Kontrak PNM: Pesan Buat Penulis VIP
Pada saat ini jantung komuniti industri buku, baik penulis, penerbit, apatah lagi kontraktor, sedang berdebar-debar, dag-dig-dug, dag-dig-dug...
Daripada desas-desus yang kita dengar, mulai tahun 2007 ini, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mempunyai peruntukan khas yang digunakan bagi membeli buku-buku terus daripada pengarangnya.
Tujuan PNM ini adalah mahu menolong pengarang, terutama pengarang terkenal, yang selama ini sering kali menjadi mangsa penerbit yang tidak beretika. Dengan cara PNM membeli terus daripada pengarang, maka pengarang mendapat untung lebih.
Jika tuan seorang Sasterawan Negara ataupun sasterawan terkenal, buku tuan mungkin dipilih oleh PNM bagi pembelian istimewa ini.
Ini adalah pesan Sifu:
(1) Jika buku tuan itu sudah diterbitkan oleh mana-mana penerbit, umpamanya oleh DBP, tuan tidak boleh terus mencetak sendiri buku tuan itu dan dibekalkan kepada PNM. Baca dahulu dokumen perjanjian penerbitan yang tuan tandatangani dengan DBP.
Meskipun hakcipta buku itu milik tuan, tetapi hak menerbitkan dan hak memperdadangkan buku tuan itu sudah tuan serahkan kepada DBP. Jadi, hanya DBP yang boleh mencetak buku itu, dan membekalkannya kepada PNM.
(b) Hakcipta lukisan kulit buku, layout buku dan ilustrasi buku adalah hakcipta penerbit DBP, jadi tuan tidak boleh mencetak semula buku tuan menggunakan kulit, layout dan ilustrasi DBP. Tuan mesti buat lukisan cover, layout semula dan lukis ilustrasi sendiri.
(c) Hakcipta bahagian-bahagian yang sudah diedit oleh DBP dalam buku tuan adalah hak DBP, jadi tuan tidak boleh mencetak buku tuan menggunakan versi yang sudah diedit oleh DBP. Tuan hanya boleh mencetak versi mentah yang betul-betul tuan tulis original dahulu, yang masih banyak kesalahan ejaan dan tatabahasanya.
Demikianlah juga halnya jikalau buku tuan yang dipesan oleh PNM itu diterbitkan oleh mana-mana penerbit selain DBP. Baca dahulu perjanjian yang tuan tandatangani supaya tidak berlaku saman-menyaman antara penerbit dengan penulis.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment