Sunday, July 22, 2007

Kuasa Magik dalam Fantasi

Dalam dunia fantasi, semuanya boleh belaka. Namun, apabila semuanya boleh belaka, kualiti cerita jatuh.

Dalam alam fantasi yang semunya boleh belaka, peduli apa kalau hero terjatuh ke dalam perigi beracun? Bukankah dengan kuasa magik yang ada padanya, dan dengan menutup mata dan memanggil jin kesayangannya, dia dapat keluar dari perigi itu? Peduli apa?

Dalam cerita fantasi yang baik, kuasa magik watak-wataknya hendaklah dihadkan dengan jelas.

Dalam alam fantasi, had-had kuasa magik itu menggantikan hukum-hukum alam semulajadi ciptaan Tuhan dalam dunia realiti, yakni saudara ciptakan hukum-hukum yang menghadkan keupayaan manusia sepanjang perjalanan cerita fantasi itu.

Apabila saudara mencipta suatu dunia fantasi, saudara perlu mencipta suatu set hukum-hukum semulajadi bagi alam ciptaan saudara itu. Ertinya, dalam alam fantasi sekalipun mesti ada hukum-hukum alam yang menghadkan kuasa magik watak-wataknya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Fiksyen Sains & Fantasi
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Lagi lagi Meratap.... Previous entry: Penulis Banyak Bakat
Firdaus  on  07/22  at  11:57 PM

Penggantian hukum-hukum alam semulajadi ciptaan Tuhan dalam dunia realiti dengan had-had kuasa magik itu membolehkan penulis Muslim berkarya dengan lebih bebas dalam ruang lingkup fantasi.

Dengan teknik ini, tidak perlu kelaskan kuasa ajaib kepada mukjizat, karamah, sihir dan sebagainya.

Wallahualam.

.

Saya sangat setuju dengan pandangan saudara ini. Bernas! Cukup bernas!

——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: