Kritikan Kerana PTS Banyak Menerbitkan Karya Kreatif Indonesia
Delegasi PTS hari ini masih berada di Jogjakarta bagi urusan pelesenan bilateral harta intelek antara PTS dan 3 buah penerbit besar yang ada di kota itu.
Kita ada terdengar bisik-bisik yang mengkritik sikap PTS yang banyak menerbitkan sebagai edisi Malaysia buku-buku karya penulis Indonesia, khususnya buku-buku yang dikritik itu adalah karya sastera.
Memang benar bahawa PTS adalah penerbit Malaysia yang paling aktif menerbitkan karya fiksyen Indonesia, bermula dengan karya-karya Andrea Hirata.
Kita tidak menafikan PTS memang mempunyai rancangan menerbitkan karya sastera Islami Indonesia secara konsisten setiap bulan.
Kritikan pertama yang kita dengar mengatakan, sebagai sebuah syarikat Malaysia, PTS sepatutnya menggunakan wang yang digunakannya buat menerbitkan sastera Islami Indonesia itu bagi menerbitkan lebih banyak karya sasterawan Malaysia.
Kritikan kedua mengatakan tindakan PTS yang terlalu bersikap terbuka kepada karya Indonesia akan menyebabkan pengaruh Bahasa Indonesia semakin merebak di negara ini lalu mencemarkan Bahasa Melayu Malaysia.
Kritikan ketiga mengatakan nampaknya negara kita sudah terlalu banyak menerima kehadiran pekerja Indonesia, jamu Indonesia, batik Indonesia, muzik Indonesia, siri TV Indonesia, dan sekarang PTS pula sengaja membolehkan sastera Indonesia mula membanjiri pasaran kita.
Semua itu akhirnya menyebabkan aliran perdagangan Malaysia-Indonesia semakin-makin menguntung Indonesia. Itulah tiga kritikan utama yang ditujukan kepada PTS.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam sejahtera,
Jika dilihat sekali lalu memang seolah-olahnya PTS mengutamakan karya Indonesia, namun jika ditimbang pada kali keduanya ada sesuatu strategi yang tersirat dan tersurat di sini.
Indonesia ialah sebuah negara yang amat padat penduduknya dan penduduknya memang menggunakan bahasa Indonesia sepenuhnya. Potensi pasaran di sini amat luas sekali berbanding di Malaysia. Jumlah penduduknya lebih kurang RM 230 juta orang berbanding Malaysia hanya RM 26 juta orang. Jika diambil 5% daripada jumlah ini yang suka membaca, maka jumlahnya hampir 50% populasi Malaysia.
Maka, bagi saya PTS mengambil langkah bijak mengambil hati dan membina hubungan dengan Indonesia kerana kita serumpun dan satu bahasa (dengan sedikit perbezaan), namun bayangkan jika karya sastera anda dapat diekspot ke sini sudah pasti jumlahnya lebih lumayan berbanding Malaysia. Orang Malaysia Melayu kelas atas menengah tidak ramai yang membaca karya sastera Melayu justeru Indonesia ialah pasaran harapan bagi kita.
Mengapakah kita selalu sahaja berfikiran cetek dan pendek? Lihatlah apa usaha DBP dalam menobatkan karya sastera Malaysia? Buku-bukunya pun tidak kelihatan di dalam kedai buku popular seperti MPH, POPULAR dan KINOKUNIYA, malah tidak semuanya ada di dalam perpustakaan awam?
Sebagai sasterawan kita sepatutnya menghasilkan karya bermutu yang boleh diekspot ke pasaran dunia bukan bersifat dengki dan busuk hati tanpa alasan yang munasabah! Karya kita tidak diterima pasaran dunia bukan kerana diskriminasi tetapi mungkin mutunya masih tidak setanding dan layak bersaing di pasaran dunia!
Bukankah firma perbankan seperti CIMB dan Maybank serta beberapa firma telekomunikasi berebut mahu ke pasaran Indonesia…ini kerana potensi pasarannya amat luas dan bakal memberi pulangan yang baik?
Sekian,
Nor.
Assalamualaikum,
Mengapa kalau kita mengatakan rumpun bangsa Melayu, semua bangsa yang ada di Malaysia dan Indonesia itu dikatakan Melayu?
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu, Banjar itu Melayu.
Tetapi mengapa dalam soal bahasa kita berbeza-beza. Bahasa Indonesia itu seolah-olahnya bukan bahasa Melayu. Seolah-olah bahasa Indonesia itu merosakkan bahasa Melayu. Sehinggakan lagu-lagunya dikeji, buku-bukunya dipandang sebelah mata.
Sedangkan yang dikatakan bahasa Indonesia itu juga sama dengan apa yang dikatakan sebagai bahasa Malaysia, sama-sama bahasa Melayu.
Saya lebih suka dengan penggunaan perkataan ‘lengguk’. Lengguk bahasa di Indonesia dan lengguk bahasa di Malaysia itu berbeza.
Lengguk Indonesia itu lebih indah sasteranya, lengguk Malaysia itu pula lebih kepada tujuan rasmi dan akademik.
Apa pun itu hanya pendapat saya. Saya terbuak dengan perbezaan pendapat, tetapi tidak dengan pendapat yang tertutup.
Apa masalah orang Malaysia?
Usah dijawab soalan begini. Penat. Nanti kerja tidak jadi.
Memang Pts dah banyak terbit karya sastera Indonesia. Tapi Pts lebih banyak terbit karya sastera Malaysia. Bahkan Pts lebih banyak menerbitkan karya sastera berbanding penerbit-penerbit lain.
Macam mana tu?
Orang Indonesia,
Jangan berkecil hati. Perbezaan kecil yang ada hanyalah disebabkan “kecelakaan” sejarah silam yang memisahkan kita.
Saya sendiri muak dengan pandangan orang Malaysia yang buta budaya dan bahasa. Mereka memandang seolah-olah Bahasa Indonesia adalah bahasa asing yang mencemarkan budaya/bahasa mereka tetapi menerima bahasa/budaya Inggeris/barat seluas-luasnya.
Seharusnya kami orang-orang Melayu Malaysia mengucapkan terima kasih kepada warga Indonesia kerana menjadikan Bahasa Melayu (Indonesia) sebagai bahasa rasmi semasa Sumpah Pemuda pada 1928. Hasilnya hampir 250 juta jiwa memahami bahasa kami.
Bahasa Melayu disini ibarat melukut di tepi gantang dan dipandang sepi oleh bangsa kami sendiri jadi hasil karyanya seperti buku, lagu dan filem jauh ketinggalan berbanding Indonesia.
Aku cinta Indonesia, juga ceweknya!
Post a comment