Tuesday, December 18, 2007

Lagi Cerita Tentang Buku Arab

Begitu banyak buku-buku agama karya cendekiawan Arab sudah diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia. Makin hari makin cepat penerbit Indonesia berlumba-lumba menterjemahkan buku-buku terbitan terbaru dari Mesir, Arab Saudi, Lubnan, Jordan dan lain-lain.

Boleh dikatakan semua buku-buku sebenarnya diterjemahkan secara cetak rompak sahaja. Buku-buku cetak rompak itu diimpot dan dipasarkan di Malaysia dengan banyaknya.

Macam-macam cerita yang kita dengar tentang buku-buku Arab. Beginilah yang banyak kita dengar daripada ustaz-ustaz Malaysia yang datang ke PTS dengan membawa terjemahan supaya diterjemahkan oleh PTS:

Apabila pegawai PTS bertanya apakah ustaz itu sudah mendapatkan lesen hak menterjemahkan karya itu, maka ustaz itu berkata buku itu ditulis oleh profesornya sewaktu dia belajar di Mesir. Profesor itu memberitahunya bahawa dia mewaqafkan ilmu dalam bukunya itu. Jadi, tidak perlulah meminta izin menterjemahkan bukunya lagi.

Bagi PTS, kita perlukan surat daripada profesor itu bagi mengesahkan bahawa bukunya itu boleh diterjemahkan oleh bekas anak muridnya itu, dan bahawa royalti tidak perlu dibayar kepadanya. Kalau surat itu ditulis dengan tangan sahaja pun tidak mengapa, asalkan ada, sebagai bukti bahawa PTS tidak terlibat dengan pelanggaran hakcipta (baca: mencuri harta intelek) pengarang, biarpun pengarang itu berada jauh dari Malaysia.

Cerita itu pun tidak habis di situ. Bagaimana jika hakcipta buku itu sudah diserahkan oleh si profesor kepada penerbitnya di Mesir sana. Kita perlu mendapatkan lesen hak menterjemah daripada penerbit itu, bukan daripada pengarangnya. 

Banyak ustaz merungut mengatakan PTS sangat cerewet, tidak macam penerbit-penerbit Mamak yang tidak banyak soal. Itu menyebabkan ustaz-ustaz di sini tidak suka menghantar karya mereka kepada PTS.

Bagi kita, di mana kita patut cerewet, kita memang cerewet!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Terjemahan
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Cara Mencipta Nama dan Harta Sebagai Penterjemah Previous entry: Buku Ini Dipesan 1092 Naskhah oleh PNM
Amiene Rev  on  12/18  at  02:33 AM

Tidak. PTS tidak cerewet. Mereka patut ingat kisah Kerana Sebiji Epal.

Saya juga mendoakan kejayaan para pelukis komik dan kartun di Malaysia supaya dapat memiliki hakcipta mereka daripada penerbit-penerbit mereka.

Kisah Encik Ujang sebelum ini cukup mengharukan. Saya masih ingat semasa zaman kanak-kanak saya pernah menghubungi beliau, dan selalu juga menelefon Gayour, Bawang dan lain-lain. Saya bertanyakan mengenai kartun animasi Usop Sontorian. Dahulu saya peminat setia Majalah Ujang. Boleh dikatakan agak fanatik juga. Apabila melihat iklan majalah itu di akhbar, saya ketawa gembira. Itu zaman kanak-kanak saya.

Namun, selepas mendengar kisah Ujang mengenai isu hakciptanya, saya tawar hati dengan majalah tersebut. Merenung majalah itu di pasaran, hati saya rasa sayu.

Soal hakcipta merupakan salah satu isu yang paling sensitif, menyinggung perasaan, menimbulkan rasa pemberontakan, dan kesusahan kepada pengkarya.

Sifu… halalkan segala ilmu yang saya telah dapat menerusi blog ini. Semoga dapat saya guna ilmu-ilmu ini ke arah kebaikan.

taqeyyabella  on  12/18  at  01:12 PM

Memang sebagai seorang muslim kita harus perhatikan masalah etika dan tentunya etika utama dalam dunia penerbitan adalah mengenai lesen penerbitan. Sebelum ini saya pun pernah berbincang-bincang dengan beberapa buah penerbit disini, ternyata untuk memperoleh lesen tidaklah begitu susah. Akan tetapi bagi penterjemah yang berstatuskan pelajar pastinya kesusahan dengan perkara itu, kerana biasanya mereka akan minta bayaran deposit sebelum terjemahan dibuat dan bakinya setelah buku itu siap diterbit. Pelajar tidak memiliki modal itu.

Akan tetapi saya juga pernah tanyakan mengapa ada buku yang diterbitkan oleh puluhan penerbit. Ternyata jawapan yang saya terima adalah ketika sang penulis telah meninggal lebih dari 50 tahun maka tiada lagi istilah lesen. Siapa saja berhak menerbitkannya. Wallahu a’lam..

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: