KPI di Jabatan Editorial PTS
Ada rakan penerbit bertanya bagaimana caranya PTS mencapai produktiviti tinggi di kalangan staf editorialnya kerana beliau mahu mencontohi prestasi PTS. Beginilah penerangan kita:
Jabatan Editorial PTS kini mempunyai 37 orang anggota, dan akan menjadi 40 orang selepas cuti hari raya nanti. Mereka bekerja dalam unit-unit yang berbeza, masing-masing unit menerbitkan produk masing-masing.
Unit-unit itu adalah:
(1) PTS One yang menerbitkan sastera remaja.
(2) PTS Millenia yang menerbitkan buku-buku umum.
(3) PTS Islamika yang menerbitkan buku-buku agama.
(4) PTS Litera yang menerbitkan sastera dewasa.
(5) PTS Profesional yang menerbitkan buku-buku pengurusan, bisnes dan pendidikan.
(6) PTS Fortuna yang menerbitkan sastera jantan.
(7) PTS Komik-M yang menerbitkan buku-buku komik.
Menurut Tn. Fauzul Naim Ishak, Pengurus Besar Jabatan Editorial PTS, KPI (key performance index) setiap unit editorial adalah menerbitkan jumlah buku yang sama banyak dengan jumlah anggota pasukan dalam unit tersebut.
Sebagai contoh: Satu unit editorial mempunyai 1 orang pengurus, 3 orang editor perolehan dan 4 orang editor pengurusan. Justeru, jumlah anggota pasukan dalam unit itu adalah 8 orang. Oleh itu KPI bagi unit editorial itu adalah menerbitkan minimum 8 judul tiap-tiap bulan.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum w.r.b.
KPI ini sudah dibongkarkan sendiri oleh Pengerusi PTS. Tahniah.
Barangkali juga tenaga yang digunakan oleh PTS adalah tenaga muda yang laju kerjanya.
Salam;
Saya fikir KPI begini sangat mudah untuk dicapai. Buktinya berlambak manuskrip ataupun proposal yang ditolak. Maksudnya bekalan melebihi permintaan.
Barangkali KPI yang lebih baik ialah menerbitkan buku yang keuntungannya ialah 10X bilangan staf. Misalnya staf ada 8 orang, maka KPI nya ialah RM80,000 keuntungan sebulan.
Wallahualam.
Tuan MBA,
Sebenarnya apa yang Puan Ainon sebut di atas adalah salah satu daripada beberapa KPI yang ada di PTS. KPI PTS terbahagi kepada dua iaitu KPI berdasarkan produktiviti editorial dan KPI berdasarkan jualan.
Jika Tuan membangkitkan isu jualan, KPI jualan PTS untuk satu unit lebih tinggi. Satu staff di unit editorial minimum jualan harus dibawa RM40,000. Jadi kalau unit tersebut ada 8 orang, jumlah jualan minimum harus diperoleh RM320,000. Ini dikira sebagai jualan selepas diskaun (potong 50%) dan merupakan untung kasar unit tersebut.
Terima kasih.
Fauzul Na’im Ishak
Pengurus Besar Penerbitan
Kumpulan PTS
Post a comment