‘ku’ Dekat & ‘ku’ Jauh
Tidak semua 'ku' ditulis dekat. Hanya 'ku' yang diikuti oleh 'kata kerja' sahaja yang ditulis rapat.
kuberi (BETUL)
kutolak (BETUL)
kutarik (BETUL)
"ku' yang diikuti oleh 'katasifat' ditulis terpisah.
Perkataan 'ingin', 'tahu' dan 'lupa' bukan katakerja, tetapi katasifat (adjective), oleh itu 'ku' tidak boleh ditulis rapat dengan katasifat.
ku ingin (BETUL)
ku tahu (BETUL)
ku mahu (BETUL)
ku ingat (BETUL)
ku rindu (BETUL)
ku cinta (BETUL)
ku lupa (BETUL)
Perkataan 'sangat' dapat diletakkan di depan kata sifat.
sangat ingin
sangat tahu
sangat mahu
Apabila katasifat itu diberi akhiran 'i' ataupun 'kan', maka ia menjadi katakerja, barulah 'ku' ditulis rapat:
kuingini (BETUL)
kuingati (BETUL)
kurindui (BETUL)
kucintai (BETUL)
kumahukan (BETUL)
kulupakan (BETUL)
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

kuberi (BETUL)
kutolak (BETUL)
kutarik (BETUL)
1. Deraf yang diminta telah kuberikan kepada Sifu (betul?)
2. Deraf yang diminta telah aku berikan kepada Sifu (betul?)
3. Deraf yang diminta telah saya berikan kepada Sifu (lagi betul?)
4. “Deraf yang diberikan oleh MBA telah kutolak mentah-mentah” kata Sifu. (betul?)
——-
1. kutolak ke tepi kautarik ke tengah (salah?)
2. Kautipu aku?. Bulat-bulat kuterima (salah?)
kau ku seru…
Sdr Ferzoul,
kau ku seru (SALAH)
kau kuseru (BETUL)
‘seru’ adalah katakerja.
MBA-san,
Betul. Semua ejaan ‘ku’ dan ‘kau’ itu BETUL.
oh.. rupa-rupanya kuseru itu betul.
Post a comment