Monday, October 18, 2010

Kuasa Wang dan Kepentingan Sastera

Dalam majlis Dialog Orang Muda (DOM) di Rumah PENA pada Sabtu 16 November 2010 yang lalu, saya telah berkata (foto), "Saya adalah lambang kuasa duit. Akhirnya kuasa duitlah yang menentukan karya mana yang diterbitkan dan karya mana yang tidak."

Saya juga berkata, "PTS adalah sebuah penerbit kuih tempah. PTS memberitahu penulis-penulisnya buku-buku yang bagaimana yang dimahukan oleh PTS, lalu mereka menuliskan buku-buku itu. Jadi, penulis PTS adalah ibarat semacam kontraktor-supplier. Sebagai contoh, dalam novel-novel PTS tidak boleh ada babak dating-dating, pegang-pegang tangan, I-love-you, I-love-you, walaupun hanya dalam mesej SMS...."

Saya juga berkata, "PTS hanya menerbitkan buku-buku yang ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu Tinggi. Oleh itu tidak ada perkataan kontot seperti 'tak', 'nak', 'dah', 'ni', 'tu' dan lain-lain. Semua perkataan hendaklah ditulis dengan menggunakan ejaan lengkap.

Nota: Foto ikhsan Cikpuan Zalila Isa.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip dari Ain Maisarah: 4 Judul dalam Satu Siri Novel Remaja Previous entry: Sasterawan Aidil Khalid Menentang Sikap dan Pendirian Ainon Mohd.
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/18  at  03:23 PM

madah org tua2 ‘tak tumbuh tak melata, tak sungguh org tak kata’. kata ‘tak’ sudah mantap.

.....

Puan Neli, PTS mengikut gaya bahasa al-Quran dan Hadith, di mana dalam al-Quran tidak terdapat perkataan kontot, demikian juga apabila Rasulullah bercakap beliau tidak menggunakan perkataan kontot.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.