Wednesday, February 20, 2008

Kontroversi antara Kebebasan Penulis dan Kejayaan Buku dalam Pasaran Terbuka

Salah satu isu yang terus menjadi punca perasaan tidak puas hati pada kalangan penulis 'sastera berat' terhadap PTS adalah apa yang dikatakan dasar editorial PTS yang menyekat kebebasan penulis berkarya sekiranya mereka mahu bernaung di bawah PTS. Begitulah maklumbalas yang disampaikan kepada Sifu.

Para penulis sastera-berat itu mahukan karya mereka dipamerkan dalam kedai-kedai buku elit seperti MPH, KINOKUNIYA, POULAR, dan BORDERS. Mereka juga mahukan karya mereka dipromosi dengan lebih baik, tetapi mereka tidak nampak bagaimana Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dapat melakukan itu.

Justeru mereka mahukan penerbit swasta seperti PTS sanggup menerbitkan karya-karya berat mereka. Tetapi semua penerbit swasta mempunyai dasar-dasar perniagaan dan cara kerja masing-masing, yang menyebabkan mereka hanya menerbitkan karya yang sesuai dengan dasar-dasar perniagaan mereka.

PTS mengamalkan dasar 'buku kuih-tempah'. Di bawah dasar ini para penulis PTS dikehendaki:

(1) Menghantar sinopsis cerita sahaja dahulu kepada editor. Selepas sinopsis itu diluluskan barulah penulis diberikan lampu hijau dan bolehlah mereka mula menuliskannya.

(2) Mematuhi dasar syariah-compliant yang ketat yang diamalkan oleh jabatan editorial. 

(3) Menggunakan Bahasa Melayu Tinggi sahaja dalam karya.

(4) Mengaplikasikan teori dan teknik penulisan berdasarkan surah Yusuf.

(5) Menghadiri kursus-kursus penulisan yang dijalankan oleh PTS.

(6) Mengaplikasikan teknik berkarya menggunakan KJ Method, yang membolehkan penulis menulis banyak buku serentak. 

Enam dasar itulah yang tidak disenangi oleh penulis aliran sastera-berat, yang menyebabkan mereka tidak berminat bernaung di bawah bendera PTS.

Adalah menjadi dasar perniagaan PTS bahawa kita tidak masuk tender kerajaan dan kita pun tidak menerima duit durian-runtuh daripada projek kerajaan. Buku-buku PTS dibeli oleh kontraktor-kontraktor kerajaan yang mendapat tender kerajaan.

Setiap anggota Tim PTS bekerja kuat membayar gaji mereka sendiri, termasuk membayar komisen bulanan, bonus tahunan, caruman EPF, SOCSO, insuran hospital, elaun perbatuan, elaun penginapan, elaun telefon dan lain-lain kemudahan kerja yang mereka gunakan.

Tanpa pernah menerima wang durian-runtuh, setiap sen sangat besar maknanya bagi penerbit swasta yang berniaga seperti PTS. Oleh itu kita tidak mampu menerbitkan karya yang ditulis dengan gaya berat-berat.

PTS memasarkan buku-buku terbitannya melalui kedai-kedai buku di seluruh negara. Justeru, kita amat mementingkan buku-buku PTS laku dijual dalam kedai buku. Maka kita amat mengambil kira citarasa pembeli buku di kedai buku. 

Sehingga saat ini, terbukti dasar kuih-tempah PTS itu menghasilkan karya sastera syariah-compliant yang laku dalam pasaran terbuka.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Penulis Menjadi Penyanyi Lagu Tema Projek Fonovela PTS-METADOME-HOTLINK Previous entry: Isu Rambut Perempuan dan Unsur Seksual
Aidil Khalid  on  02/20  at  11:30 PM

Salam, Puan Ainon,

Sekadar pandangan, betulkan andai tersilap.

Bukankah buku yang ditulis dengan gaya berat, masih terbukti laku. Karya-karya Faisal Tehrani, misalnya. Karyanya sangat berat, sarat falsafah, malah ditulis dengan gaya non konvensional.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/21  at  06:50 AM

Sdr. Aidil,

Saya setuju dengan saudara.

Firdaus  on  02/21  at  02:20 PM

Salam Sifu dan Saudara Aidil,

Pada hemat saya, kejayaan karya-karya berat Faisal Tehrani adalah satu kekecualian, bukannya satu kebiasaan. Kita boleh belajar sesuatu daripada caranya itu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/22  at  01:06 AM

Salam Sifu,

Untuk kami yang tidak menetap di Malaysia mungkin agak payah untuk menghadiri kursus yang disediakan. Masa agak terbatas sedikit.

Jika tidak keberatan, bolehkah saya dapatkan nota kursus, dan kemudian saya belajar sendiri. Untuk memastikan hasil karya memenuhi syarat 6 dasar di atas.

wassalam

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: