Lagi Maklumat Tentang Pasaran Novel Cinta
Kajian yang kita jalankan dengan bertanyakan kepada kedai buku serta pengedar novel-novel cinta, didapati, kecuali beberapa judul, hayat novel cinta adalah amat singkat, iaitu paling lama 6 bulan sahaja.
Selepas 6 bulan, jualan judul itu jatuh, dan kedai akan memulangkan "return copies" kepada pengedar.
Pada masa ini setiap bulan sekitar 15 - 20 judul baru novel cinta diterbitkan, dengan purata 200 judul baru setahun. Ini adalah jumlah yang amat besar. Ini juga bermakna persiangan sesama novel cinta adalah amat sengit.
Menurut sebuah pengedar novel yang terkenal, volume jualan novel-novel terbitan ALAF21 dan Creative sudah sama banyak dengan jualan novel-novel cinta dari penerbit-penerbit indie.
PTS melakukan kajian tentang pasaran novel cinta kerana ia sudah mula memasuki pasaran novel dengan memperkenalkan novel-novel Islami. Maksud "novel Islami" adalah novel yang isinya mematuhi undang-undang halal-haram dalam Islam.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Kalau novel tidak termasuk dalam ciri-ciri novel Islami PTS.Maka tiada peluang untuk diterbitkan dengan PTS.Betul ke?
——-
Puan,
Dakwaan yang mengatakan novel terbitan ALAF21 dan Creative Enterprise dudah disaingi oleh novel cinta penerbit indie mungkin ada kebenarannya.
Saya sempat singgah di sebuah kedai itu di Terminal One, Seremban kelmarin dan mendapati buku-buku yang dimaksudkan itu sememangnya sudah banyak.
Agak sayang, saya langsung tidak menemui buku PTS dalam kedai berkenaan.
Namun, saya membeli buku motivasi terbitan PTS di kedai buku mega yang terletak dua tingkat di atas kedai buku indie itu.
Indie itu apa? Orang sini tidak faham ayat orang sana.
Indie=independent
Post a comment