Tuesday, July 31, 2007

Kos Menjual Buku Cara Pos

Pada masa ini Pos Malaysia digunakan bagi menghantar buku yang dijual melalui kedai internet.

Jika saudara hendak menjual buku cara pos konvensional, kosnya sangat tinggi.

1. Saudara perlu menerbitkan dan menyebarkan katalog buku saudara. Katalog itu mesti cantik, terbit 4 warna. Pelanggan membeli selepas membuat pilihan dalam katalog itu.

2. Dari waktu ke waktu saudara perlu menyiarkan iklan dalam akhbar, sebagai contoh sebulan sekali. Kos iklan akhbar adalah tinggi. Katalog diberikan percuma kepada sesiapa yang menjawab iklan buku saudara.

3. Saudara perlu mengambil kerani khas bagi menguruskan kerja-kerja berkaitan.

Faktor kos yang tinggi itulah yang tidak mendorong penerbit membuka jabatan jualan melalui pos.

Penerbit buku yang dimiliki oleh kumpulan akhbar dan majalah berpeluang meneroka jualan secara pos disebabkan iklan buku dapat dibuat dalam akhbar dan majalah-majalah yang mereka sendiri terbitkan, dengan demikian kos iklan mereka adalah rendah.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(8) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Lagi Maklumat Tentang Pasaran Novel Cinta Previous entry: Tip Survival Penerbit: Cabaran Menjadi Gergasi di Tanah Liliput
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/01  at  02:27 AM

Pn Sifu yang dihormati,

Suatu kelebihan menerbit dan memiliki akhbar atau sekurang-kurang majalah sendiri bagi seseorang penerbit ialah dapat mempromosikan produk mereka dengan berterusan dan murah pula seperti yang dilakukan krangkraf.

Sebab itulah saya pernah bertanyakan samada PTS berminat atau tidak untuk menerbitkan majalah sendiri dalam suatu komen dalam entri puan baru-baru ini.

Bercontohkan Karangkraf, dengan kos percetakan mereka yang rendah (mesin sendiri) dan dipadatkan pula dengan iklan yang hampir 40 peratus dari muka suratnya membuatkan majalahnya dapat dijual dengan harga relatif rendah.

Harga yang rendah menyebabkannya lebih berdaya saing dengan majalah yang menjadi pesaingnya. Ini pasti meningkatkan jumlah edaran dan menambahkah pula pembacanya.

Lebih banyak pembaca bermakna iklan di majalah itu dilihat oleh lebih banyak orang dan mungkin mendapat lebih ramai pembeli buku pula.

Maka, jika PTS mahu menerbitkan majalah saya berhasrat untuk menjadi sebahagian daripadanya.

.

samada (SALAH) = sama ada (BETUL)

Terima kasih kerana Tuan berminat bersama kami dalam saf para pejuang PTS.

Buat masa ini strategi bisnes PTS adalah buku… buku… dan lebih banyak buku…

Buku adalah produk yang berpotensi evergreen, manakala majalah tidak.

Sifat buku itu sendiri lebih berdaya memandaikan bangsa, manakala majalah tidak, kerana buku adalah medium yang efektif bagi menyampaikan ilmu, manakala majalah hanya efektif bagi menyampaikan informasi.



——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/01  at  03:02 AM

Hmm..En Adnan seorang penerbit juga ke?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/01  at  03:27 AM

Ya Allah jadikan PTS sebagai syarikat penerbitan gergasi yang menyalurkan segala bentuk ilmu dan informasi yang berguna dan bermanafaat bagi keperluan umat Islam sehingga ke hari kiamat.

Saya menyokong usul saudara Adnan dan berharap ianya menjadikan kenyataan di masa hadapan. Majalah dsn suratkhabar akan menjadi alternatif kepada rakyat bagi membuat pilihan.

Semoga Puan Sifu menjadi Ketua Pengarangnya yang pertama.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/01  at  03:35 AM

Ramai juga yang inginkan PTS mempunyai majalahnya sendiri. Saya salah seorang yang menyokong usul En. Adnan dan En. Sham.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/01  at  04:06 AM

Apa kata PTS membuat kerjasama dengan DBP seperti mana perjanjian di antara Karangkraf dan Dbp ?

PTS juga boleh menjadi rakan strategik kepada majalah yang sudah ada di Malaysia bagi memastikan PTS tidak perlu mengeluarkan modal dalam bentuk wang.

PTS menghantar wakilnya iaitu Puan Sifu bagi mengeluarkan modal dalam bentuk ‘Ilmu’ bagi setiap keluaran majalah tersebut, agar ianya bukan sahaja sebagai pintu bagi pembaca mendapat informasi berkenaan ilmu (buku).

Saya yakin 100% semua pembaca akan ketagih dengan ilmu yang ada dalam kepala pengerusi PTS itu. Setiap bulan tidak akan terlepas dari membeli majalah tersebut.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/01  at  09:07 AM

Saudara Sham dan Mr April,

Yakin dengan keupayaan dan kebolehannyalah saya masih dan akan terus berharap PTS menerbitkan majalah sendiri atas sebab-sebab yang saya nyatakan dalam komen pertama di atas.

Kita bukan berharapkan PTS menerbitkan majalah dengan judul yang banyak seperti PTS menerbitkan buku yang jumlah beribu-ribu judul.

Memadailah jika PTS dapat menerbitkan sekitar tiga atau emapat jenis majalah bulanan atau dwi bulanan secara konsisten supaya boleh membantu promosi buku yang semakin meningkat itu.

Misalnya satu majalah untuk sekolah ( seperti Dewan Siswa ), satu bercorak agama, satu lagi untuk sukan dan satu lagi mungkin sastera sebagai cadangan.

Namun, saya percaya PTS dan para saf pejuangnya yang dedikasi itu pasti mempunyai idea yang lebih baik.

Sufu,

Kerabat diraja singgah di Machang
Puterinya cantik sudah berpunya
Takutnya hamba dalam mencadang
terlebihlah senduk dari kuahnya.

wassalam.

Riduan Khairi  on  08/03  at  06:05 AM

Idea saya untuk memasarkan buku-buku PTS ke kawasan luar bandar.

Buat kedai buku bergerak seperti perpustakaan bergerak. Sediakan sebuah bas atau lori (yang diubah suai menjadi seperti sebuah kedai yang mesra pembeli). Kedai bergerak ini akan membuat ‘road show’ ke pekan-pekan kecil. Ataupun ke sekolah-sekolah sasaran kawasan luar bandar. Boleh juga ke tapak pasar-pasar tani yang besar.

Strategi ‘roadshow’ ini pada saya telah lama dipraktiskan oleh taukeh-taukeh ‘fun fair’ untuk masuk ke kawasan luar bandar. Lama lagi sebelum ‘Jom Heboh’ dan ‘Karnival Gempak Astro’ turun ke Arau dan Pulau Pangkor.

Tentu akan ada kos tambahan. Tidak boleh tidak. Sebuah kedai bergerak (tentunya kos senggaraan ini tinggi sebab berjalan jauh), beberapa orang petugas merangkap jurujual).

Melainkan ada cara lain yang lebih efektif dan berkesan untuk memasarkan buku-buku PTS ke kawasan luar bandar. Jika tidak lambatlah lagi proses ‘mamandaikan’ masyarakat Melayu luar bandar.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/13  at  01:40 PM

Saya ada dengar penulis menggunakan teknik dropshopping di mana penulis sendiri melakukan pemasaran dan penerbit akan melakukan urusan pos kepada pelanggan yang memesan buku tersebut. Jadi pada pendapat saya cara ini lebih menjimatkan.

.

Majoriti penulis PTS membantu promosi dan jualan, bukan karya mereka sahaja, malah karya penulis-penulis lain! Ini adalah salah satu faktor yang membolehkan judul-judul PTS cepat dapat diulangcetak.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.