Lagi Tentang Tsun Tze: Proses Apprenticeship Muhammad bin Abdullah
Guru-guru pengurusan perniagaan di Amerika menggesa orang bisnes membaca kitab Tsun Tze "Seni Berperang" dengan alasan persaingan dalam dunia bisnes adalah semacam perang juga, dan perang bisnes serupa dengan perang bersenjata. Justeru guru-guru itu yakin, strategi dan taktik perang senjata patut digunakan dalam perang bisnes.
Nabi Muhammad SAW (NM) mula belajar ilmu perdagangan (trading) sebagai perantis pada usia 12 tahun sehingga usia beliau sekitar 22-24 tahun, yakni beliau menjadi perantis selama sekitar 10-12 tahun.
Selepas tempoh perantisan itu barulah beliau menjadi trader sendiri, yakni tidak lagi menjadi perantis di bawah asuhan mentor beliau, Abu Talib. Sebaliknya beliau mengambil barang secara consignment dan dengan tanpa-cagaran, daripada pembekal, yakni Pemodal Khadijah.
Sepanjang tempoh beliau menjadi perantis, NM tidak diajar oleh mentornya ilmu seni perang dan bagaimana menggunakan seni perang dalam aktiviti perniagaan.
Apabila semua barangan yang dibawa NM sudah habis terjual, beliau segera pulang ke Mekah. Sampai sahaja di Mekah beliau terus pergi ke 'pejabat' kreditor-pembekalnya, dan melaporkan hasil perdagangannya dengan tepat.
Berdasarkan laporan tepat itu kreditor-pembekalnya menentukan jumlah profit-sharing yang layak diperkongsikan antara kedua belah pihak.
Jadi, kita lihat bagaimana NM tidak 'withhold' langsung duit keuntungan yang diperolehinya itu, sebaliknya duit itu terus diserahkan kepada kreditor-pembekalnya.
Bandingkan teknik bagaimana NM berniaga dengan tip-tip bisnes yang diajarkan oleh penceramah kursus usahawan hari ini.
Penceramah-penceramah itu mengajar calon-calon usahawan supaya "kutip hutang dari agen cepat-cepat, tetapi bayar hutang pembekal biar lambat-lambat...
Alasannya, buat apa bayar hutang pembekal cepat-cepat? Gunakan duit orang itu buat besarkan modal bisnes, pusingkan duit itu, sudah maksimum, baru serahkan duit itu bagi membayar hutang pembekal.
Kata penceramah-penceramah itu, kalau berniaga dengan menggunakan duit bank, kita kena bayar faedah bank, kalau kita menggunakan duit hutang pembekal, kita tidak kena apa-apa faedah. Makin lama kita dapat menangguhkan tempoh membayar hutang pembekal, makin kita pandai berniaga!
Begitulah bunyi antara tip-tip yang diajarkan kepada calon-calon usahawan yang datang berkursus. Jadi kita lihat, banyaknya kontraktor Bumiputera, apabila mereka dapat cek bayaran dari kerajaan, mereka tidak terus bayar hutang Cina-Cina yang menjadi pembekal bahan-bahan binaannya. Kononnya mereka hendak 'pusing' duit itu dulu....
Tetapi Nabi Muhammad lain. Selesai berdagang, beliau terus balik ke Mekah dan menyerahkan duit modal yang diambil daripada kreditor-pembekalnya. Satu malam pun duit itu tidak disimpannya.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Sebuah buku lagi yang menggerunkan saya ialah 48 Laws of Power, meskipun tip-tip diambil daripada sejarah orang yang berpengaruh, pendekatannya kalau tidak disaring dengan pendekatan gaya Islami menjadikan pembaca seorang yang sangat individualistik dan diktator.
——-
Puan SifuPTS,
Saya pernah menyentuh sedikit perkara ini dalam sebuah cerpen, http://dotkomania.blogspot.com/2006/10/mba.html
Memang menarik ulasan puan, sesuatu yang memberi inspirasi baru.
Terima kasih!
Post a comment