Friday, December 22, 2006

Lain Kedai, Lain Buku

Seorang penulis menggerutu disebabkan bukunya tidak dipamerkan di semua cawangan sebuah rangkaian kedai buku elit, sebaliknya hanya di dua buah cawangan sahaja.

Kedai buku memilih judul-judul yang sesuai dengan majoriti kaum yang tinggal di kawasan sekitar kedai buku itu.

Justeru, cawangan yang terletak di tengah-tengah kawasan perumahan Melayu tentu mempamerkan banyak judul-judul Melayu. Manakala judul-judul Melayu tidak dipamerkan di dalam kedai cawangan yang terletak di kawasan perumahan Cina.

Bagi kedai-kedai buku yang terletak dalam kompleks pejabat ataupun pusat membeli-belah, mereka juga akan tengok komposisi ras yang banyak lalu-lalang di depan kedai itu.

Sesetengah kompleks membeli-belah lebih popular dengan pengunjung Cina, manakala sesetengahnya popular dengan pengunjung Melayu.

Sesetengah judul hanya dibeli oleh golongan profesional, oleh itu hanya cawangan utama dan besar sahaja yang berani mempamerkan buku-buku jenis itu.

Inilah antara beberapa faktor yang menjadi panduan para pengurus kedai buku memilih judul-judul yang hendak dipamerkan di dalam kedainya.

Disebabkan buku-buku PTS adalah dalam Bahasa Melayu sahaja, maka tidak hairanlah judul-judul PTS mudah diperolehi di kedai-kedai kawasan Melayu.

Sesetengah buku PTS adalah jenis yang hanya dapat dijual di kedai-kedai buku dalam kampus universiti, maka buku-buku seperti itu tidak dipamerkan dalam kedai-kedai buku awam.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Notis: Sifu ke Utara, Blog Di-update Malam Isnin Previous entry: Kedai Buku Bukan Setor Penerbit
Kang  on  12/23  at  12:20 AM

Pengalaman memang mahal. Kerana itu saya dan Walasri.com memilih PTS. Pengalaman 6 tahun dan kecekapan pengurusan menyebabkan terus ‘sangkut’ dengan PTS.

Serahkan pada yang pakar.
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: