Saturday, July 14, 2012

Kos Menerbitkan Buku Agama Edisi Premium

Buku Biografi Muhammad adalah contoh buku agama edisi hard-cover atau kulit keras, tetapi bukan buku premium. Hanya kulitnya sahaja kelihatan cantik dan mewah. Tetapi kandungan di dalamnya dicetak macam buku biasa, yakni hitam putih.

Buku-buku edisi premium termasuk dalam kategori buku mewah, di mana setiap halaman dicetak 4 warna dengan menggunakan kertas kualiti tinggi bagi menjamin mutu cetakan warna itu elok.

Kos mencetak buku premium adalah tinggi. Katakanlah buku Biografi Muhammad mahu diterbitkan sebagai buku premium, dianggarkan kos mencetaknya adalah RM20 seunit. Jika ia diterbitkan 3000 unit, bermakna kos cetaknya RM60k. Jika dicetak RM30 unit = RM600k. Ini tidak termasuk kos-kos pracetak.

Buku premium mempunyai kerenah pasarannya sendiri. Ada yang laku dijual banyak. Jadi, walaupun kos menerbitkannya sangat tinggi, ia adalah pelaburan yang berbaloi.

Tetapi tidak semua buku premium laku dijual sehingga 30 ribu unit.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Penerbit Buku Bersilabus dalam Keadaan Serba Tak Pasti Akibat Perubahan Sistem Penilaian Sekolah Previous entry: Iklan ini tidak bergerak!

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.