Wednesday, June 27, 2007

Kontraktor Buku Sedang Teruja

Maklumat terkini yang sedang panas diperbualkan di kalangan kontraktor-kontraktor buku adalah tender Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

Mengikut yang empunya cerita, PNM sudah bersiap sedia hendak memulakan kerja-kerja membuat pemilihan judul bagi perbekalan 2007.

PTS tidak pernah masuk tender membekalkan buku-buku PTS kepada PNM, meskipun PTS mempunyai lesen pembekal daripada Kementerian Kewangan. Lesen itu dibuat semacam 'tangkal' sahaja....

PTS hanya membekalkan buku-bukunya kepada kontraktor-kontraktor yang mendapat tender PNM. Dengan cara ini semua orang dapat cari makan. PTS menjual buku kepada kontraktor. Kontraktor menjual buku kepada PNM.

Jadi, tidak timbul isu PTS tikam agen-agennya dari belakang dengan sama-sama masuk tender, sama-sama berlawan harga dengan kontraktor. Kalau berlawan harga, tentu PTS dapat menawarkan diskaun yang lebih baik kepada PNM bagi buku-buku PTS sendiri.

Jantung para penerbit buku sedang dag-dig-dug. Berapakah judul buku masing-masing akan dipilih oleh PNM....

Mari kita sama-sama minta pertolongan daripada Yang Maha Menolong hambanya, mudah-mudahan banyaklah judul PTS dipilih PNM tahun ini.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Gosip industri
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tuan Epol Memberi Penjelasan Previous entry: Hakcipta: Jangan Malu Minta Editor PTS Terangkan Kandungan Dokumen
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/27  at  01:47 AM

Pn Sifu,

Jangan lupa banyak juga penerbit yang sedang `bersilat` bagi memastikan buku mereka terpilih.
Jangan perkecilkan peranan `harimau yang bernama RM itu`.

Melalui projek perpustakaan desa tahun lalu saya dapati banyak buku dari penerbit picisan yang tatabahasanya boleh dipertikaikan terpilih.

Saya dapati seorang taukeh penerbit bukan Bumiputera berjaya menyenaraikan 8 judul buku mereka melalui nama syarikat yang berlainan tetapi beralamat yang sama.

Nampak.. liciknya mereka.

Bagaimana… Pn. Sifu pandai bersilatkah tidak…?

Tuan Adnan,

Setiap kali PTS mengambil pegawai pemasaran baru, beliau dipanggil masuk ke dalam bilik Presiden PTS dan diberi amaran supaya jangan sekali-kali main kowtim-kowtim bagi mendapatkan sale. Walaupun RM1 ringgit jangan!

Kalau disebabkan itu maka beliau tidak berjaya buat sale, tidak mengapa, beliau tidak akan dimarahi. Beliau akan didorong supaya mencari sale di tempat lain.

Tim PTS mempunyai anak isteri dan ibu bapa yang mereka tanggung. Kita akan pastikan semua wang yang digunakan bagi menanggung keluarga mereka adalah bersih.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/28  at  02:59 AM

“Tim PTS mempunyai anak isteri dan ibu bapa yang mereka tanggung. Kita akan pastikan semua wang yang digunakan bagi menanggung keluarga mereka adalah bersih.”

Assalamualaikum wbt. Pn. Sifu yang dihormati.
Kepastian beginilah yang jarang-jarang dapat diberi oleh penerbit lain kepada para staf dan penulisnya.

Tersentuh hati amat sangat saya kepada pengakuan Puan dalam hal menentukan kesucian rezeki yang bakal diperolehi dan yang akan diberi kepada ahli keluaraga.  Bila semua orang memikirkan dan mengamalkan amalan baik seperti ini, maka dapatlah rasuah dijauhi. Semoga terhindarlah kita semua dari seksaan Allah di akhirat nanti.

Semoga perjuangan Puan memandaikan bangsa mendapat keredhaan Allah - Amin.

Tuan Kahar,

PTS tidak akan kompromi dalam isu rasuah! Allah menaburkan rezeki di atas muka bumi ini. Maka kita carilah rezeki itu dengan cara yang baik. Buat baik, Allah tolong. Lebih mudah buat benda-benda baik. (Buat benda-benda tidak baik, itu kerja susah, sebab kena usaha sendiri.)

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.