Saturday, November 18, 2006

Kritikan Sastera Aliran Konvensional

Bagi mentee-mentee yang ingin tahu sedikit sebanyak teori-teori kritikan sastera ciptaan Barat, baca apa MOHD. PAUZI MAHMAD tulis.

.....Pendekatan ini percaya bahawa karya sastera dijadikan fokus kritikan dan tidak menghubungkaitkan karya itu dengan biografi pengarang, psikologi masyarakat, faktor sosial, falsafah masyarakat dan sebagainya. Lagi...

.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: RM100 Ribu untuk Sayembara Novel Sejarah Previous entry: Kredit Kontrol
rastom  on  11/19  at  05:39 AM

Puan Sifu,

Perikan: Bagi golongan formalis, sastera terhasil daripada suatu proses yang bebas daripada rantaian kehidupan lain, maka itu pendedahan karya tidak mementingkan perkaitannya dengan faktor kehidupan yang lain, memadai dengan melihat antaranya, tema, plot, perwatakan, gaya bahasa dan simbol-simbol yang digunakan dalam karya.

Ada percanggahan dengan konsep/teori Prof Rastom A Rahman (pernah dengar?)yang memerlukan setiap artifak bertulis samada sastera atau non-sastera dilihat secara “kulliy” - keselurtuhan , bukan juz’ie (terpisah pisah). Hashim Awang tak mungkin temui kebenaran dengan teropong Freudian yang sejak mula sudah bathil.Islamisasi ilmu awal awal lagi menolak gagasan non-saintifik Freud atau mana mana aliran yang menyamar sebagai teori saintifik tetapi pada hakikatnya hanya sekadar “teori” -gagasan dari pemerhatian yang berbeda mengikut budaya kelahiran sang pengteori. Mustahil budaya yang menghasilkan manusia Freud mampu menghujahkan kaedah Islami surah Yusuf…...Salman Rushdie karyawan Barat kelahiran muslim itu akhirnya tenggelam dalam dunianya.
( Ada cerita terbarunya di BLOG saya. Teori kritikan yang sastera dari sarjana Barat itu seeloknya diambil sebagai pengetahuan am dan jangan sekali kali di jadikan kau ukur prima menilai karya rantau kita. Seperti mana kes bahasa,  kemajuan sesuatu bangsa bermula dari bahasanya, pencerahan minda dan aqidah menerusi bahasanya. Sudah tiba masanya kita merumuskan teori yang boleh dilihat sebagai suatu yang Islam/Melayu!
——-

Amiene Rev  on  11/20  at  03:48 AM

setuju dengan rastom. Bagi saya pula sesebuah karya yang berbentuk pemikiran seharusnya bebas daripada kekangan dunia semasa, tetapi masih berkonsepkan realiti.

ketika saya berusia 13 tahun, saya sering berfikir bagaimana mahu melepaskan diri daripada kekangan dunia dewasa, tetapi pada masa yang sama, sebagai seorang budak, boleh menyatakan pemikirannya sendiri terhadap konteks dunia dewasa. resolusinya, terciptalah dunia saya sendiri. justeru karya-karya yang diasaskan pada usia itu, masih kepada sesuatu yang berkait dengan realiti tetapi dalam keadaan yang sintetik. apa yang saya tulis ketika itu adalah tingkah laku dan pemikiran orang dewasa dalam menghadapi masalah dan cabaran kehidupannya dari sudut pemikiran seorang budak.

hasilnya terciptalah idealogi politik, pengurusan, ekonomi, teknologi, peradaban, kepercayaan, budaya dan sosiologi yang dilihat dari aspek pemikiran dan pandangan seorang budak.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.