Saturday, November 18, 2006

Kredit Kontrol

Pengurusan risiko adalah sangat penting bagi orang bisnes. Banyak bisnes bankrap disebabkan kita terlampau hendak menjual lalu kita jual, jual, jual. Kemudian kita tidak dapat mengutip hutang.

Adakah saudara penerbit baru? Hati-hati dengan apa yang disebut credit control.

Salah satu mentaliti orang yang baru membuka bisnes adalah dia sangat yakin apa yang dijual akan dapat dikutip hutangnya. Akibatnya dia langsung tidak mengamalkan apa yang disebut kredit kontrol.

Apabila hendak melaksanakan dasar-dasar kredit kontrol, perkara yang paling penting saudara mesti tahu adalah berapa banyak kredit yang saudara sanggup berikan kepada agen dan pengedar. Jangan main beri sahaja, meskipun pengedar itu pengedar besar dan terkenal.

Apabila saudara sudah tetapkan jumlah kredit itu, pastikan jangan langgar jumlah tersebut. Ada masanya salesman saudara diam-diam melanggar jumlah itu disebabkan dia hendak mencapai target jualannya.

Jadi setiap minggu saudara mesti semak data kredit setiap agen saudara bagi memastikan jumlah yang ditetapkan dipatuhi.

Kedua, tetapkan apakah saudara perlu meminta cagaran seperti deposit. Penerbit-penerbit besar lazimnya meminta deposit. Kalau saudara masih kecil, ini sukar dilaksanakan sebab pengedar takkan mahu membayar deposit.

Saudara perlu melantik seorang pegawai kredit. Tugasnya adalah menguruskan kredit syarikat. Dialah yang kerjanya menagih hutang, justeru telinganya mesti tebal.

Pegawai kredit sangat digeruni (baca, dibenci) oleh agen dan pengedar! Dia berkuasa menahan buku daripada dihantar kepada mana-mana agen dan pengedar selagi agen itu tidak menjelaskan hutangnya lebih dahulu.

Di PTS, kedua-dua orang pegawai kreditnya adalah wanita! Hmm....

Jangan serahkan tugas menjual dan mengurus kredit kepada salesman. Salesman bertugas membuat sales. Pegawai kredit memastikan jumlah kredit adalah terkawal.

Apabila agen saudara tidak membayar hutang, hantar surat peringatan: surat pertama, kedua dan ketiga. Selepas itu baru hantar surat peguam. Prosedur ini mesti dilakukan bagi mematuhi peraturan audit dan sekiranya saudara perlu menyeret agen saudara itu ke mahkamah kemudian.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Undang-undang & Harta Intelek
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kritikan Sastera Aliran Konvensional Previous entry: Tekanan Darah Sifu Rendah
alang kelana  on  11/18  at  04:26 PM

Adakalanya kerja kredit kontrol ini sesuai untuk wanita, kerana mereka begitu teliti dan berdisiplin di dalam hal-hal menguruskan kewangan ini.

Saya perhatikan isteri saya begitu cerewet di dalam menjaga kewangan belanja dapur setiap bulan, dan ada-ada saja ikhtiar beliau bagi mencukupkan belanja makanan kami itu…
——-

Puan Ainon Mohd.  on  11/18  at  10:23 PM

Sheikh Alang,

Satu lagi faktor mengapa perempuan sesuai menjaga kredit kontrol adalah disebabkan banyak kerani dan setiausha kepada bos di pejabat agen dan pengedar adalah perempuan juga!

Justeru mereka pandai menjalin hubungan persahabatan sesama perempuan.

Jadi senang mereka bercakap dan memujuk supaya sahabatnya di sana minta bosnya sain cek cepat sikit sebelum buku-buku dapat dikeluarkan dari setor penerbit dan dinaikkan ke atas lori transpot!

masali  on  11/19  at  06:24 AM

Namanya pun kredit, maka kita mengizinkan barangan (buku) dijual dahulu kemudian kutip harga yang sepatutnya kemudian. Kalau penjual tidak menyelesaikan pada waktu yang sepatutnya, wajarlah dia tidak mendapat bekalan yang baru. Ini tidak secara langsung mengecutkan businesnya! Untuk mendidik orang sebegini perlu ditanam etika keusahawanan terlebih dahulu, sebelum menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

Amiene Rev  on  11/20  at  03:41 AM

ilmu yang berguna untuk anak-anak Melayu.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.