Kutipan Booth PTS di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011
Puan Nur Hasnah Ibrahim (foto), Pengurus Jabatan Kewangan PTS melaporkan jumlah kutipan tunai daripada hasil jualan buku di dalam booth PTS sepanjang 10 hari Pesta Buku PBAKL 2011 adalah RM830 ribu.
Jumlah ini adalah RM200 ribu lebih tinggi daripada kutipan pada pesta PBAKL 2010.
Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan jumlah nilai jualan adalah:
(i) Jumlah judul baru yang banyak.
(ii) Judul-judul baru yang menepati kehendak pembeli buku.
(iii) Desain buku yang lebih tinggi mutu seninya.
(iv) Promosi viral yang dilakukan oleh staf PTS, karyawaan PTS dan para penyokong PTS dalam internet.
(v) Kerjasama daripada karyawan PTS yang menjalankan dengan bersungguh-sungguh pelbagai aktiviti promosi di dalam booth PTS.
(vi) Guru-guru sekolah yang datang membawa rombongan pelajar.
Sebenarnya buku-buku PTS juga dijual di booth-booth lain, iaitu booth agen-agen PTS. Sebagai contoh buku-buku PTS juga ada dijual di booth Kedai Pink AinMaisarah.
Jika diambil kira nilai jualan seluruh buku PTS pada pesta itu, dianggarkan jumlah kutipan boleh mencecah RM1 juta.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment