Lagi-lagi DBP: Cara Kerja Bodoh Lagi Memperbodoh
Artikel ini menggesa supaya DBP membuat anjakan.
Kita menggesa supaya pegawai-pegawai kanan yang menguruskan kerja-kerja penerbitan buku di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diberi kuasa menilai, menolak ataupun meluluskan manuskrip-manuskrip yang dihantar oleh penulis, supaya proses penerbitan dapat disingkatkan.
Tidak masuk akal bahawa tidak ada sesiapa pegawai eksekutif DBP yang diberi tugas dan tanggungjawab itu.
Adalah tidak waras apabila ketua pengarah DBP, timbalan ketua pengarah, pengarah penerbitan, ketua bahagian dan ketua-ketua unit, tidak dibenarkan membuat kerja mudah itu.
Memang tidak patut apabila pegawai-pegawai tinggi dan kanan DBP, yang sudah lebih 25 tahun bertugas, masih dianggap tidak layak.
Tidak logik apabila pegawai-pegawai tinggi dan kanan itu dianggap tidak layak menilai buku kanak-kanak, remaja dan umum sekalipun!
Pada suatu masa, pengarah sasteranya (Dato' Dr. Anwar Ridwan) adalah tokoh sastera dan mempunyai ijazah PhD, tetapi beliau tetap tidak dibenarkan menilai dan menolak ataupun meluluskan manuskrip sastera.
Pada saat ini ketua pengarahnya, seorang sasterawan dan bekas profesor, beliau pun tidak dibenarkan menilai manuskrip dalam bidang kepakarannya sendiri.
Cara kerja DBP itu adalah dasar bodoh lagi memperbodoh pegawai-pegawai tinggi DBP yang dibayar gaji belasan ribu ringgit beserta segala macam perks.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Zaman DBP sudah berakhir. Kebanyakan media didapati meletakkan tanggungjawab memperkasakan bahasa kepada DBP. Mereka tidak sedar bahawa terdapat penerbit-penerbit lain selain DBP yang turut berjuang dalam aspek ini.
Tanpa disedari, terdapat beberapa penerbit baru sudah lahir dan berkembang jauh lebih pesat berbanding DBP.
Kelemahan DBP mungkin disebabkan perkara-perkara berikut:
1. Sistem pengedaran produk (buku)
2. Kekerapan promosi produk (buku)
3. Perundingan hakcipta dan penerbitan hakcipta penulis
4. Sasaran pasaran
5. Rekabentuk produk
6. Pembayaran royalti
7. Skop dan bidang tugas ahli dalam organisasi
8. Moto/rinsip perkhidmatan dan perundingan
Kemerosotan dan teguran yang dikirimkan kepada penerbit ini makin lama makin banyak kedengaran.
Sayang sekali, beginilah akhirnya sebuah penerbitan yang dianggap sebagai penggalas beban perjuangan bahasa.
DBP perlu sentiasa ditegur supaya berubah. Jika mereka tidak mahu berubah, maka watak DBP sebagai panglima pejuang bahasa bagaikan tidak wajar. Ada penerbit-penerbit lain yang lebih layak menjadi hero untuk memikul tanggungjawab tersebut.
Siapa penerbit-penerbit tersebut, tepuk dada, tanya usaha.
Petikan artikel dari Utusan:
“DEWAN Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan sebuah institusi yang ditanggungjawab penuh dalam memperkasakan bahasa, sastera, budaya, penerbitan dan bidang pendidikan di Malaysia.
“Kedudukan ini menjadikan ia cukup penting hingga cukup sinonim dengan bidang-bidang tersebut. Paling tidakpun melalui penggunaan buku teks untuk penggunaan di bangku sekolah.”
KOMEN: DBP sekadar nama, yang penting adalah perjuangannya.
“Tidak mungkin DBP hanya berpuas hati dengan program-program yang ada sebelum ini. Pencarian terhadap apa yang diperlukan oleh masyarakat dan negara perlu ditemukan segera sejajar dengan objektif penubuhannya.”
KOMEN: Sekiranya DBP sudah berpuas hati, bermaksud perjuangan DBP sudah pun ditamatkan.
“Seperti kata Noh, DBP, Malaysia dan dunia kini berada dalam 2008, sebuah ruang yang penuh polemik, dilema, perdebatan dan konflik, integrasi bahasa mahu pun kebudayaan.
Oleh itu, hanya kebijaksanaan dan kesediaan DBP untuk membuat anjakan sahaja yang mampu melonjakkan institusi tersebut sebagai medium memperkasakan bahasa, bangsa dan tanah air.”
KOMEN: DBP tidak akan berubah selagi orang-orang penting di dalam DBP tidak mahu berubah cara kerjanya.
KESIMPULAN: DBP sekadar satu nama. Yang berjuang adalah orang-orang di dalam organisasi DBP. Orang-orang ini sama ada boleh terus berjuang dalam organisasi DBP atau cari organisasi (penerbit) baru yang turut memperjuangkan bahasa.
DBP tidak dilihat sebagai hero, sebaliknya seorang gabenor tua atau watak sampingan dalam cerita memperjuangkan bahasa. Hero-heronya sekarang ialah? ___ dan ________.
Orang kata, siapa yang membawa pingat emas dari Olimpik, atau menang dalam Piala Dunia, yang itulah wira atau hero.
Maka siapa hero sekarang? DBP mungkin hero di dalam skrip, tetapi hero dalam dunia realiti ialah ____ dan _________.
Siapa yang membawa kejayaan dalam satu-satu bidang atau perjuangan, dialah hero, biarpun pada asalnya tidak ada niat untuk menjadi hero. Sesiapa yang memperjuangkan sesuatu, dan mencipta kejayaan paling besar, dialah yang secara automatik menjadi hero.
Melihat DBP sebagai tonggak terpenting (yang bermasalah) dalam memperjuangkan bahasa akan mengecilkan skop pejuang-pejuang bahasa. Bukankah ada penerbit-penerbit lain yang lebih berjaya dan lancar cara kerjanya?
Pejuang-pejuang bahasa perlu beralih kepada penerbit-penerbit ini sekiranya matlamatnya benar-benar untuk memperjuangkan bahasa.
DBP sekadar nama. Tidak ada kepentingan. Yang penting itu adalah orang yang memperjuangkannya. Bijak mencari saluran perjuangan, maka Bahasa Melayu akan terus berkembang dan suatu hari nanti kembal menjadi bahasa terpenting di dunia.
Salam SifuPTS
Ayuh kita bersama-sama membuat anjakan, bermula 8 Mac ini.
LAWAN TETAP LAWAN
zul4kulim.blogspot.com
Asalamualaikum, Puan Sifu.
Petikan daripada artikel pautan -
“DEWAN Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan sebuah institusi yang ditanggungjawab penuh dalam memperkasakan bahasa, sastera, budaya, penerbitan dan bidang pendidikan di Malaysia.”
Di sini tanggungjawabnya bukan satu, tapi lima - bahasa, sastera, budaya, penerbitan dan bidang pendidikan.
Mohon Puan terangkan tiga perkara:
1. Di manakah bidang kuasa DBP dalam negara kita, di bawah kelima-lima perkara tersebut;
2. Sejauh manakah bidang kuasa tersebut diberikan kepada DBP?
3. Mengikut pandangan Puan, bagaimana DBP boleh menjalankan tanggungjawabnya dengan berkesan dalam kelima-lima bidang sekali gus?
Didahului terima kasih.
Post a comment