Lagi Cerita Bagaimana BTP Ditipu Kontraktor MMK
Semasa di Pesta Buku Jakarta, kebetulan delegasi PTS menginap di hotel yang sama dengan beberapa kontraktor buku Malaysia, yang juga datang ke pesta itu.
Semasa sarapan, seorang kontraktor Bumiputra, dan juga penerbit ensiklopedia tempatan yang terkenal, telah bercerita bagaimana pada tahun 2007, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) "ditipu" oleh kontraktor syarikat MMK Sdn. Bhd.
Kontraktor MMK Sdn. Bhd. itu telah pergi ke India, dan membuat "deal" dengan sebuah penerbit ensiklopedia di sana. Penerbit India itu memberi CD salinan sebuah siri ensiklopedia umum.
Dengan CD itu di tangannya, MMK Sdn. Bhd. pulang ke Kuala Lumpur. CD itu cepat-cepat diserahkan kepada pegawai BTP. Menurut yang empunyai gosip, hanya dengan memegang-megang CD ensiklopedia itu si pegawai BTP itu bersetuju membeli 3 ribu set untuk projek pembelian 2007.
Barulah pemilik MMK Sdn. Bhd. itu mencetak ensiklopedia itu dan membekalkannya kepada BTP. Ia telah dicetak dengan tidak mendapatkan izin penerbit di India.
Hendak dijadikan cerita, penerbit India itu sudah dapat menghidu perbuatan jahat MMK Sdn. Bhd. lalu wakilnya tergesa-gesa datang ke Malaysia dan memberitahu pihak-pihak yang berkaitan di kementerian.
Apabila cerita itu sampai ke pengetahuan kementerian kewangan, pegawai di kementerian kewangan tidak mahu membayar lebih RM1 juta kepada MMK Sdn. Bhd. kerana 3 ribu set yang dibekalkan kepada BTP itu adalah buku cetakrompak.
Nota:
Di Malaysia ada 3 penerbit ensiklopedia Bumiputra yang terkenal, iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), penerbit Utusan (UP&D) dan penerbit E-media Sdn. Bhd. Namun BTP memilih ensiklopedia yang disusun di India, yang sudah tentu tidak mengandungi kandungan Malaysia, sebaliknya banyak kandungan India.
Masa Untuk Berubah
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum Sifu,
Ada berita terbaru mengenai Si Bongkok Tanjung Puteri.
Sila ke blog baru saya.
http://abdullatip.blogspot.com
Pak Latip, buat blog barukah?
Assalamualaikum..
Apabila rasuah sudah menjadi amalan hidup sebahagian daripada masyarakat kita, beginilah jadinya.
Ada seseorang itu, katanya dia hendak membanteras rasuah sebaik orang itu berada di tampuk pemerintahan. Tetapi….
Wassalam.
Post a comment