Thursday, September 07, 2006

Kulit Buku dan Kedai Buku

Entri ini ditulis untuk para designer kulit buku.

Lazimnya apabila designer kulit buku mencipta design kulit buku, mereka melupakan suatu perkara penting, iaitu mengambil kira bagaimana buku itu akan berfungsi dalam kedai buku.

Kulit buku-buku yang disusun dalam kedai hendaklah berfungsi menaikkan seri dan kecantikan kedai itu.

Apabila kedai nampak cantik dari luar, barulah orang yang lalu-lalang di luar kedai itu akan tertarik dan hendak masuk ke dalam kedai dan berjalan-jalan di dalamnya, mula-mula dengan niat menengok-nengok sahaja, tetapi diharapkan akhirnya dia membeli sesuatu yang ada dipamerkan.

Jangan ikut kulit-kulit buku DBP yang muram, malap dan compang-camping itu. Buku-buku DBP, apabila disusun, design dan warna kulit-kulitnya akan memalapkan suasana dalam kedai buku.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Penerbitan Buku
(11) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Psikologi Menerima Kritikan Previous entry: Apabila Pengedar Menjadi Penerbit Hantu
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/08  at  10:03 AM

Kulit cantik isi pun kena cantik. Jatuh hati pada pandangan pertama amat penting dalam berniaga.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/08  at  10:38 AM

*senyum*

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/08  at  10:39 AM

Kadangkadang, bukan designer tak fikir semua itu - cuma, selalunya, designer terpaksa ikut kehendak pelanggan.

jOnOs  on  09/08  at  12:59 PM

Puan,
Saya setuju!

Tuan Naga,
Kadang-kadang pelanggan umpama remote control, designer umpama penghawa dingin yang perlu menyejukkan pengguna…Tapi..cover..dan..judul..AYAH KITA BOSS berjaya pikat yang memandang.Tahniah!

linn_comel  on  09/08  at  01:15 PM

betul tu..kulit buku boleh menarik minat pembeli

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/08  at  06:18 PM

Buku terbaru saya, “Gerakan dan Tokoh Kiri” akan terbit tidak lama lagi dengan kulit warna merah. Warna merah itu atas kehendak saya. Tapi sekarang   saya tidak pasti sama ada warna merah itu akan dapat menarik pembeli atau menakutkan pembeli (?)

Ainon Mohd.  on  09/09  at  06:42 AM

Tuan Harat, geli hati saya membaca surat tuan kali ini. Kik kik kik….

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/09  at  09:28 AM

Puan Ainon,

Buku terbaru saya akan membicarakan seorang tokoh “bekas komunis”. Sebab itu kulitnya pakai warna merah. Penerbitnya, seorang yang berpengalaman dalam pengedaran dan penjualan buku, nampaknya setuju. Sebelum ini buku saya yang diterbitkan oleh Penerbit UKM (“Gerakan Kiri Melayu Dalam Perjuangan Kemerdekaan”) pun pakai warna merah juga. Nampaknya pembeli “tak kisah” (?)  tentang warna kulit buku itu.

Ainon Mohd.  on  09/09  at  09:53 PM

Tuan Harat,

Saya teringat pesanan Tuan Ibnurabi, beliau seorang merchandising manager rangkaian kedai buku terbesar, katanya, isu buku laku bukan isu utama, isunya adalah sudahkah buku itu dimaksimumkan lakunya.

Maksudnya lebih kurang begini: buku Tuan itu mungkin laku 2 ribu naskhah. Tetapi mungkin permintaan sebenar buku itu 10 ribu naskhah.

Ada banyak faktor mengapa sesuatu buku itu gagal dijual 10 ribu naskhah. Salah satu daripada faktor itu adalah kulit buku.

Sesetengah kulit buku, dan susun letak halamannya, membuat orang terus memikirkan buku itu buku ‘berat’ yakni susah dibaca.

Prinsipnya begini: Buku yang memang berat isinya sekalipun, mesti dipakejkan seolah-olah ia buku yang ringan dibaca! Baru orang berani membelinya.

Selepas dia beli, baru ada harapan buku itu dibaca. Kalau dia beli pun tidak, jangan cakap pasal mengapa dia tidak baca. Begitulah pentingnya isu kulit buku.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/09  at  11:36 PM

Puan Ainon,

Terima kasih atas penerangan anda.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/10  at  05:26 PM

Saya adalah pemilik kedai buku. Walaupun ribuan manusia akan mengatakan “don’t judge the book from the cover”, sebagai peniaga, saya tetap percaya kulit buku adalah salah satu faktor yang penting untuk “menjual”.

Buku-buku yang mempunyai ciri-ciri berikut akan diberi keutamaan oleh saya apabila mahu ‘display’ buku:
a) Penulisnya—sama ada penulis itu ‘besar’ atau ‘kecil’
b) Kulit buku itu menarik
c) Isi kandungannya relevan dengan masyarakat setempat dan keadaan semasa (Contoh: Bila musim Raya hampir menjelang, buku resipi kek/kuih dan jahitan akan diberi keutamaan disamping buku agama mengenai puasa)
d) Harganya yang berpatutan.

Bayangkan anda adalah penulis yang hebat, mempunyai cover yang canggih dan isi kandungan buku anda amat cemerlang…tentulah buku itu akan dipertontonkan di rak utama lebih lama dari buku-buku yang lain.

Saifuddin.
Kemaman.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: