Kutipan Cek Kali Terakhir untuk PTS Sebelum Memulakan Tugas di ITNM
Tuan Nur Ikhram Hanafiah adalah eksekutif di jabatan jualan dan khidmat pelanggan PTS.
Beliau menjaga jualan buku-buku PTS kepada pengedar dan kedai-kedai buku di zon selatan, iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Singapura.
Minggu lalu beliau turun padang buat kali terakhir, kerana mulai 1 Februari 2010 beliau akan memulakan fasa baru dalam kerjayanya apabila dilantik sebagai pengurus pemasaran di Institut Terjamahan Negara Malaysia (ITNM).
Kami berdoa moga-moga beliau bertambah berjaya memasarkan dan menjual buku-buku Melayu di tempat baru.
Nota: Foto menunjukkan Tn. Ikhram memegang cek-cek dari agen dan kedai-kedai buku yang beliau kutip untuk PTS buat kali terakhir....
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Tahniah Tuan Ikhram, semoga Tuan lebih berjaya dan sentiasa ceria dalam mengejar cita-cita.
Shamsuddin Kadir
selamat maju jaya, tuan ikhram.
saya sempat mendekati tuan ikhram tatkala terserempak dengannya di Badan Cemerlang, JB dan MPH Mahkota Parade, Melaka.
Assalamualaikum..
Terima kasih Tuan Shamsuddin Kadir dan Tuan Zaidakhtar, segala tunjuk ajar dan nasihat serta buah fikiran Tuan berdua tersemat di hati saya, semoga bertemu kelak di luar sana dan semoga jalinan yang terbina kekal selamanya.
Post a comment