Friday, December 12, 2008

Kreativiti Indigenus Hanya Tercetus dalam Bahasa Ibunda: Mesin Kukur Kelapa

Boleh dikatakan, mesin ini berada dalam setiap rumah orang Melayu kampung.

Siapakah nama pencipta mesin kukur kelapa ini? Adakah mesin ini dicipta oleh jurutera dari Filipina, benua India ataupun benua Afrika yang belajar dalam bahasa Inggeris?

Dalam buku-buku teks kejuruteraan karangan jurutera UK dan USA tidak diterangkan teknik membuat mesin ini kerana bangsa itu tidak bertanam pokok kelapa dan tidak makan santan.

Idea mesin kukur kelapa ini bukanlah idea yang memerlukan ilmu kejuruteraan yang tinggi-tinggi. Namun otak jurutera-jurutera di benua India dan Afrika yang membaca buku-buku dalam bahasa Inggeris itu tidak pula berupaya mencetuskan idea mesin begini.

Proses berfikir yang digunakan bagi mencipta mesin kukur kelapa ini serupa dengan proses berfikir yang digunakan oleh jurutera Jepun bagi mencipta periuk nasi automatik.

Jelaslah, ada sesuatu yang menyebabkan jurutera yang tidak membaca buku-buku teks dalam bahasa Inggeris berjaya mencipta bermacam-macam idea yang original dan sangat laku. 

Foto disalin dari sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Hasil Kajian Prof. Datin Dr. Juriah Long (UKM) Previous entry: Bahasa Penjajah Melemahkan Otak Golongan Terpelajar di Negara-negara Bekas Tanah Jajahan
arrantaui  on  01/07  at  01:30 AM

Kekadang, ada orang berfikir yang penting hanyalah pandai bercakap. Mereka terlupa kepentingan pandai berfikir.

Bila seorang bercakap dalam bahasa bangsa yang lebih dominan dalam politik antarabangsa, barangkali kedominanan itu akan merebak kepada setiap yang bercakap dalam bahasa bangsa yang lebih dominan itu.

Untuk pandai berfikir, mestilah dalam bahasa yang seorang itu sudah pandai. Jika tidak, seorang itu akan menumpukan sebahagian perhatian dan tenaga bagaimana untuk menyusun perkataan dalam bahasa yang dia kurang pandai bukan untuk menghasilkan idea.

Semua Nabi pandai befikir, ada yang kurang fasih bercakap, seperti Nabi Musa yang mengadu tidak fasih berbicara bila Allah memerintahkannya bertemu Firaun. Nabi Musa mengusulkan agar Nabi Harun, abangnya, dipilih sama dengan alasan Nabi Harun lebih fasih.

Firaun juga pernah memperlecehkan Nabi Musa sebagai “seorang yang tidak dimengerti percakapannya.”

Bila Nabi Musa meninggalkan kaumnya dalam tempoh 40 hari sahaja kaumnya telah mula murtad dengan mengambil patung lembu sebagai Tuhan. Nabi Musa telah menyeru puluhan tahun agar menyembah Allah semata-mata.

Kaum Nabi Musa mulai melupai ajaran Nabi Musa sedangkan Nabi Harun yang lebih fasih masih ada bersama mereka.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.