Lagi Sokongan PTS Menjadi ‘Penerbit Malaysia’
Assalamualaikum W.B.T.
Kepada guru yang saya hormati, Pn. Ainon.
Semoga Puan sentiasa dirahmati Allah S.W.T dan sihat sejahtera. Dengan ikhlas di hati, saya menyokong PTS menjadi Badan Penerbit Malaysia yang menghasilkan produk pelbagai bahasa. Pada masa yang sama, Islam kekal menjadi teras PTS yang ulung dan Bahasa Melayu menjadi bahasa teraju PTS.
Islam merangkumi seluruh bangsa dan bahasa. Bahasa Arab Rasmi (Bahasa Arab Tinggi) adalah bahasa agama Islam dan bahasa Melayu adalah bahasa bangsa. Dengan berlandaskan Islam, PTS harus mencontohi konsep dan model Islam itu sendiri di mana Islam merangkumi seluruh bangsa dan bahasa. Sebagai contoh bangsa Arab. Bangsa Arab sangat berbangga dengan bahasa mereka. Nabi Muhammad S.A.W sendiri berasa bangga dengan bahasa Arab di kalangan bangsanya dengan sabdanya, “Aku adalah sefasih-fasih berbahasa Arab di kalangan bangsa Arab seluruhnya”. Beliau juga memuji sahabat-sahabatnya yang memertabatkan bahasa Arab di kalangan bangsa Arab seperti bersyair, bersajak dan sebagainya. Sastera Islam dan Arab banyak membuktikan bahawa Islam dan bangsa tidak dapat dipisahkan.
PTS boleh memulakan langkah dengan menerbitkan produk bahasa dari pelbagai kaum di Malaysia dan kemudiannya, antarabangsa.
Saya ingin mengambil contoh penterjemahan. Selama ini, PTS banyak menterjemah bahasa asing ke B.Melayu, mengapa tidak lebih banyak produk bahasa Melayu diterjemahkan pula ke bahasa asing dan dijual ke peringkat antarabangsa seperti di Timur tengah. Baru-baru ini, Kementerian Pelancongan Arab Saudi menggalakkan rakyatnya mengenali bangsa dan sastera Melayu. Saya dijemput untuk menulis artikel di akhbar mereka bagi menerangkan sastera Melayu. Di sini, kita dapat lihat peluang untuk kita tonjolkan bangsa dan sastera kita kepada dunia luar melalui penulisan dan terjemahan.
Sekali lagi, saya menyatakan sokongan agar PTS menjadi Penerbit Malaysia. Islam tidak terbatas kepada sesuatu bangsa dan bahasa sahaja tetapi meliputi seluruhnya dan pelbagaian. Islam menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa agama dan bahasa bangsa sebagai pedukungnya. Pegang konsep Islam tersebut.
Terima kasih.
Ainol Kusyairi.
myezwriter.com
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment