Sunday, December 28, 2008

PPSMI: Padamnya Mentol Kreativiti Jurutera India

Sebagaimana halnya dengan penciptaan periuk nasi elektrik, penciptaan teknologi karaoke tidak memerlukan ilmu kejuruteraan yang tinggi-tinggi yang tertulis dalam dalam buku-buku bahasa Inggeris. 

Foto ini menunjukkan mesin karaoke yang pertama dipasarkan. 

Industri muzik di India adalah amat besar, tetapi para pemainnya yang banyak dan terdidik dalam bahasa Inggeris tidak terfikir hendak mencipta sebarang teknologi original. 

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan minda ratusan ribu jurutera di benua India yang membaca buku-buku teks dalam bahasa Inggeris tidak dapat mencipta benda-benda baru? 

Apakah pula faktor-faktor yang menyebabkan minda jurutera Jepun yang bodoh-bahasa-Inggeris berupaya menghasilkan pelbagai ciptaan yang orang putih pun tidak berdaya menyainginya?

Kes minda jurutera benua India yang tidak kreatif itu membuktikan bahawa proses mengajar dan belajar sains dan teknologi dalam bahasa Inggeris boleh menghasilkan kesan-kesan sampingan negatif.

Salah satu kesan negatif itu adalah: Semakin banyak jurutera India membaca buku Inggeris, semakin padam mentol kreativiti mereka.

Baca di sini sejarah penciptaan teknologi karaoke.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kita Tolak PPSMI Previous entry: PPSMI Menentang Strategi Linguistik Nabi Muhammad
Syarafuddin Sulaiman  on  12/28  at  07:02 PM

Salam.

Semoga puan sihat sejahtera.

Saya ada upload ucapan Datuk Latif dan Datuk Zainal Abidin tentang PPSMI di UM baru-baru ini di blog saya (http://www.syarafuddinsulaiman.wordpress.com). Puan klik pada pautan dan kemudian boleh di download dalam bentuk mp3.

Jemput lawat.

Terima kasih

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/30  at  12:51 AM

bosanlah tengok muka si Hisamudin tu. Asyik-asyik gambar dia aje.

Ahmad Faidhi Mohd Zaini  on  12/31  at  11:30 AM

As-Salamua’laykum Puan Ainon,

Saya berbincang bersama professor saya, Prof. Dr. Hatta Shaharom lewat tengah hari tadi perihal bahasa ini. Saya bertanya mengapa ramai saintis dan doktor Jepun menerima Hadiah Nobel sedangkan mereka tidak pandai Inggeris. Jika dibandingkan, artikel dan jurnal mereka dalam penerbitan Inggeris antarabangsa lebih banyak berbanding hasil daripada doktor Malaysia, Singapura, India dan Timur Tengah yang kebanyakan doktornya bertutur dan menulis dalam bahasa Ineggeris.

Rahsianya, saintis/doktor Jepun membuat kajian dan menulis sepenuhnya menggunakan bahasa Jepun. Kreativiti dan kajian mereka asli daripada usaha sendiri (lantaran mereka pun tidak dapat membaca Jurnal Inggeris). Kajian mereka tidak terbantut oleh idea dan kritikan Barat. Mereka bebas meneroka dan mencipta penemuan.

Selepas mereka menerbitkan artikel dalam jurnal daripada kajian, kesemuanya akan diterjemah oleh institut terjemahan yang berpangkalan di Tokyo. Maka hasil pemikiran mereka dapat diterbitkan pada peringkat antarabangsa.

Mereka diundang ke seminar antarabangsa dan menyampaikan melalui perantaraan penterjemah. Apabila diaju soalan, mereka tidak dapat menjawab kerana tidak faham bahasa Inggeris, terapi itulah bangsa di Asia yang paling banyak memenangi Hadiah Nobel!

Nota: 4 daripada 12 penerima Hadiah Nobel 2008 ialah rakyat Jepun. 10 daripada 12 penerima Hadiah Nobel 2008 bukan penutur bahasa Inggeris.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/31  at  01:49 PM

Tuan (Dr.) Ahmad Faidhi,

Bulan Julai lalu saya menghadiri Persidangan Penterjemah Sedunia di Shanghai.

Salah satu kertas yang dibentangkan ditulis oleh Ketua Eksekutif syarikat penterjemahan yang sahamnya didagangkan di bursa Nikei, Tokyo.

Beliau menulis kertasnya dalam bahasa Jepun. Sinopsis kertas itu dibacakan oleh seorang penterjemah Jepun yang fasih bahasa Inggeris. Ketua Eksekutif itu berdiri sahaja di sisi penterjemahnya. Penterjemah itu kakitangan syarikat tersebut.

Lihatlah status orang yang fasih bahasa Inggeris di Jepun.

Kalau setakat tahu bahasa Inggeris, tetapi tidak pandai buat duit, setakat makan gaji dengan menjadi orang suruhan boss-lah sahaja!

Dalam dunia modern, status bangsa-bangsa ditentukan oleh sebanyak mana duit yang bangsa itu pandai buat. Makin pandai bangsa itu buat duit, makin tinggi statusnya.

Pada peringkat individu pun demikian juga halnya. Siapa yang pandai buat banyak duit, dialah yang dihormati. Sewaktu Tan Sri Lim Goh Tong yang tidak pandai bahasa Inggeris (malah buta huruf) itu meninggal dunia, pemimpin-pemimpin UMNO pun pergi menghormati kerandanya.

Jadi, ajarlah sains dan teknologi kepada bangsa kita supaya dengan ilmu itu mereka pandai buat banyak duit, macam bangsa Jerman, Peranchis, Itali, Belanda, Sweden, Denmark, Norway, Findland, Jepun, Cina, dan Korea.

Apa-apa faktor yang menyusahkan bangsa kita belajar sains dan teknologi, buang faktor itu jauh-jauh.

Apabila kita pandai sains dan teknologi, majulah kita.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.