Saturday, April 25, 2009

Buku Ain Maisarah dan Perpustakaan Awam

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ain Maisarah adalah novelis remaja pujaan ramai, menjadi idola puluhan ribu remaja di seluruh negara, dan sudah bertaraf selebriti. Novel-novelnya berunsurkan motivasi dan inspirasi. Tetapi novel Ain Maisarah tidak terdapat di dalam perpustakaan awam.

Ain Maisarah bukan kekecualian. Novel-novel Islami yang sekarang berlambak di pasaran, yang terjual berpuluh ribu naskhah, juga tidak ada dalam perpustakaan awam.

Salah satu rungutan utama para pengunjung perpustakaan awam di negara ini adalah buku-buku Melayu yang dipamerkan di rak-rak perpustakaan awam adalah buku-buku yang tidak menarik dibaca, dan bukan buku-buku yang laris dijual dalam kedai-kedai buku.

Boleh dikatakan buku-buku Melayu dalam perpustakaan awam adalah buku-buku terbitan lama, dan tidak laku. Inilah faktor yang menyebabkan perpustakaan awam di negara ini tidak penuh sesak dikunjungi orang, dan buku-bukunya tidak dipinjam.

Dari satu sudut, keadaan dalam perpustakaan awam yang seperti itu adalah sangat menguntungkan para penerbit, kerana para peminat buku tidak dapat meminjam buku-buku popular dari perpustakaan, dan hal ini memaksa mereka membeli sendiri buku-buku itu! 

Namun, bagi peminat buku yang tinggal di kampung-kampung dan di pekan-pekan kecil, di kawasan mereka itu tidak terdapat kedai buku yang baik, yang ada hanya kedai buku kecil yang menjual alat tulis dan buku ulangkaji peperiksaan, jadi mereka tidak dapat membeli buku-buku yang mereka sukai. Manakala di perpustakaan desa pula buku-buku itu tidak ada.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pelajar Tahfizah di Booth PTS Previous entry: Kontraktor Buku, Ongkos Hospitaliti dan Pegawai Sarawak
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/27  at  09:21 AM

Assalam..

Biasanya kalau kita ingin bersedekah, kita beri wang ke masjid, surau, sekolah atau anak yatim. Cuba kita tukar dengan beli buku yang elok dan berilmu kemudian kita sedekah kat tempat tersebut, amalan ini akan bersambung selagi buku tidak.

Sekarang saya sudah minta cikgu di sekolah anak saya (asrama agama) memilih buku-buku terutama Ain Maisarah, saya akan beli kemudian disedekahkan kepada mereka supaya anak-anak remaja kita boleh mencontohi isi kandungan buku Ain Maisarah.

Ayuh beli buku PTS kemudian sedekah, tidak payahlah kita mengharap mereka memilih buku-buku PTS untuk masa ini. Semoga dengan cara ini, terbuka hati mereka untuk memilih buku PTS di masa hadapan.

Wasalam.
jangkang

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/27  at  03:23 PM

Di Perpustakaan Negara, anak saya pernah terjumpa beberapa buku PTS disorok di bawah rak buku.  Dia jumpa apabila salah satu buku itu terjulur keluar.  Hendak ambil kena seluk tangan ke bawah rak.  Ini tentu kerja kanak-kanak yang tidak mahu buku PTS jatuh ke tangan orang lain.  Maklumlah, sekali pinjam cuma dapat 3 buku sahaja.

Semua buku yang disorok itu adalah buku PTS!

KakChik  on  04/28  at  08:47 PM

Assalamualaikum Puan.
Di perpustakaan kami pula, kebanyakan buku kanak-kanak dan awal remaja yang sering dicuri ialah terbitan PTS termasuklah siri Aku Mahu, Dunia Sains Aiman dan Adam Kecil. Ada juga yang ‘meminjam’ sementara selama beberapa bulan dan setelah dikategorikan ‘hilang’ tiba-tiba buku tersebut muncul di rak dengan cop perpustakaan telah diconteng dengan cecair pemadam.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: