Wednesday, May 23, 2007

Kos Menaja Promosi Buku: Jangan Sampai Menang Sorak, Kampung Tergadai

Promosi buku amat penting. Matlamat promosi adalah meningkatkan jualan buku.

Tetapi hati-hati apabila memilih aktiviti promosi. Tidak semua promosi berjaya meningkatkan jualan buku. Jika salah pilih, sia-sia duit tajaan yang saudara keluarkan. Ibarat kata pepatah: Menang sorak, kampung tergadai.

PTS pernah ditanya mengapa PTS tidak mahu melabur dengan menyewa gerai di pesta Mai Sibuk! Bukankah itu adalah peluang promosi yang amat gah? Seluruh negara boleh kenal PTS.

Apabila saudara memilih aktiviti promosi buku, faktor paling penting adalah "Siapakah core pembeli buku-buku saudara?"

Golongan yang pergi ke pesta-pesta Mai Sibuk! bukan pembeli core buku-buku PTS. Mereka itu bukan orang-orang yang membaca buku-buku ilmu seperti yang diterbitkan oleh PTS.

Pengunjung pesta Mai Sibuk! adalah pembeli bahan-bahan bacaan ringan, seperti tabloid gosip artis, majalah hiburan, novel-novel cinta, serta cerita-cerita tahyul.

Pembeli core buku-buku PTS hanya 3 golongan yang terdiri daripada: (1) Mereka yang membeli buku ke kedai-kedai buku dan pesta-pesta buku, (b) Guru-guru pusat sumber sekolah, dan (3) Pustakawan.

Promosi yang berkesan bagi meningkatkan jualan buku kepada ketiga-tiga golongan ini adalah melalui: (a) Sorotan buku dan liputan personaliti penulis di akhbar dan majalah, (b) Penulis bercakap di radio dan TV, (c) Penulis naik pentas memberi ceramah, (d) Sorotan buku dalam internet, dan (e) Majalah yang diterbitkan oleh rangkaian kedai buku seperti MPH dan POPULAR.

Membuat tajaan promosi di pesta-pesta hiburan dan acara yang dihadiri oleh ramai manusia adalah sangat mahal. Tetapi ingat pepatah Melayu: "Kelip-kelip jangan disangka api!"

Tengok dahulu jenis manusia yang pergi ke pesta itu. Adakah mereka jenis manusia yang membaca buku? Kemudian, pilih buku yang sesuai dengan pengunjung pesta tersebut.

Sebagai contoh, jika pesta itu pesta penternakan, buku-buku panduan membela lembu dan kambing, insyaAllah laku. Jika pesta itu pesta IT (bukan IT = Ibu Tunggal) buku-buku berkaitan IT, insyaAllah laku.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • POPULAR
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Sebahagian Wajah-wajah PTS Previous entry: Jangan Buat Begini! (2)
MBA  on  05/25  at  06:43 AM

Sifu;

Penulis buku ‘Di Bawah Payung Aisyah’ Tuan Alang telah berhasrat untuk menaja saya dengan segala ramuan kekuatan Tongkat Ali dan Kacip Fatimahnya untuk membolehkan saya bawa buku beliau ke kemuncak Fujiyama untuk diperagakan.

Promosi ini sudah boleh dikira sampai ke peringkat ‘dewa’ ni wink

Dewa-dewa Fujiyama itu berpoligamikah?
——-

Aa Langkelana (senada dengan Aa Gym)  on  05/25  at  07:11 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Tuan MBA, terima kasih kerana sudi membawa buku pertama saya ke atas Mt Fuji. Dengan ‘pelancaran buku di puncak Mt Fuji’ ini, ia membuat terasa seolah-olah “berjalan di atas awan”

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.