Sunday, March 23, 2008

Lagi Gosip Penyalahgunaan Kuasa di KPM: RM151 juta Buat Membeli Gajet LEGO

Gosip. Gosip. Gosip lagi...

Bukan baru hari ini sahaja mulut-mulut komuniti bisnes dan komuniti pendidikan berbuih-buih bercakap tentang pelbagai projek pembelian buku dan bukan-buku yang berlaku di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), yang dikatakan dibuat oleh orang politik dengan tidak dibincangkan terlebih dahulu dengan pakar-pakar pendidikan.

Satu lagi pembelian yang digosipkan itu adalah pembelian produk LEGO. Ya, syarikat pembuat permainan LEGO dari Denmark, negara yang dikaitkan dengan lukisan kartun menghina  Nabi Muhammad (bacalah salam untuk beliau, anggota keluarga beliau dan sahabat-sahabat beliau).

Produk LEGO itu adalah untuk digunakan oleh guru-guru bagi mengajarkan mata pelajaran rekacipta di semua sekolah menengah. Menurut yang empunya gosip, RM10 juta sudah dibayarkan kepada kontraktor pembekal pada 2007, manakala RM141 juta lagi akan dikeluarkan tahun 2008 ini.

Menurut gosip yang sedang merebak macam api belukar musim panas itu, baik peruntukan RM189 juta untuk membeli gajet F1 mahupun RM151 juta untuk membeli LEGO, kedua-dua kontrak itu dirundingkan terus (direct negotiation) antara kontraktor dengan menteri, tidak menggunakan sistem tender biasa.

Demikian juga dengan pemilihan produk yang dibeli, menterinya hanya mendengar nasihat daripada agen-agen dan salesman F1 dan LEGO, dengan tidak meminta nasihat pakar-pakar yang ada di kementerian. 

Gosip yang kita dengar mengatakan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) tidak pernah memasukkan kedua-dua produk itu dalam kurikulum rekacipta yang digubalnya, oleh itu PPK tidak mempunyai bajet untuk membeli gajet F1 dan LEGO, yang kedua-duanya bernilai RM340 juta. Malah pegawai-pegawai PPK tidak tahu menahu akan pembelian itu sehinggalah diberitahu oleh sumber dari pejabat menteri sendiri.

Nota: Sistem direct negotiation dibenarkan oleh kementerian kewangan bagi membolehkan kontrak diberikan terus kepada syarikat yang 100% dimiliki oleh Bumiputera (baca, UMNOputera). Sistem direct negotiation inilah yang membolehkan korupsi, nepotisme dan kronisme diamalkan dengan efektif.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mengapa Chairman PTS Serba Salah Previous entry: Kecoh-kecoh Keterlibatan Menteri dalam Projek F1
Ismail Mohamad  on  03/23  at  10:08 AM

Saudara Ahmad Rani, anda minat isu F1 ye! Masih lagi skop bidang Rekacipta ni.

Cuba tukar angin ke Projek mempertingkatkan makmal Rekacipta. Angin meniup, dua syarikat sama ada Nusa Seri Bumi S/B ataupun Warisan Nusa S/B akan dapat kontrak runding terus membekalkan barangan DEPCO (http://www.depcoinc.com/) dan ubahsuai 300 makmal Rekacipta.

Angin meniup anggaran harga satu makmal termasuk perbekalan ialah RM1.1M. Hebat! Hebat! Sikit atas daripada F1 in School Sdn. Bhd.

Saudara Ahmad Rani tolong ambil kalkulator! Fasa 2, mereka hendak bekalkan ke 1,700 sekolah menengah.

Isu ini penting sebab ada ‘broker’ projek cuba lobi dan jual projek ini. Jangan ada yang tertipu bayar ‘up-front’.

Rujukan: Warisan Nusa S/B yang pernah dapat kontrak Kementerian Pelajaran Malaysia.
(http://www.moe.gov.my/index3.php?fail=11&y=0&kategori=pekeliling)
Nusa Seri Bumi S/B, tidak dapat dicari rujukannya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/23  at  01:26 PM

Salam sejahtera,

Kontrak runding terus ini memang ‘common’ dalam pentadbiran BN. Ia berlaku dalam apa jua bidang ‘construction’, IT, bekalan ubat-ubatan, peralatan hospital, kontrak bersih hospital dan macam-macam lagi.

Banyak orang muda ‘join’ UMNO bukan untuk memperjuangkan bangsa Melayu, tetapi memperjuangkan poket sendiri. Khususnya bagi gerakan yang pegang Keris. Kebanyakan mereka hendak kaya cepat, mahu ‘drive’ BMW 7 series ataupun Mercedes SL 500, atau paling koman Mercedes Compressor CD 220.

Selepas itu mereka akan beli rumah banglo di tepi padang golf, masuk kelab-kelab ekslusif, dan bercanda-candaan di luar negara. Mereka shopping sakan di Paris, London dan New York.

Siapakah yang paling pening melainkan rakyat jelata dan jabatan kerajaan yang terpaksa menerima kontrak runding terus ini? Para pengurus dan pegawai bank tempatan!

Mereka terpaksa meluluskan pinjaman kepada ‘peminjam politik’ yang menurut ukuran piawan bank itu hendak buka ‘current account’  pun tidak layak!  Rekod kewangan mereka buruk! Hutang bertindan tidak bayar kepada supplier dan juga bank.

uRealitinya kebanyakan orang-orang yang berminat untuk masuk pasukan Keris Hang Tuah ini ialah mereka yang ingin cepat kaya dan bisnes telah kecundang dan hutang keliling pinggang. Langkah ‘desperado’ ialah masuk politik supaya boleh dapat ‘projek’, runding terus lagi.

Malang tidak berbau apabila kontrak berjaya dicapai, lupa pula hendak bayar subkontraktor ataupun pekerja sambilan lain yang bertungkus lumus menjayakannya. Sesetengah subkontraktor ini terpaksa pula menanggung hutang kredit kad berbulan-bulan untuk hidup kerana mengharap bayaran main kontraktor pemegang Keris Hang Tuah.

Jadi di manakah pembelaan ke atas orang-orang Melayu di sini? Terpaksa pula bayar ‘bunga’ dan beri pembiayaan tambahan kepada main kontraktor pemegang keris. Mereka dianiaya berkali-kali! Masih setia cium keris lagikah?

Merujuk hal di atas, apakah faedah yang didapati oleh anak-anak murid itu? Berapa peratuskah yang akan menjadi pencipta kereta? Apakah tidak ada kursus kreativiti atau aktiviti lain yang boleh dijalankan untuk meningkatkan daya pemikiran daya cipta anak-anak ini (tanpa pembaziran yang keterlaluan)?

Percayakah anda kepada si pemegang keris Hang Tuah ini? Anak-anaknya dan kebanyakan anak-anak menteri Pasukan Keris ini tidak pergi sekolah kerajaan. Mereka pergi Sekolah Sri Garden International School, dan macam-macam lagi.

Saya tanya sekali lagi: Siapakah tolong bayarkan duit sekolah anak-anak mereka, jawapannya duit komisen projek runding teruslah!

Kalau bagus sangat polisi Kementerian Pendidikan, kenapa mereka tidak hantar anak mereka ke sekolah kerajaan? Kenapa mereka tidak naik kereta keluaran Proton dan perjuangkan produk keluaran Malaysia?

Mereka ini ‘double standard’ dan ‘talam dua muka’, bukan pejuang negara! Cakap tidak serupa bikin, bikin rakyat ‘meluat’ dan pesan saya: Baik-baik pegang keris itu, jangan tertikam diri sendiri!

Sebagai ingatan, aktiviti korupsi ialah suatu aktiviti rompakan ekonomi yang amat besar implikasinya, dan ramai orang tidak menyedari atau tidak pernah memikirkan akibatnya ke atas sesebuah negara dan ekonominya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/23  at  11:13 PM

Biasalah pemuda parasit ni… dia kerja atas angin (rent seeking).

Yang teruk sub-con. Projek RM10 juta, RM5 juta masuk poket dia. Tinggal RM5 juta sahaja untuk tanggung semua kos projek. Kalau sub-con itu sub lagi projek, mahu tinggal RM3-4 juta sahaja untuk keseluruhan projek. Mana tak makmal komputer roboh!

Dengar khabarnya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ada peruntukan lebih RM40 billion dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

Saya tiada data bilangan murid-murid di sekolah rendah dan sekolah menengah. Andaikan ada dalam 1 juta murid di sekolah kebangsaan dan juga apa yang saudara Ismail sampaikan itu betul, RM 2.2bilion (RM1.1M x 2000 sekolah) akan dihabiskan untuk projek bekalan DEPCO.

Separuh yang boleh diselamatkan daripada parasit ini boleh dimanafaatkan untuk keperluan 1 juta murid-murid ini dengan peruntukan RM1,000 seorang setahun. Barulah boleh dipanggil pendidikan percuma.

johan  on  07/02  at  10:59 PM

Cuba ACA siasat ‘niece’ Dato Seri Hisham.

Dia yang dapat kontrak RM10 juta! Dan Ketua F1 in schools bukan Roy Cho (Sepatutnya, Ray Choo) tetapi saudara BK Tan!!!!!!Krony!!!!

Saya seorang pegawai di PPK….....

fuel pump replacement  on  08/28  at  09:03 PM

Demikian juga dengan pemilihan produk yang dibeli, menterinya hanya mendengar nasihat daripada agen-agen dan salesman F1 dan LEGO, dengan tidak meminta nasihat pakar-pakar yang ada di kementerian….fuel pump replacement

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: