Sunday, August 05, 2007

Lagi Cara Penerbit Menipu Kerajaan

Bagi saudara yang belum lama menceburkan diri dalam dunia penerbitan, barangkali saudara ingin belajar bagaimana penerbit boleh buat duit atas angin dengan menipu kerajaan.

Setiap tahun kerajaan mengeluarkan berjuta-juta ringgit bagi membeli buku. Dua buah kementerian yang paling banyak menerima bajet membeli buku adalah kementerian pendidikan, kementerian pelajaran dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Selain itu semua perbadanan perpustakaan negeri dan Jabatan Kamajuan Masyarakat (KEMAS) juga membeli buku yang bernilai berjuta ringgit.

Ada gosip tentang penerbit yang dapat kontrak membekalkan beribu naskhah buku bahasa Inggeris terbitan luar negeri, dengan nilai puluhan juta ringgit. Harga yang dikenakan kepada kementerian adalah harga buku impot, tetapi buku itu dicetak semula dalam negeri sahaja, dengan kualiti yang lebih rendah.

Ada penerbit yang menipu kerajaan dengan cara menukar sahaja judul buku dan kulit buku. Isi buku itu adalah isi lama. Ini terutamanya dilakukan oleh penerbit buku-buku cerita yang ditargetkan bagi projek perbelakan ke sekolah-sekolah. Justeru berjuta-juta wang rakyat dibelanjakan bagi membeli buku-buku lama yang kualitinya pun rendah.

Apabila penipuan itu terbongkar, nama penerbit itu disenaraikan-hitamkan. Tetapi penerbit itu membuka syarikat baru dengan nama baru!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Pengurusan Syarikat
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Baca Buku dalam HP Previous entry: Mengapa PTS Pilih Tuan Martias
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/07  at  04:32 PM

Ya Allah! Ingatkan orang jual buku ini semua baik-baik. Mengalahkan orang jual dadah jahatnya.

.

En. Mat Jan,

Sekarang ini, dalam dunia bisnes yang penuh sesak dengan perompak dan perampok duit rakyat ini… hendak hidup dengan menjadi bisnesman yang baik adalah susah. Saya kagum dengan orang-orang PTS yang kuat mempertahankan iman masing-masing! Bak kata Sdr. jOnOs… Tabik!
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/07  at  11:48 PM

Assalamualaikum,

Perniagaan buku impot yang bakal dibekalkan kepada kerajaan bukan ribuan ringgit taruhannya malah si kontraktor buku sebagai pembekal bisa mendapat projek melebihi satu juta dengan komisyen ratusan ribu ringgit amaunnya.

Sebagai contoh, projek pembekalan buku sains dan matematik dalam bahasa Inggeris yang diterima kontraktor sebaik-baik sahaja `pembunuhan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah` beberapa tahun lalu membabitkan 55 kontraktor dengan nilaian RM1.2 juta setiap syarikat.

Hampir kesemua buku berbahasa Inggeris yang diimpot dicetak di Singapura. Bagaimanapun segelintir kontraktor `yang cerdik` mengimpot buku tersenarai itu dari India kerana di sana harga lebih murah dengan kertas yang lebih rendah mutunya.

Maka, kontraktor `si cerdik` mendapat tambahan keuntungan berbanding yang `lurus` pun sudah mampu mendapat keuntungan bersih yang lumayan ia itu antara RM180,000 hingga RM240,000 seorang.

Jadi, kerajaan sepatutnya bimbang kaedah meningkatkan keuntungan kontraktor `si cerdik` akan ditiru pula oleh kontraktor lain sekiranya pihak berkuasa mengambil sikap `lepas tangan` sahaja.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/09  at  09:48 AM

Petik : “hendak hidup dengan menjadi bisnesman yang baik adalah susah.”

Komen saya : susah sebab yang baik sukar untuk diperolehi tetapi bernilai tinggi. Untuk mendapat lebih keuntungan seperti mereka yang menipu itu nampak sahaja senang tetapi jenuh tutup lubang sana tutup lubang sini.

Jerung berada di mana-mana.

Orang pejabat agama pun ada yang makan komisyen.

Kawan saya pernah berkata jika hendak mendapatkan untung 1 juta kerjanya pun mesti bernilai 1 juta. Cara halal atau haram tepuk dada tanya iman.

Kalau sanggup beri anak isteri minum timah cair di akhirat nanti teruskanlah menipu. Orang tidak akan tahu.

Yang tahu hanyalah ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: