhbar minggu lepas. *I dapat tahu blog ini daripada ‘link’ malaysiakini.com
Terima kasih kerana mendedahkan RASUAH yg berlaku dalam Kementerian Pelajaran…
Cikgu jadi letih mengajar murid2 jadi baik…tetapi orang tua di Kementerian jadi tak baik pula.
BN hanya pandai menghabiskan duit rakyat..
Hang pun sama lah suzana. 2 x 5. Hang pun promote mainan jugak. Hang ada share ke?
Saudara Ahmad Nifsu ni berlakon filem mana? “Musang berjanggut” atau “Nasib si Labu Labi”? Saya hanya bagi contoh saja. Cuba baca posting saya sebelum ini.
Ha ha ha. Saya bukan pelakon macam sesetengah ahli komen dalam blog ini.
Pasal saya baca posting hang lah saya komen macam tu. Hang kata tak patut guna mainan, tapi hang guna contoh “baik” pula pakai contoh mainan juga. Apa cerita ni?
Kalau nak bikin laku buku-buku sifu hang sekroni pun, buatlah cara betul. Jangan buat kami rasa tertipu dengan harapan palsu. Support kawan, support kawan juga. Tapi ni duit rakyat cik oi. Yang nak pikul buku-buku sifu pun hang anak-anak kami juga.
Salam,
Dipetik dari Malaysiakini…
“Kita tewas dalam perang (maklumat) di Internet, perang siber,” kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucaptamanya di seminar pelaburan Invest Malaysia 2008 hari ini. “Ia benar-benar satu perhitungan yang salah. Kita lakukan kesilapan paling besar apabila menganggapnya tidak penting.”
Dan saya teringat tajuk cerita panggung siri kedua (atau ke5) Star Wars… ‘Empire Strike Back’.
Saya perhatikan pula komen pelik serba menongkah arus yang kebelakangan ini sering muncul.
Teringat kembali pesan Nabil dalam episod ‘tabiat’:
‘Sama-samalah kita fikirkan’
En. Ahmad Nisfu,
Apakah harga sebotol kicap sama mahalnya dengan mainan-mainan yang dicadangkan oleh En. Hishamuddin itu?
En. Ahmad Nisfu sila jawab:
A. Sama mahal (sebab saya tak pandai kiralah)
B. Err.. oh ya, baru saya nampak. Betul juga kata Sifu.
C. Saya ni bodoh sombong.
D. Otak saya dah terpeleot, jadi yang betul pun tetap salah bagi saya.
Si “Ahmad Nisfu Sila Baiki Otak Anda” menyampuk tak bagi salam ni. Emotional pula tu. Ha ha ha ha.
Saya cakap pasal contoh mainan-mainan yang suzana sebut. Apahal tiba-tiba kata saya cakap pasal botol kicap pula. Hang nak taksub dengan “sifu” dan botol kicap, hang punya pasal. Saya tahu sifu bukan jual botol kicap. Sifu jual buku. Jual buku dapat duit. Satu buku memang tak mahal. Tapi satu buku digandakan dengan bilangan setiap pelajar di Malaysia, tak masyuk kah? Kecuali sifu nak cadangkan satu buku kongsi satu kelas.
Susah cakap dengan kroni buku ni. Ingat rakyat boleh manfaat, rupanya kita rakyat jelata juga yang kena tanggung kos. Dah berbuih mulut mak bapa komplen pasal bilangan buku yang pelajar kena beli bertahun-tahun. Hang nak komen si Hisham tu pun, hujungnya hang pun 2x5. Ha ha ha ha.
Salam Pultraman.
Mana tidaknya pultraman, pelakon-pelakon promosi buku dah ikut skrip. Tiba-tiba penonton macam saya ni naik pentas. Kacaulah skrip tu. Mana tidaknya menongkah arus. Betul pesan hang itu. “Sama-sama lah kita fikirkan”.
Pelik sungguh saya dengan kerenah si AhmadNifsu dan Pultraman. Saya harap anda berdua lebih terbuka dengan perbincangan di sini.
Untuk makluman, saya tidak pernah beli buku Sifu. Kita bercakap berkenaan menyelamatkan wang rakyat. Lagi pula, apa salahnya disokong publisher Melayu?
Tuan-tuan ada anak-anak bersekolah tidak? Siapa yang bekalkan buku aktiviti di kedai buku sekolah anak2 tuan2?
Di tempat kami yang bekalnya Pustaka Rakyat. Habis semua dibekalkan mereka. Tiadakah publisher Melayu yang berkelayakan? DBP buat apa?
Kalau peruntukan berbilion yang ada dibelanja dengan cermat, mungkin tidak perlu ibu-bapa menghabiskan hampir RM120 tiap tahun untuk pembelian buku2 ini. Itu untuk seorang, kalau sudah 4-5 orang yang bersekolah, macam mana?
Suzana, memanglah hang tidak pernah beli buku “sifu”. Anak kami yang akan beli nanti. Untuk apa pun mak bapa macam kami nak beli buku botol kicap itu untuk kegunaan kami sendiri? (sure lepas ini kroni promosi buku akan cakap mak bapa pun boleh guna buku itu di dapur. Hahaha)
Dah bertahun-tahun mak bapa belanja untuk buku. Apalah salahnya RM120 bilion itu bagi pada sifu. Sifu Melayu, tidak kisahlah taukeh kertas itu Cina. Itu baru taukeh kertas.
Anak-anak kami juga yang jadi keldai angkat beg.
...................
Nota Sifu: Subhanallah! Jangan sekali-kali membahasakan anak sendiri ‘keldai’.
You must be kidding or not sober!
Anak-anak saudara “keldai"kah?
Post a comment