Lagi Laporan dari MPH Alamanda
MPH adalah rakan niaga PTS yang kedua terbesar selepas POPULAR.
Selama bulan April 2008, sebanyak 1852 buku-buku sastera remaja PTS terjual di outlet MPH Alamanda.
Buku umum bacaan dewasa terjual sebanyak 845 unit, manakala buku-buku profesional terjual sebanyak 194 unit.
Jumlah jualan buku-buku PTS adalah 2891 unit.
Setiap bulan purata nilai sebelum diskaun buku-buku PTS yang dibekalkan kepada MPH Alamanda adalah lebih RM50 ribu.
Trend jualan buku-buku PTS di MPH Putrajaya menunjukkan peningkatan. Ini bukan disebabkan jumlah penduduk Putrajaya yang bertambah dengan banyaknya ataupun jumlah pembeli buku bertambah setiap bulan.
Peningkatan jualan itu adalah disebabkan pembeli yang sama membeli lebih banyak buku. Ia berlaku didorong terutamanya oleh banyaknya judul-judul baru yang diterbitkan setiap bulan oleh PTS.
Jadi, kalau dulu pembeli membeli 1 buku sebulan, sekarang dia mungkin membeli 2 ataupun 3 buku sebulan.
Trend peningkatan jualan buku-buku PTS berlaku di semua kedai buku, bukan hanya di MPH sahaja.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment