Monday, January 22, 2007

Lagi-lagi Puisi Cinta Islami

Tuliskan puisi-puisi cinta Islami dengan tema:

Sakitnya hati apabila cintamu tidak berbalas!

Derita cemburu melihat dia bahagia dengan orang baru!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Puisi
(24) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ada Orang Mendengar Suara Kita Previous entry: Gol, Gincu... & Buku
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/22  at  12:16 PM

SAKITNYA DERITA

Bidadari..
adakah aku cemburu
membiar waktu berlalu
dengan mata menjeling padamu
sedang erat mendakap bahagia
bersama lelaki tidak kukenali

Oh, sakitnya menahan
segala panahan derita
yang tertusuk di hati
Kau..
aduh mengapakah dikau
sengaja berlalu
di hadapanku
dengan lelakimu
yang kaukutip entah di mana
dari sisa deritaku

Oh Tuhan!
Tunjuki daku
pada jalan-Mu
saat waktu derita ini
kuingin selalu dekat pada-Mu.

Yang daif,
Mya Marja
22 JANUARI 2007.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/22  at  12:29 PM

ADUH

ADUHADUHADUHADUHADUH
ADUH         ADUH        
ADUH   a     ADUH
ADUH   k     ADUH
ADUH   u     ADUH
ADUH   s     ADUH
ADUH   a     ADUH
ADUH   k     ADUH
ADUH   i     ADUH
ADUH   T     ADUH
ADUH         ADUH  
ADUHADUHADUHADUHADUH
      A
      D
      U
      H
ADUHADUHADUHADUHADUH

KS ILMAR
Januari 22, 2007

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/22  at  12:38 PM

Assalamualaikum,

Saudara KSI,
Tolong bantu saya, yang di atas itu genre puisi apa? Wah, teruja benar saya membacanya! Satu pengalaman linguistik yang tak tercapai akalku.. Ah, daifnya diri ini!

Web Sutera  on  01/22  at  12:41 PM

Ku hulur damai

Ku hulur salam di balik tirai
Madah dicipta mengharap cinta
Sayang salam ditiup taufan
Menjauh, jauh amat

Ahh, empunya diri
Sedar sungguh daif jiwa
Sang pencinta yang tiada apa
Hanya hati berdetap menagih

Salahkah aku gadis
Menghulur damai padamu
Secangkir kasih ku hulur
Setelapak rindu ku tebar

Tuhan leraikanlah resah ini
Inzinkan dua cinta bersemi
Hanya cintaMu kuharap
… dan cinta sesama insan

Web Sutera

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/22  at  12:43 PM

CEMBURU LAGI

BIDADARI AKU CEMBURU
AKU CEMBURU BIDADARI
BIDADARI AKU CEMBURU
AKU CEMBURU BIDADARI
BIDADARI AKU CEMBURU
AKU CEMBURU BIDADARI

OH TUHAN,
TOLONGI DAKU
YANG DERITA INI!

Yang daif,
Mya Marja
22 JANUARI 2007.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/22  at  12:55 PM

Saudara KSI,

Puisimu mengingatkan daku pada lukisan yang dibentuk berasaskan huruf-huruf rumi.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/22  at  01:15 PM

DISEMBER YANG BASAH

Pergilah segala rindu
yang tersekat dalam kalbu
biarku keringkan airmata
yang melimpah dalam jiwa

Terima kasih perempuan,
kerana menghadiahkan aku sengsara
Terima kasih, kerana memberiku derita.

Walau sedingin mana hatimu
Izinkan aku merindu
Kerana Disember ini
segalanya tidak lagi seperti dulu!

Kamal
Cyberjaya
22 Jan 07


SUNYI

Kupilih suatu pagi
Berjalan dalam sunyi
Lalu aku ingin sekali menari-nari
Di sebuah lorong sepi
Dalam hati tak henti
Membilang hari

Pergilah kau kenangan,
jangan hampiri sunyi ini!

Kamal
Cyberjaya
22 Jan 07

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/22  at  01:17 PM

Wah, tuan KSI! Saya terfikir-fikir, siapa lagi yang akan meneroka puisi eksperimen konsep tri-v (diasaskan oleh Pak AGI bukan?). Tidak sangka orangnya adalah tuan!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/22  at  01:31 PM

JODOH

Penglihatanku berkaca
hati derita jiwa meronta
melihatmu beriringan
menuju pelangi berukir
mahligai kilau cahaya

Di manakan ku cari
sinar bahagia
yang telah kau renggut
lalu kau bawa
bersama si dia

Airmataku tumpah
sebening kolam
penghibur lara jiwa

Namun cuma seketika jua
kerana rintik senja
telah mengocak sengsara
yang terpendam jauh
di dasarnya

Wahai jejakaku
biar daku diredah cemburu
biar retak hatiku seribu
berkasih setia
curang tiada
bilamana dikau
kupanggil suami

Kini dikau telah pergi
mengoyak igauan termetri
punah angananku
mencipta singgahsana impian

Terlorek sudah masa silam
kusimpan menjadi debu
pergilah
akan kutetapkan hati
bahawa jodoh..
di tangan Ilahi..

DUYUNG
22 Januari 2007

Puan Ainon Mohd.  on  01/22  at  01:32 PM

Sdr Mya Marja (yang daif),

Oh Tuhan!
Tunjuki daku
pada jalan-Mu
saat waktu derita ini
kuingin selalu dekat pada-Mu.

....Aaaa? Sudah derita baru ingat Dia! Hahaha!!!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/22  at  01:37 PM

Assalamualaikum,

Puan Ainon yang dihormati,

Begitulah lumrah manusia kadang-kadang perlu ditimpa musibah derita, baharu beroleh bahagia dek taubat nasuha. Baharu teringat daif hinanya diri. Saya fikir, bertuah dan beruntung juga insan yang derita ini…
Terima kasih.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/22  at  02:16 PM

SEMBUNYI CINTA

Runtunan hati yang walang
cintanya di buru orang
teman sekerja, kawan ketawa
Aku, sekadar sahabat menyapa

Tiap malam kita bercerita
Terselit kisah kamu yang selalu ada
insan-insan ingin hampiri
mengetuk pintu hati
rapat mendekati

Hujung cerita tawa kecil kamu meningkah
bukan sebarang mudah melafaz madah
menyerah
dan pasrah

Ku lihat hatimu gagah
Menangkis, menolak sebarang janji dan ungkapan terindah
andainya yang menyapa sekadar cuma

Oh, itukah aku?

Bagi kamu, aku seorang sahabat
Tidak lebih arasnya itu
Maka aku tewas

Aku adu lukaku pada Tuhan
Moga masa menjadi ubat mujarab
Mencuci kesakitan ini
Dan sembuh
Aku pula terus waras
Bisa terusan menjadi sahabat kamu
Selamanya…

Dan dapat memendam
Sesuatu yang ku sebut
CINTA

Web Sutera  on  01/22  at  03:18 PM

Puisi untuk perempuan

Bersahabat denganmu, perempuan
Seperti mandi di sungai jernih
Setiap kali kumenyelam
Tidak puas tubuhku dibasahi
Tanpa jemu dan ragu
Tanpa racun berbisa

Berkelana denganmu, perempuan
Laksana sibuta mendapat tongkat
Penunjuk jalan peneman derap
Tanpa resah menghimpit diri
Ibarat payung penaung dikala panas

Berkasih denganmu, perempuan
Ibarat meniti hutan belantara
Kembara yang sukar payah
Sentiasa sesat tidak kesampaian
Ibarat telusuri jalan licin
Asyik tergelincir kaki terseliuh
Mengapa, perempuan?

Web Sutera

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/22  at  03:40 PM

WARKAH UNTUK KEKASIH

Kekasih
terima kasih kerana mengingatkan aku
pada dingin jernih alir kasih-Nya
yang tidak henti
sejuk segar sepanjang zaman
menjadikan diri teguh pedoman

Mengingatimu jua kekasih
memberikan aku seribu kekuatan
kerana zikirmu kekasih
terus bergetaran
bersama butir bicara sang hamba
mengabdi kasih pada-Nya

Kekasih
walau itu hanya kenangan
kerana dirimu kian menjauh
namun bisik rindu yang kaulafaz
tetap segar memberi kekuatan

walau di hati dirobek duka
mengenang dirimu dimilik orang.

Yang daif,
Mya Marja
22 JANUARI 2007.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/22  at  05:36 PM

Puan Sifu dan Sahabat: Daku jadi gelisah dan berperang di dalam diri. Kutahu silap berkata, banyak yang berasa. Namun berdiam kukira lebih berdosa. Bukan niat menggurui namun sekadar sama berkongsi. Jika daku salah, juga bimbingilah daku.

Maaf, Sdr Web Sutera:
ini kata puisimu: “..Bersahabat denganmu, perempuan/
Seperti mandi di sungai jernih/Setiap kali kumenyelam/
Tidak puas tubuhku dibasahi/Tanpa jemu dan ragu….”

Aduh. Diumpamakan bersahabat dengan perempuan seperti mandi di sungai jernih, lalu tak puas menyelam, rasa tidak puas tubuhku dibasahi. Ah, tolong tukarkan perbandingan itu. Kok erotis, duh.

Bantulah daku. Siapa yang bisa membantu bercerita mengenai teori psikoanalisis dan libidonya Freud di sini? Wah, lihat dulu itu imej dan perlambang libido: sungai, basah, jernih, tongkat, payung…

Bisa dielak bau erotisnya jika digunakan dengan konteks dan perbandingan yang lebih jelas dan tepat.

Bawah sedarmu sebenarnya mahu menyebut apa? Ingat sahabat dan saudara, menulis puisi itu panggilan dari dalam. Tolong jernihi dulu yang di bawah sedar dan di dalam itu.

Maaf, daku sekadar sama mengingatkan dan jangan kau marahi daku kerana terlalu berterus terang

Tentang Puisi ADUH: Benar, daku berniat menyatakan rasa di hati melalui puisi yang bersifat konkrit. Ya, bergabung aksara dengan seni visual. Namun kerana rasa itu tidak benar-benar tulus, dia tidak lahir semulusnya. Yang daku niatkan grafiknya adalah lain, namun bila kusent ke box, direjectnya menjadi sebegitu.

Jadi nah terbukti. Mesin dan teknologi juga bisa mengerti dan mengesani apa yang cuba kuucap itu tulus mahupun tidak.

Nah, itu eksperimenku dengan rasa dan teknologi.

Ah. mbak Sifu.Gimana sih? Apa box ini juga dilengkapi pengesan ketulusan hati penyair?

KSI
Januari 22, 2007

Web Sutera  on  01/22  at  05:55 PM

Sdr KSI,

Akan ku perbetulkan. Maaf, tidak terniat menggunakan bahasa erotis. Sedang belajar sebenarnya, lagi…

Web Sutera  on  01/22  at  06:03 PM

Nyata benar
dangkalnya aku
ingin berpuisi
sayang lidah tersasul
jari tersadung

Maafkan aku teman
demi Tuhan
tiada terniat mengguris
hamba ingin mengaji lagi
dan terus berguru

Betulkan daku teman
bimbinglah aku rakan
aku sekadar mencari
ingin benar bermadah indah
rupa tiada
bahasa kurang
Allah Maha Tahu niat hatiku

</i></b>Web Sutera</b></i>

Web Sutera  on  01/22  at  06:17 PM

Maafkan aku sahabat…

KeranaMu Tuhan

KeranaMu Tuhan, ku kehilangan teman
KeranaMu Tuhan, ku keseorangan
Pasrah hatiku menerima takdirMu
Kerana Engkaulah Pengatur segala

Alpanya hati lantaran teman
Lenanya jiwa dek kerana teman
Hati, jiwa, roh terlupa pada janji
Tatkala mula asal kejadian diri

Tuhan, ku pasrah dan sujut padaMu
Dinihari pagi ku bangkit bermunajat
Bertasbih memujiMu Tuhan
SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakhbar

Teman, ingatlah ke mana jua arah kita
Tuhan tetap setia di sisi
Yang lupa adalah kita hamba
Tuhan di mana kita meminta, di situ Dia menunggu

Sungguh gembira diriMu Tuhan
Terhadap hamba yang mengharap KurniaMu
Selangkah aku kepadaMu
Seribu langkah Kau kepadaku

Kudambakan diri kepadaMu Tuhan
Redhalah aku dalam dakapanMu Tuhan
Terimalah taubatku Tuhan
Tuhan, Engkau Maha Pengasih, RahmatMu Amat Luas

Dalam gundah ku sujut padaMu
Dalam resah ku berdoa padaMu
Dalam syahdu ku bermunajat padaMu
Ampunlah dosaku ya Tuhan

Web Sutera

Web Sutera  on  01/22  at  06:38 PM

Ingin mencuit langit
mustahil akan sampai;
ingin menggapai awan
harus ke gunung tinggi
takkan termampu;
ingin mencapai cinta agung
... bersama Tuhan
aku pasrah
aku redha

Web Sutera

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/23  at  11:41 AM

Terimalah sajak daripada seorang pelajar jurusan kejuruteraan. Kalau bahasanya keras, tolong dilembutkan.


Iz

Menenemuimu hari itu
di balik jeriji kata
bersih wajahmu di mataku
seakan bisikan suara tersimpan
maju bersama cinta

Memahamimu hari itu
menjadikan juga derita
membisik cinta hanya dengan mata
seakan pandangan merentang nikmah seluas cahaya
ingin melakar cinta di pintu syurga

Kupamerkan cinta
dari renda bertenun sutera
dan kuminum untukmu syarbat mulia
tapi yang kaupilih
untuk memintal jalinan rahsia
dan bibir terketar tanpa kata

Tatkala ini
masih bersinar permata hati
lantas terukir cinta pada kilauan batini
mabuk dalam zikir rabbi


Azree
Taman Ilmu dan Budi


2)
Kekasih

Sambutlah nyanyi batini
bukan dalam ouisi jua gurindam
atau oada syair dan seloka
tapi pada ratib Ilahi

Sambutlah kekasih seruan ukhrawi
di balik pintalan cinta abadi
menghembus resah paluan duniawi
jangan seru nafsu dikotori
lantas menghasut jahil rohani

Sambutlah kekasih pada jalinan abadi
agar terikat cinta suci
sehingga mati


Azree
Taman Ilmu dan Budi


3)
Dia…

Seorang pemancing cinta
di atas kolek lompang
dalam mabuk kalbu
dan cinta terus mengalir sederas air

Tapi kailnya tidak mengena
mana-mana hati
mungkin umpannya hanya budi
atau mata kailnya tajam
menakutkan nurani

Biar apapun yang terjadi
yang pasti dia terus
sabar memancing cinta
biar datang seribu derita


Azree
Taman Ilmu dan Budi

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/23  at  11:41 AM

Terimalah sajak daripada seorang pelajar jurusan kejuruteraan. Kalau bahasanya keras, tolong dilembutkan.


Iz

Menenemuimu hari itu
di balik jeriji kata
bersih wajahmu di mataku
seakan bisikan suara tersimpan
maju bersama cinta

Memahamimu hari itu
menjadikan juga derita
membisik cinta hanya dengan mata
seakan pandangan merentang nikmah seluas cahaya
ingin melakar cinta di pintu syurga

Kupamerkan cinta
dari renda bertenun sutera
dan kuminum untukmu syarbat mulia
tapi yang kaupilih
untuk memintal jalinan rahsia
dan bibir terketar tanpa kata

Tatkala ini
masih bersinar permata hati
lantas terukir cinta pada kilauan batini
mabuk dalam zikir rabbi


Azree
Taman Ilmu dan Budi


2)
Kekasih

Sambutlah nyanyi batini
bukan dalam puisi jua gurindam
atau pada syair dan seloka
tapi pada ratib Ilahi

Sambutlah kekasih seruan ukhrawi
di balik pintalan cinta abadi
menghembus resah paluan duniawi
jangan seru nafsu dikotori
lantas menghasut jahil rohani

Sambutlah kekasih pada jalinan abadi
agar terikat cinta suci
sehingga mati


Azree
Taman Ilmu dan Budi


3)
Dia…

Seorang pemancing cinta
di atas kolek lompang
dalam mabuk kalbu
dan cinta terus mengalir sederas air

Tapi kailnya tidak mengena
mana-mana hati
mungkin umpannya hanya budi
atau mata kailnya tajam
menakutkan nurani

Biar apapun yang terjadi
yang pasti dia terus
sabar memancing cinta
biar datang seribu derita


Azree
Taman Ilmu dan Budi

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/23  at  11:44 AM

Alamak! Minta maaf. Terhantar dua kali pula. Tolong padamkan mesej yang pertama itu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/23  at  03:45 PM

Pedang Sepi…

Pedang itu kesepian
Mencari sarungnya yg tak pasti
Mencari riuh rendah diri
Untuk hilangkan sepi

Sarung itu mengecil diri
Mengerut hati yg keliru
Sarung itu hilang lagi
Kerana keliru adakah pedang itu
Hakiki sejati
Kerana pedang itu sepi

Mencari sutera yg kukuh
dihati
membalut tajam
pedang yg sepi
Pedang itu sepi lagi
Hanya ada Azali di hati
Pedang sepi lagi
Menunggu sarungnya takkan kembali…

Pedang itu selalu sepi
Mencari hati yg pasti
Teguh mencari sarung kembali
Walau ia takkan kembali…

Pedang itu memang sepi…

kawakib duriyah
“hidup biar berbakti walau dibenci”

qhucay  on  05/22  at  10:08 AM

keren puisinya

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: