Sunday, February 14, 2010

Kumpulan Utusan (Malaysia) Bhd. Beli Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

KUMPULAN Utusan (Malaysia) Bhd. telah membeli penerbit buku-buku bersilabus Arah Pendidikan Sdn Bhd (APSB), yang dimiliki oleh Tan Sri Rashid Hussain.

Modal berbayar APSB adalah RM250 ribu. Ia dijual kepada Kumpulan Utusan pada harga RM250 ribu juga, suatu penjualan yang dianggap tidak sepatutnya berlaku melainkan ada faktor-faktor yang negatif tentang APSB.

APSB adalah penerbit buku-buku yang ditargetkan untuk pasaran sekolah rendah dan menengah. APSB sudah menerbitkan 196 judul hasil penulisan 150 orang penulis.  Ia juga memiliki hak ekslusif bagi memasarkan buku-buku pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris terbitan Cambridge University Press bagi pasaran Malaysia.

Dengan pembelian APSB itu Kumpulan Utusan kini memiliki 2 buah anak syarikat yang bergiat dalam penerbitan, di samping Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pelesenan Siri Ini Sudah Dieksport ke Indonesia Previous entry: Setiap Bulan PTS Menerbitkan antara 10 hingga 14 Judul Sastera Kanak-Kanak dan Awal Remaja
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/24  at  07:12 PM

Salam…
Saya ingin bertanya dimana dan bagaimana saya ingin dapatkan buku Engineering Surveying terbitan Arah Publications memandangkan Kumpulan Utusan telah membeli syarikat tersebut.
Terima kasih

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: