Lagi Buku Bulan Puasa

Aduuuh! Cantik-cantiknya cover buku-buku mulia ini!Beginilah wajah buku agama yang friendly. Judulnya pun seindah judul novel. "Tetamu yang Dirindui", "Takut tetapi Rindu".
Tuan Guru tentu senyum....
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamu’alaikum Puan Sifu.
1 - Muka hadapan (cover) buku Ramadan Tetamu Yang Dirindui. Kelihatan macam Kad Hari Raya.
2 - Mana satu ejaan yang betul. RAMADAN atau RAMADHAN ?
Terima Kasih.
.
“Ramadan” adalah ejaan Dewan Bahasa dan Pustaka.
——-
Ejaan mengikut Pendeta Za’ba bagaimana Puan?
.
Ramadhan.
Jadi, ejaan manakah yang lebih benar pada pandangan Puan? Bagaimana dengan ejaan ‘nikmat’?
.
Tuan Saifuddin,
Yang penting “sebutan” mesti betul, tidak kiralah ejaan huruf rumikah, huruf braille-kah, huruf Tamilkah, huruf Siamkah, Jepunkah, Cinakah… itu semua adalah huruf-huruf ciptaan manusia.
Orang buta mata (dia tidak nampak buruf), dan orang buta huruf pun (dia nampak tapi tidak kenal huruf), mereka boleh diajar menyebut bunyi-bunyi Arab dengan betul, sebab sebutan lain, ejaan lain.
Macam saya ini, apabila membaca huruf-huruf dalam kitab al-Quran (ejaannya sudah tentu betul), sebutan saya tidak betul, sebab dulu-dulu, semasa lidah saya masih lembut, saya tidak belajar tajwid (fonetik) Arab dengan betul. Tok Guru saya Jawa pekat, jadi sebutan beliau sebutan Arab ala-ala Jawa, jadi saya ikutlah sebutan Jawanya itu… ya tak ya, saya pun budak Jawa…
Puan,
Satu soalan umum..
Tajuk sesebuah buku itu ditentukan oleh penerbit sendiri atau dipersetujui juga oleh si penulis?
.
Tuan Saifuddin,
Dalam dokumen perjanjian penerbitan PTS, disebut dengan jelas hak menentukan judul buku adalah pada PTS.
Post a comment