Friday, December 26, 2008

Kotak Bahasa Inggeris

Setiap bahasa mencipta acuan pola-fikirnya masing-masing. Bahasa Inggeris mempunyai pola-fikirnya sendiri. Pola-fikir itulah yang disebut 'kotak'.

Idea adalah produk kultural. Sawah gandum Amerika adalah kering dan luas, lalu mereka mencipta traktor yang besar dan berat.

Foto ini menunjukkan mesin penanam anak padi buatan Jepun. Sawah padi Jepun berlumpur dan kecil, lalu jurutera Jepun mencipta mesin-mesin yang ringan dan kecil. 

Pola-fikir dihasilkan oleh budaya bangsanya. Disebabkan bangsa Inggeris makan roti maka mereka mencipta mesin pembakar roti.

Disebabkan negara Inggeris mempunyai musim sejuk, maka mereka mencipta mesin pengering cucian baju.

Disebabkan bangsa Jepun makan nasi, maka mereka mencipta periuk nasi elektrik. 

Meskipun bangsa-bangsa di benua India makan nasi, tetapi pola-fikir Inggeris yang mereka gunakan menyebabkan mereka tidak berupaya mencipta idea seperti periuk nasi elektrik. 

Pola-fikir tidak terpisah daripada bahasa yang digunakan sebagai alat berfikir. Apabila benua India menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar, hasilnya benua itu melahirkan jurutera dan saintis yang berfikir menggunakan pola-fikir Inggeris.

Pola-fikir Inggeris yang digunakan oleh jurutera dan saintis India menghasilkan idea-idea yang menyerupai idea-idea Inggeris. Mereka terkurung dalam pola-fikir dalam buku-buku teks Inggeris.

Disebabkan saintis dan jurutera Jepun tidak membaca buku-buku teks dalam bahasa Inggeris, mereka kekal berfikir menggunakan pola-fikir Jepun. Justeru idea-idea dan produk-produk Jepun sangat berbeza daripada yang dihasilkan oleh bangsa-bangsa lain.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Bagaimana Bahasa Inggeris Menumpulkan Kreativiti Jurutera IT Bangsa India Previous entry: Bagaimana Bahasa Inggeris Menggagalkan Pembangunan Tenaga Manusia Bangsa Filipina

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.