Tuesday, June 03, 2008

Tip Survival Penerbit: Kuasa Branding dan Ikatan Emosi

Seorang pengunjung UNIKA yang menggunakan nama 'Edoray' menulis dalam komen blog ini begini: "Saya dan anak-anak saya adalah pemborong tetap buku-buku PTS setiap bulan di Popular Batu Pahat."

Ayat di atas itu adalah petanda bahawa jenama atau brand 'PTS' sudah menjadi perkara yang dibeli orang. Inilah fenomena power-branding. Orang membeli sesuatu produk itu disebabkan dia menaruh kepercayaan kepada kualiti brand-nya.

Namun brand 'PTS' bukan hanya logo 'PTS'.

Brand bukan hanya 'nama syarikat', ataupun 'judul buku', ataupun 'nama-nama pengarang'. Brand PTS bukan hanya 'buku-buku' terbitan PTS itu sendiri.

Brand adalah semua itu, ditambah dengan ikatan emosi si pembeli dan pembaca. Ikatan emosi bermakna: Orang akan membeli buku-buku yang mereka sukai dan percayai. 

Apabila kita sedang berusaha membina brand, ciri-ciri terbaik dalam buku-buku kita adalah perkara yang tidak penting kepada si pembeli. Yang penting kepada si pembeli adalah berapa banyak faedah yang dia perolehi dengan membeli dan membaca buku-buku kita itu. 

Kita boleh mendakwa buku-buku kita mempunyai sekian-sekian kualiti, tetapi jika kualiti itu tidak dikehendaki oleh pembeli, maka kita gagal mencipta ikatan emosi dengan pembeli itu dan dia tidak akan membeli buku-buku kita, walaupun mungkin buku kita itu menang dalam pelbagai pertandingan dan anugerah.

Apabila Edoray menulis "Saya dan anak-anak saya adalah pemborong tetap buku-buku PTS" sesungguhnya beliau itu menaruh kepercayaan bahawa buku-buku PTS menjanjikan kualiti dan banyak faedah apabila dibeli dan dibaca oleh anak-anaknya. Itulah yang dikatakan 'ikatan emosi' antara pembeli dengan brand 'PTS'. Ikatan emosi itulah yang mendorong Edoray membeli buku-buku PTS.

Justeru, sebagai penerbit, apabila kita mahu mencipta brand, jangan sibuk mempromosi logo, jenama ataupun nama syarikat saudara. Jangan sibuk mempromosi nama-nama pengarang kita. Jangan sibuk mempromosi judul-judul buku kita. 

Sibuklah mencipta ikatan emosi antara pembeli dan pembaca dengan logo, jenama, pengarang dan buku-buku terbitan kita.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Brand: Menjadi Power-Brand Lokal Previous entry: Strategi Menjadikan PTS Suatu Power-Brand
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/04  at  10:52 AM

Assalamualaikum.

Secara peribadi saya telah menghantar email ke Puan sifu tetapi tiada balasan , email itu saya hantar 3 bulan sudah dan melebihi 3 kali.

Tetapi bila tiada balasan , saya rasa sedikit kecewa tetapi atas dasar nak memberi apa yang kita ada terutama berkiatan dengan pangalaman hidup yang tidak boleh di jumpa di sekolah tetapi dikutip disepanjang perjalanan kita, saya gagahi juge untuk menghubungi puan sifu.

Pada bulan empat lalu , say pegi ke booth hampir kesemua publisher yang hebat termasuk pts , yang lain ade mengambil no. kontak saya bila saya menerangkan hajat hati saya unutk berkongsi minat menulis tetapi sehingga hari ni malangnya tiada sambungan. bila kita menghubungi mereka , emmanjang akan cal back…lasa2 back to normal…tak ade.

tapi booth pts tiada disediakan untuk mereka yang berminat menjadi pnulis meniggalkan no. kontek ataupun tidak saya sedari,..

ok saya rasa ingin menulis tetapi tiada sifu..setakat menaip merapu mungkin kira ok tetap bagaimana hendak bermula tidak tahu ,..so minta tolong

pengalam dalam industri selma dekat 20 tahun saya rasa boleh membantu mereka yang lain..ade cerita-cerita dalaman yang mungkin tidak beraku diluar ..

saya pengujung tetap kedai buku..buku2 pts saya rasa ade lebih 50 biji kat rumah termasuk kaedah menjadi penulis ,dah baca tetapi rasa confeden tu kurang,,,jadi terpaksalah cari sifu,

begitu juga buku yang berkiatan technical juge kurang,,rasa-rasa ramai budak-budak technical kelas pertengahan ( bukan universiti tetapi belajar di kolej, ilp, pusat2 mlvk ) tak ade buku rujukan yang tepat disebabkan kekurag tau tiada pilihan. bila merujuk buku inggeris ..mereka terpaksa menjadi 2 in 1 teerjemah seerta memahami isi last2 dia orang jadi 1 ke 2… tutup

sekian. say aharp ade sudinye sesiapa membals email kita supaya saya dapat semangat untuk menulis,.....

wasalam

jamal

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/04  at  11:40 AM

Saya TIDAK akan membeli buku saudara jika saudara menulis dengan menggunakan tata bahasa seperti di atas, yang banyak kesalahan ejaan dan nahunya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/04  at  05:30 PM

Tuan Jamal,

Jenuh juga nak faham apa yang tuan cuba disampaikan. Belajar menulis dengan betul dahulu kemudian hantar cadangan tuan kepada mana-mana penerbit.

Ayda  on  06/04  at  06:21 PM

Assalamualaikum Puan Sifu yang dikasihi dan rakan-rakan pembaca yang dihormati,

Terima kasih kepada Puan Sifu kerana menyingkap rahsia kuasa ‘branding’ yang berpaut erat dengan ikatan emosi. Peringatan ini ibarat siren pelepas kepada saya sebagai pelari penulisan (saya baru balik dari perbincangan dengan pihak editorial). Saya juga mengimbas kembali mengapa saya suka membeli buku yang ditulis oleh penulis-penulis tertentu atau penerbit tertentu. Memang benar, jawapan yang tepat ialah kerana adanya ‘ikatan emosi’. Buku-buku itu menyentuh hati saya. Pastilah penulisnya juga begitu menjiwai apa yang ditulisnya, sama ada buku tersebut berbentuk deskriptif atau naratif. Ungkapan yang boleh menggambarkan keberkesanan ini ialah, “I feel it”, sama ada di pihak penulis atau pembaca.

Baru semalam petang saya memilih dan memesan hampir tiga puluh judul buku-buku PTS yang bernilai hampir seribu ringgit di sebuah kedai buku biasa (bukan Popular) yang dipamerkan di pintu kedai tersebut, untuk Pusat Sumber tempat saya bekerja. Tahun lalu saya memperuntukkan lebih dua ribu ringgit untuk buku-buku motivasi dan pengurusan yang rata-ratanya keluaran PTS, hanya untuk Pusat Sumber yang saya kelolakan. Buku-buku tersebut diminati oleh pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah saya. Alhamdulillah, semoga perniagaan orang Melayu berkembang maju.

Kepada Encik Jamal, tahniah kerana mempunyai hasrat untuk menulis. Teruskan niat murni itu. Banyakkan belajar, bersabar dan terus berlatih memperbaiki kelemahan. Bengkel penulisan yang dianjurkan oleh universitipts juga boleh membantu Encik Jamal. Semoga berjaya.

Sekian.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: