Sunday, June 10, 2007

Lagi-lagi Penerbit Tak Bayar Royalti

Kita banyak menerima maklumat ada sebuah penerbit novel cinta yang sedang naik namanya yang tidak membayar royalti. Penerbit ini penerbit baru tetapi sudah menerbitkan hampir 40 judul novel cinta.

Di sesetengah kedai buku novel-novel penerbit ini sudah mendapat rak sendiri.

Tiga orang penulis yang tidak puas hati telah pergi mencari alamat penerbit itu, dan akhirnya mereka berjumpa alamat yang tercetak dalam novel-novelnya. Alamat itu adalah alamat sebuah rumah murah yang disewa oleh sekumpulan gadis-gadis kilang.

Kita menasihati penulis-penulis muda supaya berhati-hati memilih penerbit. Tanya dahulu penulis-penulis lain yang lebih senior dan dapatkan maklumat tentang latar belakang sesebuah penerbit sebelum menyerahkan karya saudara.

Untuk info tambahan, tulis emel klik di sini.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Royalti
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tiru Motivator Ini! Previous entry: Apabila Orang Pandai Menulis Buku
abdul latip  on  06/12  at  10:47 AM

Assalamualaikum Sifu Puan Ainon

Dengan PTS, terbit sahaja buku atau novel dan masuk stor sahaja sudah boleh memohon pendahuluan hehehe
——-

jOnOs  on  06/12  at  11:10 AM

Assalamualaikum.

“Tiga orang penulis yang tidak puas hati telah pergi mencari alamat penerbit itu, dan akhirnya mereka berjumpa alamat yang tercetak dalam novel-novelnya. Alamat itu adalah alamat sebuah rumah murah yang disewa oleh sekumpulan gadis-gadis kilang.”

Adakah tiga penulis yang mencari alamat penerbit itu adalah penulis yang tidak menerima royalti itu? Jika benar, bagaimana mereka menandatangani sebarang urusan jika pejabat penerbit tidak diziarahi terlebih dahulu.

Emmm… Pak Belalang… oooiii Pak Belalang.

Mak Andeh oooii Mak Andeh!

Saifuddin  on  06/12  at  11:18 AM

Mereka tidak fikirkah api neraka yang menyala-nyala menunggu orang mengambil hak orang lain tanpa kebenaran? Ini sudah dikira mencuri atau merompak, dalam Islam mesti kena potong tangan jika sabit kesalahan. Aduh…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/12  at  11:38 AM

Rakan isteri saya turut terkena. Novelnya adalah bestseller selama 10 minggu di carta MPH. Rasanya sama penerbit dengan yang Puan Sifu maksudkan.

Kini beliau telah menerbitkan dengan penerbit lain.

Alhamdulilah saya telah diberi petunjuk untuk memilih PTS. Cara Puan Sifu yang tidak putus-putus menyebut Subhanaallah dalam bengkel adalah salah satu petunjuk bahawa kekayaan yang diperolehi oleh PTS adalah untuk dikongsi bersama.

Saya juga telah dimaklumkan tentang royalti saya yang pertama.

Syukur Alhamdulilah.

Alhamdulilah (SALAH) = Alhamdulillah (BETUL)

faizul  on  06/12  at  02:22 PM

Manusia jenis apakah ini yang sanggup ambil hak orang lain. Kenapa mereka ini sanggup buat macam ini. Kerana duit, sanggup masuk neraka. Tidak tahukah berdosa buat macam ini. Peliknya. Apa yang ada di dalam fikiran mereka ya. Tidak malukah? Peliknya.

Ejaan semua betul.

Saifuddin  on  06/12  at  04:09 PM

Sebab itu timbul satu pepatah Melayu+Arab, “al-Fulus fid Dunia, Wal Mampus fil Akhirah”. Apa komen Puan? smile

Kita perlu siasat apa penyebab penerbit itu tidak membayar royalti penulis. Perlu dengar cerita kedua-dua belah pihak.

Azree  on  06/12  at  05:07 PM

Kalau macam itu puan, pergi panggil TV3 buat siasatan. Hehe. Bosan tengok berita, asyik-asyik cerita bumbung bocor.

Hehehe! Saya setuju cadangan saudara itu, jadi kita menyeru penulis-penulis yang menjadi mangsa itu panggil wartawan TV.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: