Lagi lagi Meratap….
Sastera? Tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan penulisan di negara ini. Malah, tidak ramai orang Malaysia yang sudi membaca karya-karya berbahasa Melayu. Tulis Azman Ismail melaporkan ratapan....
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Saya masih teringat kata-kata Encik Arif, semasa kami berbual di booth PTS sempena Pesta Buku Antarabangsa 2007 yang lalu. “Orang Melayu sekarang sudah minat membeli dan membaca buku dan novel. Saya harap wartawan sedar perkara ini. Jangan asyik kata orang Melayu malas membaca…” begitulah lebih kurang kata-katanya.
.
Tuan Latip,
(1) Dalam artikelnya ini, En. Azman melaporkan ratapan para sasterawan pemenang SEA Write Award itu.
(2) Namun memang banyak wartawan masih melaporkan kononnya orang malas membaca, itu sebab buku Melayu tidak laku dan jualan akhbar Melayu merudum. Apabila wartawan menulis main agak-agak, tidak mencari maklumat daripada kedai-kedai buku ataupun penerbit, pembaca yang tidak tahu menahu main percaya sahaja perkara yang tidak benar itu.
Memang ada orang Melayu yang malas membaca, malah dalam apa bangsa pun ada kelompok yang malas membaca. Tetapi bagi mengatakan buku Melayu tidak laku sebab orang Melayu malas membaca, ini tidak benar. Banyak faktor menyebabkan ada buku-buku Melayu yang tidak laku, manakala ada pula buku-buku Melayu yang laku.
Hmm… nampaknya novel Tuan Latip laku keras, baru berapa bulan terbit, sudah diulangcetak, malah sudah dilesen oleh Jakarta.
——-
Rintihan berlaku di mana-mana sahaja. Semua orang merintih. Nelayan merintih. Petani merintih. Orang yang makan gaji merintih. Namun rintihan penulis dituliskan di akhbar dan majalah. Rintihan artis dirakamkan di lensa kamera dan diterbitkan di TV dan radio.
Rintihan rakyat marhean tiada siapa yang peduli hatta sudi mendengarnya. Ada lagi segolongan manusia yang lebih malang, mereka tidak dibenarkan merintih. Pelbagai akta dan peraturan diperkenalkan supaya jangan merintih.
Nah, para sasterawan patut bersyukur kerana masih boleh merintih dan rintihan tersebut laku untuk dicetak dan dibaca.
.
Bener, Pak! (angguk-angguk)
Apa lagi mereka itu merintih disebabkan mereka berasa diri dan karya-karya mereka masih belum cukup dibesar-besarkan, disanjung-sanjung, dijulang-julang, ditonjol-tonjolkan, dimulia-muliakan, dinobat-nobatkan, baik dalam negeri ataupun pada peringkat global.
Mereka mahu lebih banyak wang rakyat dibelanjakan bagi membesar-besarkan golongan sasterawan. Ini yang tidak sedapnya….
Gunakan wang rakyat itu bagi menerbitkan lebih banyak buku yang dapat memandaikan bangsa.
Ini cermin psikologi. Yang merintih itu wartawan. Suratkhabar Melayu semakin merudum edarannya. Bila orang semakin cerdik, dikurangkan baca akhbar, lebih baca buku.
Assalamualaikum,
Saya ingin memberikan sedikit respon keatas komen Sudara Latip yang berikut:
`Saya masih teringat kata-kata Encik Arif, semasa kami berbual di booth PTS sempena Pesta Buku Antarabangsa 2007 yang lalu. “Orang Melayu sekarang sudah minat membeli dan membaca buku dan novel. Saya harap wartawan sedar perkara ini. Jangan asyik kata orang Melayu malas membaca…” begitulah lebih kurang kata-katanya.`
Saudara Latip,
Kalau rajin membaca beberapa rencana dalam akhbar tempatan serta meneliti komen tokoh tertentu dalam media elektonik, kita akhirnya akan jadi `lali` dengan fakta atau statistik basi ini.
Bagi saya rencana yang disulami dengan fakta basi menunjukkan penulis itu malas membaca membuatkannya ketinggalan fakta terkini dan tulisannya itu boleh ditakrifkan sebagai menipu pembaca.
Atas sebab-sebab tersendiri saya tidaklah begitu terkejut jika tersua dengan fakta basi dalam media cetak hasil tulisan wartawan kita.
Namun, satu kejadian yang amat mengejutkan saya apabila mendengar seorang professor kanan dari Universitu Malaya membuat komen dalam Selamat Pagi Malaysia dengan fakta yang saya takrifkan bukan setakat basi malah `bertapai`.
Malah saya lebih terkedu lagi apabila mendengar komen seorang ahli agama ( ulama )di TV tidak lama dahulu yang memberikan fakta yang saya pasti `basi` mengenai penduduk Malaysia.
Sejak itu persepsi `kagum` saya kepada orang akademik mula terjejas dan membuatkan saya tidak akan menerima bulat-bulat pendapat mereka.
.
Urmm… (angguk-angguk)
Aaaa?... Universitu Malaya?
Post a comment