Thursday, October 21, 2010

Kuasa Kedai Buku ke Atas Nasib Buku: Kes Komik-M

Kedai-kedai buku mempunyai kuasa paling besar ke atas nasib jualan buku. Akhirnya, kedai bukulah yang paling berkuasa menentukan buku apa yang terjual.

Pembeli buku hanya dapat membeli buku-buku yang dipamerkan dalam kedai-kedai buku. Buku-buku yang baik sekalipun, jika kedai buku tidak membawa buku itu, ia tidak akan terjual.

Dalam pasaran sekarang, banyak bahan bacaan yang tidak berkualiti dibeli dan dibaca oleh orang muda. Faktornya adalah kerana kedai-kedai buku menjual bahan-bahan itu. Pokoknya, apa yang ada di dalam kedai, itulah yang dibeli orang.

Penerbit boleh menerbitkan apa-apa buku dan majalah yang dia mahu, tetapi jika kedai buku tidak mahu ambil buku itu, maka buku itu akan tersadai dalam setor penerbit.

Ambil kes Komik-M terbitan PTS. Banyak orang mengeluh kerana komik itu sukar diperoleh selain di kedai-kedai buku utama sahaja.

Antara faktornya adalah:

1. Kedai-kedai indie kepunyaan orang Melayu kebanyakannya adalah kedai buku agama yang kecil-kecil.

Kedai-kedai buku Melayu itu bukan kedai buku umum (general bookstore) yang menjual segala jenis buku. Mereka hanya membawa buku agama kerana pelanggan mereka adalah orang-orang yang mahukan buku-buku agama. Selain menjual buku agama, kedai-kedai itu menjual peralatan sembahyang, haji dan kematian. Mereka tidak mahu membawa Komik-M.

Kedai-kedai buku agama tidak mahu membawa Komik-M kerana bagi mereka komik bukan buku agama.

2. Kedai-kedai buku kepunyaan towkay Cina hanya menjual buku-buku Cina, alat tulis, dan komik-komik Cina, kerana pelanggan mereka adalah pembeli Cina. Oleh sebab itu mereka tidak berminat membawa buku-buku bacaan umum dalam bahasa Melayu, apatah lagi Komik-M.

3. Majoriti pemilik kedai-kedai Mamak yang menjual surat khabar, majalah, komik, rokok dan gula-gula tidak berminat menjual Komik-M. Bagi mereka, menjual komik-komik terjemahan Cina, Jepun dan Korea adalah lebih menguntungkan.

Pasaran komik adalah Laut Merah. Dalam pasaran itu sudah ada budak-budak besarnya. Mereka sangat berkuasa dalam pasaran.

Namun, PTS tetap terus komited membangunkan pasaran Komik-M kerana pasaran itu ada potensinya. Ia ibarat kerja membuka hutan. Ia kerja yang sukar, sangat sukar.

Namun, PTS akan meneruskan komitmen ini kerana lambat-laun, pasaran ini tetap dapat dibuka. Apabila pasaran itu sudah besar, PTS-lah yang akan menjadi budak besarnya....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Rancangan Promosi Komik-M Previous entry: Tip Survival Penerbit: Jualan E-Book Naik 172% di Amerika
Mohd Hafizul Hilmi Bin Mohd Noor  on  10/21  at  03:17 AM

Mungkin suatu hari nanti, PTS mampu membuka sendiri rangkaian kedai buku di seluruh negara. Saya mendoakannya, insya Allah.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/21  at  06:25 AM

Saya menjual buku di masjid dan surau waktu ada kuliah dan cuba menjual komik-komik M. Alhamdulillah pasarannya OK terutamanya Komik Takaza, Amin dan Dear Yayah malah ustaz yang beri kuliah pun belikan untuk anak-anak mereka.

Syaizul Amal  on  10/21  at  04:33 PM

Pengalaman saya mempromosikan Komik M kepada 45 buah sekolah memberikan saya beberapa idea untuk mengatasi masalah ini.

Cara pemasaran dan pengedaran perlu dilihat dengan perspektif baru. Ini memerlukan semua pihak memikir di luar kotak. Strategi yang saya gunakan mempunyai “output” yang baik jika kena cara dan masanya.

Wasalam
Syaizul
Pengurus AinMaisarah

azhar  on  10/22  at  12:48 AM

saya amat memahami masalah pengedaran dan masalah KomikM.

saya harap masalah ini dapat di atasi..
dan berharap Unit Komik M mempunyai unit nya sendiri serta unit pemasaran dan promosi sendiri khusus untuk KomikM..

Komik pasarannya luas dan besar jikalau kena gayanya…

kami sebagai pengkarya memainkan peranan kami dalam menghasil KomikM…

selepas itu tugas seterusnya bahagian pemasaran menjalankan tugasnya..

kedua-duanya memainkan peranan dan saling memerlukan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.