Lagi-lagi Tsun Tze lawan Muhammad bin Abdullah
Dalam bukunya 'Seni Perang' Tsun Tze mengajarkan bahawa langkah pertama dalam peperangan adalah 'kenali benar-benar siapa musuh saudara, pelajari di mana kekuatan dan kelemahannya'.
Di manakah salahnya, dan apakah bahayanya, apabila kita menggunakan ajaran Tsun Tze ini dalam perniagaan?
Mengenali siapa musuh saudara sama sekali bukan jaminan syarikat saudara boleh membesar.
Katakanlah saudara hendak menjual kopi instan dengan brand 'Kangcafe', lalu saudara pun menjalankan kajian bagi memahami di mana kekuatan dan kelamahan musuh-musuh kopi saudara yang bernama Nescafe dan Alicafe. Pengetahuan itu tidak menjamin Kangcafe dapat bersaing dengan Alicafe, itu belum lagi disebut bagaimana saudara hendak mengalahkan Nescafe.
Apabila fokus otak kita adalah bagaimana hendak mengalahkan 'musuh-musuh' kita, ini boleh menyebabkan kita lupa mempelajari siapa 'pelanggan' kita.
Nabi Muhammad berniaga dengan memberikan fokus kepada pelanggan, bukannya kepada 'musuh', yakni pesaing.
Justeru banyak ajaran NM menerangkan dengan amat terperinci dan tepat jenis-jenis jual-beli yang tidak sah dan 'haram' hukumnya disebabkan proses jual-beli itu dijalankan dengan cara-cara yang menganiayai pelanggan.
Berniaga cara NM adalah berniaga dengan mendahulukan kebajikan dan kesejahteraan pelanggan, bukan berniaga dengan memerangi pesaing-pesaing kita. Apabila pelanggan puas hati, duit datang sendiri....
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Ermm saya sokong kenyataan Puan. Saya pun ada kata, seni niaga Islam (juga seni perang Islam) itu yang terbaik untuk kita semua, tiada riba umpamanya, tidak menindas pihak lain (kawan ataupun lawan).
——-
Hari ini saya benar-benar bertemu seorang guru yang pakar dalam bidang yang saya teramat impikan. Iaitu bagaimana Nabi Muhammad S.A.W berniaga…. Harap terus menyumbangkan ilmu berkenaan NM.
Ada nasihat oleh orang yang kaya, kalau mahu buat duit dan berniaga untuk - jangan musnahkan orang lain, sebaliknya ikuti nasihat ini -
“kalau mahu duit, bantu orang lain buat duit”
Orang suka kepada orang yang membantu mereka membuat duit.
Hari ini saja kita sudah mendapat 4 ilmu perniagaan Nabi Muhammad daripada 4 entri.
Kepada semua, harap sabar ya… InsyaAllah tidak lama lagi akan ada buku RAHSIA BISNES MUHAMMAD, karya Canselor Universiti PTS.
Sudah ramai yang menunggu.
Sesiapa yang hendak memesan ataupun mengedarkan Kangcafe, sila hubungi saya segera.
Konsep memusnah pesaing dalam perniagaan sudah tidak perlu lagi. Kita perlu ketengahkan konsep baru iaitu berkerjasama dengan pesaing dalam sesetengah hal, dalam sesetengah hal pula kita bersaing ...kan lebih cocok dengan ajaran Islam..??
Post a comment